Chestal

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Chestal Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Chestal?

Chestal® biasanya digunakan untuk melegakan keadaan perubatan seperti:

  • Batuk disebabkan oleh kerengsaan ringan pada kerongkong dan bronkial
  • Batuk yang disertai selsema
  • Kahak dan rembesan bronkial

Chestal® boleh disyorkan untuk kegunaan lain; rujuk doktor dan ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Chestal?

Ikut semua arahan pada label preskripsi anda

Sukat dos menggunakan sudu/alat penyukat khas dengan berhati-hati. Jangan guna sudu di rumah kerana anda mungkin tidak dapat menyukat dos dengan tepat.

Jangan ambil ubat ini dalam kuantiti terlalu banyak atau kurang atau dalam jangka masa lebih lama daripada yang disyorkan.

Berhenti menggunakannya dan rujuk dengan doktor jika anda batuk berterusan lebih daripada 7 hari, batuk datang semula, atau disertai demam, ruam, atau sakit kepala yang berpanjangan. Semua ini boleh menjadi tanda kepada keadaan yang serius.

Bagaimana saya menyimpan Chestal?

Chestal® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Chestal® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Chestal® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Chestal® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Chestal?

Sebelum mengambil Chestal®, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Chestal® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mengalami batuk serta kahak yang terlalu banyak; atau batuk yang berterusan atau kronik seperti yang berlaku dengan merokok, asma, bronkitis kronik atau emfisema.

Adakah selamat untuk mengambil Chestal semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan  Chestal® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Chestal®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Chestal® boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti: demam, ruam atau sakit kepala yang berpanjangan.

Berjumpa doktor dengan segera jika mana-mana kesan sampingan ini menjadi teruk.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Chestal?

Chestal® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Chestal?

Chestal® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Rujuk doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Chestal?

Chestal® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas: Ambil 10 ml setiap 2 jam.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun: Ambil 5 ml setiap 2 jam

Tidak disyorkan untuk kanak-kanak berumur bawah 2 tahun.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Chestal® boleh didapati dalam bentuk dan kandungan berikut:

  • Sirap 6.7 Fl Oz

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke hospital yang berdekatan

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Chestal®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.