backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Cetornan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Cetornan?

Cetornan® biasanya digunakan sebagai supplemen nutrisi dalam kalangan warga tua yang kekurangan zat.

Bagaimanakah kegunaan Cetornan?

Minum larutan ubat sebelum makan tengah hari dan makan malam.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau keraguan, sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Bagaimana saya menyimpan Cetornan?

Cetornan® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Cetornan?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda jika :

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Cetornan®  atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
  • Adakah selamat untuk mengambil Cetornan semasa mengandung atau menyusukan bayi?

    Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan ubat ini?

    Jika anda mempunyai persoalan berkaitan kesan sampingan ubat ini, sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda.

    Tindakbalas

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Cetornan?

    Cetornan® mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

    Terutamanya jika anda mengambil ubat kerana tidak serap glukosa-galaktosa

    Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Cetornan?

    Cetornan® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

    Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Cetornan?

    Cetornan® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda

    Keadaan kesihatan yang mungkin bertindakbalas dengan ubat ini ialah phenylketonuria (PKU; penyakit keturunan yang didiagnos semasa lahir).

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

    Dos yang disyorkan ialah 2 paket sehari.

    Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Tiada dos yang diketahui untuk pesakit kanak-kanak. Ia mungkin tidak selamat digunakan bagi kanak-kanak. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

    Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

    Cetornan® boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut::

    • Serbuk untuk larutan; Oral; L-Ornithine Oxoglurate Monohydrate 5 g
    • Serbuk untuk larutan; Oral; L-Ornithine Oxoglurate Monohydrate 10 g

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan