Cephalexin

Oleh

Nama AM: Cephalexin Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Cephalexin?

Cephalexin biasanya digunakan untuk merawat jangkitan disebabkan oleh bakteria, seperti jangkitan bahagian atas pernafasan, jangkitan telinga, jangkitan kulit dan jangkitan saluran kencing.

Cephalexin mungkin disyorkan bagi kegunaan lain; rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Cephalexin?

Ikut semua arahan pada label preskripsi, ambil cephalexin seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Jangan ambil ubat ini dalam kuantiti yang banyak atau sedikit atau untuk masa yang lebih lama daripada yang disyorkan.

Cephalexin boleh didapati dalam bentuk kapsul, tablet, cecair untuk diambil secara oral.

Cecair: Goncang cecair dengan baik setiap kali sebelum guna supaya ubat dapat bercampur dengan rata.

Kapsul atau tablet: Minum kesemuanya dengan segelas air. Jangan kunyah atau hancurkan.

Rujuk doktor jika ada sebarang soalan tentang cara menggunakan ubat ini.

Bagaimana saya menyimpan Cephalexin?

Cephalexin  paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan cephalexin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama cephalexin yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang cephalexin ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan cephalexin?

Sebelum mengambil cephalexin, beritahu doktor jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif cephalexin atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil cephalexin semasa mengandung atau menyusukan bayi

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan cephalexin semasa mengandung dan menyusukan bayi. Berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil cephalexin. cephalexin termasuk dalam risiko hamil kategori B, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan cephalexin?

Cephalexin boleh menyebabkan kesan sampingan berikut, seperti:

  • Mual
  • Cirit birit
  • Muntah
  • Pedih ulu hati
  • Sakit perut
  • Gatal pada rektum dan genital
  • Pening
  • Letih teruk
  • Agitasi
  • Keliru
  • Sakit kepala
  • Sakit sendi

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas cephalexin?

Cephalexin boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Beberapa produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • Antikoagulan (“pencair darah”) seperti warfarin (Coumadin, Jantoven)
  • Ubat diabetes: metformin (Fortamet, Glucophage, Glumetza, Riomet, in Glucovance, Invokamet, lain-lain)
  • Probenecid (Probalan)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan cephalexin?

Cephalexin mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Rujuk doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan cephalexin?

Cephalexin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda yang akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit hati
  • Sejarah masalah usus, seperti kolitis

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Jangkitan salur genitourinari:

Dos yang disyorkan ialah 250 mg setiap 6 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Jangkitan tulang:

Dos yang disyorkan ialah 250 mg setiap 6 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Sistitis tanpa komplikasi:

Dos yang disyorkan ialah 250 mg setiap 6 jam atau 500 mg setiap 12 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Otitis Media:

Dos yang disyorkan ialah 250 mg setiap 6 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Jangkitan kulit/struktur kulit:

Dos yang disyorkan ialah 250 mg setiap 6 jam atau 500 mg setiap 12 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Jangkitan salur pernafasan:

Dos yang disyorkan ialah 250 mg setiap 6 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Streptokokal Faringitis:

Dos yang disyorkan ialah 250 mg setiap 6 jam atau 500 mg setiap 12 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Selulitis dan mastitis:

Dos yang disyorkan ialah 500 mg setiap 6 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Sistitis tanpa komplikasi:

  • <15 tahun: Dos yang disyorkan ialah 25-50 mg/kg setiap 6-8 jam selama 10 hari; tidak melebihi 4 g/hari.
  • >15 tahun: Dos yang disyorkan ialah 250 mg setiap 6 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Jangkitan salur Genitourinari:

Dos yang disyorkan ialah 25-50 mg/kg setiap 6-8 jam selama 10 hari; tidak melebihi 4 g/hari.

Jangkitan Streptokokal Hemolitik Beta:

Dos yang disyorkan ialah 25-50 mg/kg setiap 6-8 jam selama 10 hari; tidak melebihi 4 g/hari.

Jangkitan tulang:

Dos yang disyorkan ialah 25-50 mg/kg setiap 6-8 jam selama 10 hari; tidak melebihi 4 g/hari.

Otitis Media:

Dos yang disyorkan ialah 75-100 mg/kg setiap 6 jam selama 10 hari; tidak melebihi 4 g/hari.

Jangkitan kulit/struktur kulit:

Dos yang disyorkan ialah 25-50 mg/kg setiap 6-8 jam selama 10 hari; tidak melebihi 4 g/hari.

Jangkitan salur pernafasan:

Dos yang disyorkan ialah 25-50 mg/kg setiap 6-8 jam selama 10 hari; tidak melebihi 4 g/hari..

Streptokokal Faringitis:

Dos yang disyorkan ialah 25-50 mg/kg setiap 12 jam selama 10 hari; tidak melebihi 500 mg setiap 12 jam.

Selulitis dan mastitis:

Dos yang disyorkan ialah 500 mg setiap 6 jam; julat dos, 1-4 g/hari dalam dos yang dibahagikan.

Apakah bentuk penyediaan Cephalexin ?

Cephalexin boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Kapsul 250mg, 500mg, 750mg
  • Cecair oral 124mg/5mL, 250mg/5mL
  • Tablet 250mg, 500mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Cephalexin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 22, 2018

Rujukan