Celexa

Oleh

Nama AM: Celexa Jenama: Celexa.

Kegunaan

Apa itu Celexa® (citalopram)?

Celexa® adalah anti-kemurungan yang biasanya digunakan untuk merawat kemurungan.

Ia boleh meningkatkan paras tenaga dan perasaan kegembiraan anda. Citalopram dikenali sebagai perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRI). Ubat ini berfungsi dengan membantu mengembalikan keseimbangan bahan semulajadi  tertentu (serotonin) di dalam otak.

Bagaimanakah kegunaan Celexa® (citalopram)?

Ambil Celexa® seperti yang disyorkan oleh doktor. Ubat ini boleh diambil bersama makanan atau tidak, selalunya sekali sehari pada waktu pagi atau petang.

Ia mengambil masa sehingga 4 minggu sebelum simptom anda bertambah baik. Terus menggunakan ubat ini seperti yang diarahkan dan beritahu doktor jika simptom anda masih tidak bertambah baik.

Sukat ubat cecair dengan picagari dos yang disediakan, atau dengan sudu khas penyukat dos atau cawan ubat. Jika tiada alat penyukat dos, minta satu daripada ahli farmasi anda.

Bagaimana saya menyimpan Celexa® (citalopram)?

Celexa® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Celexa® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Celexa® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Celexa® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Celexa® (citalopram)?

Sebelum mengambil  Celexa®, beritahu doktor jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif  Celexa® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Anda harus tidak menggunakan Celexa® jika anda sedang mengambil pimozide, atau jika anda sedang dirawat dengan suntikan biru metyhylene.

Jangan guna Celexa® jika anda telah menggunakan perencat MOA 14 hari yang lalu seperti isocarboxazid, linezolid, methylene blue injection, phenelzine, rasagiline, selegiline, or tranylcypromine.

Sesetengah orang muda mempunyai memikirkan perihal bunuh diri selepas pertama kali mengambil ubat anti-kemurungan. Doktor akan memantau perkembangan anda semasa temujanji. Keluarga atau penjaga juga harus mengawasi perubahan mood atau simptom anda.

Pengambilan anti-kemurungan SSRI ketika hamil akan menyebabkan masalah paru-paru yang serius atau komplikasi lain pada bayi. Walau bagaimanapun, anda boleh mengalami kemurungan berulang jika anda berhenti mengambil ubat. Segera beritahu doktor anda sekiranya hamil. Jangan mula atau berhenti mengambil ubat ini ketika hamil tanpa nasihat doktor.

Citalopram boleh masuk ke dalam susu ibu dan berbahaya kepada bayi yang menyusu. Anda tidak boleh menyusu bayi ketika menggunakan Celexa®.

Jangan beri Celexa® kepada sesiapa yang berumur bawah 18 tahun tanpa nasihat perubatan. Penggunaan citalopram tidak dibenarkan pada kanak-kanak.

Adakah selamat untuk mengambil Celexa® (citalopram) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Celexa® semasa hamil dan menyusukan bayi. Rujuk doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Celexa®. Celexa® termasuk dalam risiko hamil kategori C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Celexa® (citalopram)?

Kesan sampingan biasa termasuk:

  • Masalah memori atau daya penumpuan
  • Sakit kepala
  • Mengantuk
  • Mulut kering
  • Berpeluh dengan banyak
  • Kebas atau sesemut
  • Selera makan meningkat
  • Mual
  • Cirit birit
  • Angin
  • Degup jantung laju
  • Rasa bergoyang
  • Masalah tidur (insomia)
  • Rasa letih
  • Menguap
  • Simptom selsema seperti hidung tersumbat, bersin, sakit tekak
  • Perubahan berat badan
  • Kesukaran untuk mencapai orgasma

Beritahu doktor anda dengan segera jika anda mengalami:

  • Rasa pening, seperti anda akan pengsan
  • Pandangan kabur, penglihatan seperti terowong, sakit atau bengkak mata, atau melihat halos pada keliling cahaya
  • Sakit kepala serta sakit dada dan rasa pening yang teruk, pengsan, degupan jantung laju atau berdetak.
  • Reaksi sistem saraf yang teruk – otot terlalu kaku (keras), demam tinggi, berpeluh, keliru, degupan jantung laju atau tidak sekata, gegaran, rasa seperti anda ingin pengsan.
  • Paras serotonin dalam badan tinggi – agitasi, halusinasi, demam, nadi laju, reflek terlebih aktif, mual, muntah, cirit birit, hilang koordinasi, pengsan.
  • Paras sodium dalam badan rendah – sakit kepala, keliru, pertuturan yang tidak jelas, lemah teruk, muntah, rasa terhuyung-hayang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, rujuk doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Celexa® (citalopram)?

Celexa® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah ubat antiplatelet (seperti clopidogrel), NSAIDs (seperti ibuprofen), “pencair darah” (seperti warfarin)

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan Celexa® (citalopram)?

Celexa® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Rujuk doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Celexa® (citalopram)?

Celexa® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan yang boleh bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Kemurungan
  • Disfungsi renal
  • Hiponatremia
  • Penyakit hati
  • Mania
  • Fungsi platelet
  • Pemanjangan QT
  • Gangguan sawan
  • SIADH
  • Hilang berat badan

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Bagi Depresi

Dos permulaan: 20 mg secara oral sekali sehari.

Dos penggunaan: 20 hingga 40 mg secara oral sekali sehari.

Dos maksima: 40 mg secara oral per hari.

Berumur lebih daripada 60 tahun: dos yang disyorkan ialah 20 mg sekali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana mungkin ia tidak selamat untuk anak anda. Ini amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Celexa® (citalopram)?

Celexa® boleh didapati dalam bentuk dan bahan berikut:

  • Tablet, disalut :citalopram hydrobromide 10mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi terus ke hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Celexa®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 22, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.