Calcibronat

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Calcibronat Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Calcibronat?

Calcibronat® digunakan untuk merawat masalah tidur sederhana, kesengsaraan dan perasaan bimbang.

Bagaimanakah kegunaan Calcibronat?

Bagi kegunaan oral, larutkan tablet ke dalam separuh gelas air. Jangan kunyah atau hancurkannya. Telan kesemuanya.

Bagaimana saya menyimpan Calcibronat?

Calcibronat® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Calcibronat?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda jika :

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Calcibronat® atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Jangan gunakan ubat ini sekiranya:

  • Diambil jika anda mengalami masalah jerawat
  • Diberi kepada bayi kurang daripada 20 bulan.
  • Diberi kepada orang tua dehidrasi atau kurang sihat.

Adakah selamat untuk mengambil Calcibronat semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini Calcibronat®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah:

  • Mengantuk pada siang hari
  • Mudah marah
  • Disorientasi
  • Keliru
  • Halusinasi
  • Hilang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah kulit seperti ruam atau gatal (sangat jarang)

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Calcibronat?

Calcibronat® mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Calcibronat?

Calcibronat® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Calcibronat?

Calcibronat® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindakbalas ialah:

  • Diabetes
  • Diet rendah gula
  • Hyperkalsemia (kandungan kalsium dalam darah terlalu tinggi)
  • Calciferous lithiasis (penghasilan calcium calculi, atau batu) di dalam badan.
  • Hypercalciuria (paras kalsium di dalam urin terlalu tinggi)
  • Calcification (ketulan kalsium mengeras) di dalam buah pinggang.
  • Chronic glomerular nethropathy (penyakit buah pinggang)
  • Tidak bertolerenasi pada Fructose, glukosa atau sukrosa tidak diserap, atau kekurangan sukrosa-isomaltase (ubat yang mengandungi sukrosa).

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai berat melebihi 30 kg.

Dos yang disyorkan ialah 1 atau 2 tablet berbuih setiap hari.  

Jangan ambil melebihi dos harian yang disyorkan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Bagi kanak-kanak yang melebihi 30 kg, dos yang disyorkan ialah 1 tablet setiap hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Calcibronat® boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut::

  • Tablet 2g

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 1, 2018