Bevitine

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Bevitine Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Bevitine?

Bevitine biasanya digunakan untuk mencegah atau mengubati kadar rendah vitamin B1 pada individu yang tidak mendapat cukup vitamin dari diet mereka.

Bagaimanakah kegunaan Bevitine?

Tablet: Ambil vitamin ini secara oral bersama atau tanpa makanan, biasanya 1 hingga 3 kali sehari.

Suntikan: Ubat ini disuntik oleh doktor anda.

Ikuti semua arahan pada produk, atau ambil seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jika anda tidak pasti mengenai sebarang maklumat, rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Bagaimana saya menyimpan Bevitine?

Bevitine paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Bevitine ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Bevitine?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi,anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor,seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada bevitine  atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Ketika hamil, vitamin ini selamat digunakan dalam dos yang disyorkan. Dos yang lebih tinggi ketika hami harus digunakan hanya apabila diperlukan. Bincangkan risiko dan manfaatnya dengan doktor anda.

Vitamin ini melepasi ke dalam susu ibu dan dianggap selamat diambil ketika menyusu apabila digunakan dalam dos yang disyorkan. Rujuk doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah selamat untuk mengambil Bevitine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori  bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Vitamin ini lazimnya tidak mempunyai kesan sampingan. Jika anda mempunyai sebarang kesan sampingan, hubungi doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Tindakbalas alergi yang amat serius terhadap vitamin ini jarang berlaku. Bagaimanapun, dapatkan rawatan perubatan dengan segera sekiranya anda perhatikan sebarang simptom tindak balas alahan yang serius, termasuk ruam, gatal-gatal / bengkak (terutama muka / lidah / tekak), pening yang teruk, masalah pernafasan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Bevitine?

Bevitine mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Bevitine?

Bevitine  mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Bevitine?

Bevitine akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Anemia disebabkan kekurangan tiamin; polyneuritis disebabkan  alkohol, kehamilan, atau pellagra

Lelaki berumur 15 hingga 50: Dos yang disyorkan ialah 1.5 mg setiap hari.

Kanak-kanak perempuan dan wanita berumur 11 hingga 50: Dos yang disyorkan adalah 1.1 mg setiap hari.

Lelaki berumur 51 tahun ke atas: Dos yang disyorkan adalah 1.2 mg setiap hari.

Wanita berumur 51 tahun ke atas: Dos yang disyorkan adalah 1 mg setiap hari.

Wanita hamil: Dos yang disyorkan adalah 1.5 mg setiap hari.

Wanita menyusu: Dos yang disyorkan ialah 1.6 mg setiap hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Anemia disebabkan kekurangan tiamin; polyneuritis disebabkan pellagra

Bayi baru lahir sehingga umur 6 bulan: Dos yang disyorkan adalah 0.3 mg setiap hari.

Bayi berusia 6 bulan hingga 1 tahun: Dos yang disyorkan ialah 0.4 mg setiap hari.

Kanak-kanak berumur 1 hingga 3: Dos yang disyorkan adalah 0.7 mg setiap hari.

Kanak-kanak berumur 4 hingga 6: Dos yang disyorkan adalah 0.9 mg setiap hari.

Kanak-kanak berumur 7 hingga 10: Dos yang disyorkan adalah 1 mg setiap hari.

Lelaki berumur 11 hingga 14 tahun: Dos yang disyorkan adalah 1.3 mg setiap hari.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Bevitine boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablets, bersalut filem; Oral 250 mg
  • Suntikan , 50mg/ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 1, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.