Betagan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Betagan Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Betagan?

Larutan oftalmik Betagan® telah terbukti berkesan dalam menurunkan tekanan intraokular (dalam bebola mata). Ia boleh digunakan pada pesakit glaukoma sudut terbuka yang kronik atau pesakit hipertensi okular.

Betagan® boleh juga ditetapkan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Betagan?

Gunakan ubat titis Betagan® seperti mana yang diarahkan oleh doktor anda. Semak label pada ubat untuk mendapatkan panduan yang tepat.

Ubat titis Betagan® mengandungi benzalkonium chloride, sejenis pengawet yang boleh diserap oleh kanta lekap lembut. Kanta lekap hendaklah dikeluarkan dahulu sebelum menggunakan ubat titis Betagan®. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda berkenaan berapa lama masa yang diperlukan untuk menunggu sebelum kanta lekap boleh diletakkan semula selepas menggunakan ubat titis Betagan®.

Untuk menggunakan titisan Betagan®, sila:

  • Cuci tangan anda.
  • Condongkan kepala anda ke belakang.
  • Dengan menggunakan jari telunjuk anda, tarik kelopak mata bawah turun dan jauh dari mata untuk membentuk suatu kantung.
  • Titiskan ubat ke dalam kantung dan tutup mata anda dengan lembut.
  • Dengan segera,  gunakan jari anda untuk menekan mata pada bahagian dalam sudut (kecuali jika anda baru menjalani pembedahan mata) dan teruskan tekanan selama 1 atau 2 minit selepas menggunakan ubat.
  • Jangan berkelip. Pastikan mata anda ditutup selama 1 atau 2 minit. Sapukan ubat yang berlebihan di sekitar mata anda dengan tisu bersih, berhati-hati agar tidak menyentuh mata anda.
  • Basuh tangan anda untuk membersihkan apa-apa ubat yang mungkin masih berada padanya.
  • Untuk mencegah kuman daripada memasuki ubat anda, jangan sentuhkan hujung penitis ke mana-mana permukaan, termasuklah mata anda. Pastikan bekas ubat tertutup rapat.

Teruskan menggunakan titisan Betagan® walaupun anda telah berasa sihat. Pastikan untuk tidak terlepas sebarang dos.

Sila rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda jika terdapat apa-apa soalan mengenai cara menggunakan ubat titis Betagan®.

Bagaimana saya menyimpan Betagan?

Betagan® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Betagan® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Betagan® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Betagan® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Betagan?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Betagan® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Betagan semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Betagan® adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Betagan® boleh menyebabkan kesan sampingan yang berikut:

  • Mata melecur / pedih buat sementara waktu
  • Kegatalan / kemerahan mata
  • Sakit kepala
  • Pening kepala

Beritahu doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan yang agak jarang tetapi serius ini berlaku:

  • Sakit mata / bengkak / lelehan pada mata
  • Kurang rasa pada mata
  • Degupan jantung yang perlahan / tidak teratur
  • Kelemahan otot
  • Keguguran rambut
  • Perubahan mental / perasaan
  • Perubahan penglihatan
  • Keletihan
  • Bengkak pada kaki / buku lali
  • Pertambahan berat badan tanpa sebab
  • Sakit dada
  • Percakapan yang tidak jelas & terganggu
  • Kekeliruan
  • Reaksi alergi yang serius, termasuk ruam, gatal-gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), kepeningan yang teruk, masalah pernafasan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Betagan?

Betagan® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara ubatan yang boleh bertindak balas terhadap ubat ini adalah:

  • Pemerhatian pesakit dengan teliti disarankan apabila Betagan® diberikan kepada pesakit yang menerima ubat-ubatan yang mengurangkan catecholamine seperti reserpine, kerana kemungkinan berlaku kesan tambahan seperti tekanan darah rendah dan / atau bradikardia yang jelas, yang boleh menghasilkan vertigo, kesakitan, atau hipotensi postur.
  • Pesakit yang menerima Betagan® bersama dengan ubatan antagonis kalsium oral mahupun intravena perlulah dipantau untuk sebarang kebarangkalian gangguan konduksi atrioventrikular, kegagalan ventrikel kiri atau tekanan darah rendah. Pada pesakit yang mempunyai fungsi jantung yang cacat, penggunaan dua ubatan ini secara serentak harus dielakkan sama sekali.
  • Pengambilan Betagan® dengan digitalis dan ubatan antagonis kalsium mungkin mendatangkan kesan tambahan, dengan memanjangkan masa konduksi atrioventrikular.
  • Bahan yang berkait dengan phenothiazine, apabila diambil bersama Betagan® mungkin mendatangkan kesan tekanan darah rendah tambahan kerana perencatan terhadap metabolisma kedua-dua bahan.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Betagan?

Betagan® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Betagan?

Betagan® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Terutamanya jika anda mempunyai atau pernah mempunyai masalah kesihatan yang berikut:

  • Bronkitis
  • Masalah pernafasan atau paru-paru
  • COPD
  • Diabetes
  • Tiroid yang terlebih aktif
  • Masalah kadar gula rendah
  • Masalah aliran atau saluran darah
  • Sejarah kegagalan jantung
  • Sekatan jantung peringkat pertama

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Glaukoma sudut terbuka

  • 25%: Dos yang disyorkan ialah 1-2 titis pada mata yang terjejas setiap 12 jam.
  • 5%: Dos yang disyorkan adalah 1-2 titis pada mata yang terjejas setiap hari, boleh ditingkatkan kepada setiap 12 jam.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum pernah ditetapkan bagi pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting untuk memahami tahap keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Betagan® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos yang berikut:

  • Betagan® 0.25% 10 ml dalam botol 15 ml
  • Betagan® 0.5% 5 mL dalam botol 10 ml
  • Betagan® 0.5% 10 mL dalam botol 15 ml
  • Betagan® 0.5% 15 mL dalam botol 15 ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Betagan®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 29, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 29, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.