backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Beprosalic

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Beprosalic?

Beprosalic biasanya digunakan untuk melegakan manifestasi keradangan bagi masalah kulit yang kering, mengakibatkan hiperkeratosis dan memberi respons terhadap kortikosteroid; termasuklah psoriasis, dermatitis atopi kronik, neurodermatitis & dermatitis seborea (seborrheic).

Bagaimanakah kegunaan Beprosalic?

Sapukan beprosalic pada kulit yang terjejas dan betul-betul seperti mana yang diarahkan.

Bagaimana saya menyimpan Beprosalic?

Beprosalic paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan beprosalic di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama beprosalic yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang beprosalic ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Beprosalic?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif beprosalic atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Beprosalic semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Sesetengah kesan sampingan boleh terjadi apabila menggunakan ubat ini seperti:

  • Melecur
  • Gatal-gatal
  • Kerengsaan
  • Kulit kering
  • Folikulitis
  • Hipertrikosis (pertumbuhan rambut yang berlebihan)
  • Timbul jerawat
  • Hipopigmentasi (pengurangan pigmentasi secara abnormal)
  • Pemaseratan kulit (skin maceration) – menjadi lembut, menggelupas dan luka
  • Jangkitan sekunder pada kulit
  • Atrofi kulit
  • Stria (striae) & miliaria
  • Dermatitis

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Beprosalic?

Beprosalic boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Beprosalic?

Beprosalic mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Beprosalic?

Beprosalic boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Sapukan pada kulit yang terjejas, pada waktu pagi dan petang..

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum pernah ditetapkan bagi pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting untuk memahami tahap keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Beprosalic boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos yang berikut:

  • Losyen 30ml
  • Salap 15g

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos beprosalic, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan