backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Benzonatate

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Benzonatate?

Benzonatate biasanya digunakan untuk melegakan batuk-batuk..

Bagaimanakah kegunaan Benzonatate?

Gunakan benzonatate seperti yang telah ditetapkan dan diarahkan oleh doktor anda. Semak label pada ubat untuk mendapatkan arahan yang tepat.

Ambil benzonatate melalui mulut dengan atau tanpa makanan.

Telan ubat benzonatate ini secara keseluruhan. Jangan memecahkan, menghancurkan, mengunyah, melarutkan, atau menghisap benzonatate sebelum menelan.

Bagaimana saya menyimpan Benzonatate?

Benzonatate paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan benzonatate di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama benzonatate yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang benzonatate ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Benzonatate?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif benzonatate atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai asma.
  • Benzonatate boleh menyebabkan rasa mengantuk atau pening kepala. Kesan-kesan ini mungkin lebih buruk jika anda mengambilnya dengan alkohol atau ubat-ubatan tertentu. Sila gunakan benzonatate dengan berhati-hati.

    Jangan memandu atau melakukan tugas lain yang tidak selamat sehinggalah anda sendiri tahu bagaimana anda bertindak balas terhadap ubat ini.

    Jangan memecahkan, menghancurkan, mengunyah, melarutkan, atau menghisap benzonatate sebelum menelan. Rasa kebas atau menggelenyar pada mulut, lidah, tekak, ataupun muka mungkin boleh berlaku. Rasa lemas dan reaksi alergi yang teruk (contohnya, masalah pernafasan, kejutan, hilang kesedaran) juga pernah dilaporkan. Jika rasa kebas atau kesemutan berlaku, jangan ambil apa-apa makanan atau minuman sehinggalah ia hilang. Sekiranya anda mempunyai reaksi alergi yang teruk, mengalami kebas, kesemutan yang berterusan atau keadaan menjadi lebih teruk, dapatkan segera rawatan perubatan.

    Jangan ambil lebih daripada dos yang disyorkan tanpa memeriksa terlebih dahulu dengan doktor anda.

    Benzonatate tidak boleh digunakan pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 10 tahun; tahap keselamatan dan keberkesanan pada kanak-kanak dalam umur ini masih belum disahkan.

    Pengambilan benzonatate yang tidak sengaja oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun didapati telah mengakibatkan kesan teruk dan kadangkala membawa maut, termasuklah sawan, hilang kesedaran, dan serangan jantung (jantung terhenti). Sekiranya seorang kanak-kanak berusia lebih muda daripada 10 tahun tertelan benzonatate, dia harus segera diberi rawatan perubatan.

    Adakah selamat untuk mengambil Benzonatate semasa mengandung atau menyusukan bayi?

    Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. benzonatate adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

    Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

    • A=Tiada risiko
    • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
    • C=Mungkin terdapat risiko
    • D=Bukti positif berkenaan risiko
    • X=Kontraindikasi
    • N=Tidak diketahui

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan ubat ini?

    Semak dengan doktor anda jika mana-mana dari kesan sampingan yang paling biasa ini berlaku secara berterusan atau mengganggu kualiti hidup anda:

    • Sembelit
    • Pening kepala
    • Mengantuk
    • Sakit kepala
    • Hidung tersumbat
    • Loya
    • Sakit perut

    Dapatkan segera rawatan perubatan jika ada kesan sampingan yang teruk:

    • Reaksi alergi yang teruk: ruam, gatal-gatal atau bengkak (terutamanya pada muka, lidah atau tekak), pening kepala yang teruk, kesukaran bernafas, pengsan
    • Tingkah laku pelik
    • Halusinasi

    Tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

    Tindakbalas

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Benzonatate?

    Benzonatate boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

    Ubatan yang boleh bertindak balas terhadap ubat ini adalah: tizanidine, zanaflex (tizanidine).

    Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Benzonatate?

    Benzonatate mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

    Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Benzonatate?

    Benzonatate boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

    Keadaan kesihatan yang boleh berinteraksi dengan ubat ini adalah: masalah psikiatri.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

    Dos yang disyorkan adalah 100 mg hingga 200 mg melalui mulut, tiga kali sehari sebagaimana diperlukan untuk batuk.

    Bentuk ubat ini harus ditelan secara sekali gus.

    Jangan ambil lebih daripada 200 miligram dalam satu masa..

    Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Kanak-kanak berumur lebih tua dari 10 tahun:

    Dos yang disyorkan adalah 100 mg hingga 200 mg melalui mulut, tiga kali sehari sebagaimana diperlukan untuk batuk.

    Bentuk ubat ini harus ditelan secara sekali gus.

    Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

    Benzonatate boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos yang berikut:

    • Tablet 100 mg, 150 mg dan 200 mg

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos benzonatate, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan