Belsomra

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Belsomra Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati

Kegunaan

Apa itu Belsomra?

Belsomra® adalah sejenis ubat tidur yang membantu mengawal kitaran tidur dan bangun anda.

Belsomra® digunakan untuk merawat insomnia (masalah untuk mula atau kekal tidur). Ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Belsomra?

Ambil Belsomra® tepat seperti mana yang ditetapkan oleh doktor anda. Patuhi semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda juga mungkin akan mengubah dos untuk memastikan anda memperoleh hasil yang terbaik. Jangan gunakan ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, atau lebih lama daripada yang ditetapkan.

Belsomra® hanya boleh diambil sekali sahaja setiap malam. Ambil ubat ini pada waktu tidur atau dalam masa 30 minit sebelum tidur.

Belsomra® akan membuatkan anda tertidur. Jangan sekali-kali mengambil ubat ini semasa waktu sedar anda, melainkan jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 7 jam masa khusus untuk tidur.

Elakkan mengambil Belsomra® sejurus selepas makan. Ubat ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik pada masa tersebut.

Sesetengah orang yang menggunakan ubat ini pernah terlibat dalam kegiatan seperti memandu, makan, atau membuat panggilan telefon dan kemudiannya tidak mempunyai sebarang memori berkenaan aktiviti tersebut. Jika ini berlaku, berhenti mengambil Belsomra® dan berbincang dengan doktor anda tentang rawatan lain bagi gangguan tidur anda.

Anda mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk bangun dari tidur, bercakap, atau bergerak pada waktu pagi selepas mengambil ubat ini. Anda juga mungkin mempunyai halusinasi atau merasa seperti anda masih bermimpi selama beberapa minit selepas anda bangun.

Hubungi doktor anda jika simptom insomnia tidak bertambah baik, atau jika ia menjadi lebih teruk selepas menggunakan Belsomra® selama 7 hingga 10 malam berturut-turut.

Bagaimana saya menyimpan Belsomra?

Belsomra® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Belsomra® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Belsomra® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Belsomra® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Belsomra?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Belsomra® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Belsomra® berpotensi membentuk tabiat kebiasaan. Jangan sekali-kali berkongsi ubat ini dengan orang lain, terutamanya seseorang yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah atau ketagihan. Simpan ubat ini di tempat yang orang lain tidak dapat mencapainya.

Adakah selamat untuk mengambil Belsomra semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Belsomra® adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alergi terhadap Belsomra®: bintat urtikaria; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Berhenti menggunakan Belsomra® dan hubungi doktor anda dengan segera jika anda mempunyai:

  • Pemikiran atau tingkah laku yang luar biasa
  • Halusinasi
  • Pemikiran tentang mencederakan diri sendiri

Anda mungkin lebih cenderung untuk mengalami kesan sampingan jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan.

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Mengantuk pada siang hari, pening kepala, kelemahan, rasa “diracun” atau berpusing-pusing
  • Amnesia atau lupa-lupa
  • Rasa lemah di kaki anda
  • Mimpi yang aneh

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Belsomra?

Belsomra® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Ubatan yang boleh bertindak balas terhadap ubat ini adalah:

  • Digoxin
  • Imatinib
  • Nefazodone
  • John’s Wort
  • Verapamil
  • Antibiotik – Ciprofloxacin, clarithromycin, rifampin, telithromycin
  • Ubat antikulat – itraconazole, ketoconazole, posaconazole, voriconazole
  • Ubat Hepatitis C – boceprevir, telaprevir
  • Ubat HIV / AIDS – atazanavir, cobicistat (Evotaz, Prezcobix, Stribild, Tybost), delavirdine, fosamprenavir, indinavir, nelfinavir, ritonavir, saquinavir
  • Ubat anti-sawan – carbamazepine, fosfenytoin, phenobarbital, phenytoin, primidone

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Belsomra?

Belsomra® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Belsomra?

Belsomra® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Masalah kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Sejarah kemurungan atau pemikiran tentang bunuh diri
  • Apnea tidur (berhenti bernafas semasa tidur)
  • Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau gangguan pernafasan yang lain

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Orang Dewasa biasa untuk Insomnia:

10 mg melalui mulut, sekali sehari pada waktu tidur.

Dos maksimum: 20 mg sekali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum pernah ditetapkan bagi pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting untuk memahami tahap keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut..

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Belsomra® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Tablet, bersalut filem: suvorexant 5mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Belsomra®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Mei 29, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 29, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda