backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

BC Fast Pain Relief

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu BC® Fast Pain Relief?

BC® Fast Pain Relief biasanya digunakan bagi melega kesakitan, bengkak, dan demam panas. ia juga diguna untuk merawat atritis.

Bagaimanakah kegunaan BC® Fast Pain Relief?

Gunakan ubatan ini sebagaimana diarahkan doktor. Baca segala informasi diberi pada anda. Ikuti segala arahan dengan teliti.

Letakkan serbuk pada lidah dan ikuti dengan meminum segelas air atau cecair lain. Anda juga boleh mencampurkan serbuk dengan air dan diminum.

Ambil bersama atau tanpa makanan. Ambilan bersama makanan mungkin menyebabkan perut meragam.

Bagaimana saya menyimpan BC® Fast Pain Relief?

BC® Fast Pain Relief paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan BC® Fast Pain Relief di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama BC® Fast Pain Relief yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang BC® Fast Pain Relief ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan BC® Fast Pain Relief?

Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif BC® Fast Pain Relief atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mengalami mana-mana masalah kesihatan: Asma, masalah pendarahan, polips hidung, atau rhinitis.
  • Anda mengandung lebih dari 24 minggu.
  • Anda mengambil ubatan yang mempunyai kandungan ubatan yang sama.
  • Anak anda baru pulih dari gejala flu, demam campak, atau infeksi virus yang lain.

Beritahu pada semua pengamal kesihatan anda bahawa anda sedang mengambil BC® Fast Pain Relief. Ini termasuklah doktor, jururawat, ahli farmasi, dan doktor gigi.

Anda mungkin berdarah dengan lebih mudah. Ambil langkah berjaga-jaga dan elakkan kecederaan. Gunakan berus gigi lembut dan pisau cukur elektrik.

Semak kandungan darah anda sebagaimana diarahkan doktor. Bincangkan bersama doktor.

Jangan ambil lebih dari arahan doktor anda. Mengambil lebih dari arahan meningkatkan peluang anda untuk mendapat kesan sampingan yang amat buruk.

Jangan ambil sebelum meminum alkohol.

Sekiranya anda merokok, bincangkan bersama doktor anda.

Sekiranya anda di atas 60 tahun, gunakan BC® Fast Pain Relief dengan berhati-hati. Anda boleh mendapat kesan sampingan yang lebih.

Sekiranya anda mengalami fenilketonuria (PKU), bincangkan bersama doktor anda. Beberapa produk mengalami fenilalanin.

Kawal penggunaan kaffein harian anda (contohnya teh, kopi, kola) dan coklat. Penggunaan ubatan ini boleh mengakibatkan kegugupan, menggigil, dan degupan jantung pantas.

Jangan beri pada kanak-kanak dan remaja yang mengalami atau bertambah baik dari gejala flu, demam campak atau infeksi virus yang lain disebabkan adanya peluang mendapat sindrom Reye. Sindrom Reye boleh menyebabkan masalah yang teruk pada otak dan hati.

Adakah selamat untuk mengambil BC® Fast Pain Relief semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil BC® Fast Pain Relief adalah di bawah kategori N berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan BC® Fast Pain Relief?

Sampaikan terus pada doktor anda sekiranya anda mengalami gejalan atau simptomyang mungkin berkaitan dengan kesan sampingan yang buruk:

  • Gejala alergik kulit, seperti geligata; ruam; kegatalan; merah; bengkak, melepuh, atau kulit mengelupas dengan atau tanpa demma panas; berdehit; rasa sempit pada dada atau tekak; masalah pernafasan atau percakapan; kekasaran suara yang luar kebiasaanl atau bengkak pada mulut, muka, bibir, lidah, atau tekak.
  • Gejala pendarahan seperti muntah darah atau muntah yang kelihatan seberti serdak kopi; batuk berdarah; darah dalam kencing; najis hitam, merah, atau bertar; pendarahan pada gusi; pendarahan vagina yang tidak normal; lebam tanpa sebab atau yang bertambah besar; atau sebarang pendarahan teruk yang anda tidak dapat hentikan.
  • Pening yang sangat teruk dan pengsan
  • Merasa celaru
  • Sakit kepala yang sangat teruk
  • Berdesing dalam telinga
  • Hilang pendengaran
  • Sakit bahagian perut yang beramatan
  • Degupan jantung yang pantas
  • Sangat gementar dan mudah marah
  • Tidak dapat tidur
  • Sakit bahagian perut dan pedih ulu hati

Tidak semua mengalami kesan sampingan ini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan tidak disenaraikna di atas. Sekiranya anda ada sebarang persoalan tentang kesan sampingan, ajukan pada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas BC® Fast Pain Relief?

BC® Fast Pain Relief mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas BC® Fast Pain Relief?

BC® Fast Pain Relief mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan BC® Fast Pain Relief?

BC® Fast Pain Relief akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindakbalas dengan ubatan ini:

  • Penyakit hati
  • Diabetes
  • Masalah kekurangan enzim genetik dipanggil sebagai kekurangan glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos BC® Fast Pain Relief yang disyorkan untuk dewasa?

Dewasa dan kanak-kanak 12 tahun dan ke atas:

Letakkan satu (1) serbuk pada lidah setiap enam (6) jam, sepanjang simptom masih kekal.

Minum segelas penuh air bersama setiap dos, atau anda boleh kacau serbuk ke dalam segelas air kosong atau cecair lain.

Apakah dos BC® Fast Pain Relief yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos masih belum ditettapkan bagi pesakit pediatrik. Ianya mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting bagi anda untuk memahami keselamatan ubat sebelum penggunaan.sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi untuk informasi lanjut.

Apakah bentuk penyediaan BC® Fast Pain Relief?

BC® Fast Pain Relief boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Serbuk

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos BC® Fast Pain Relief, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 19/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan