Bacitraycin Plus

Oleh

Nama AM: Bacitraycin Plus Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Bacitraycin Plus?

Bacitraycin Plus® biasanya digunakan bagi kelegaan sementara dari kesakitan dan gatal-gatal; pertolongan cemas bagi mengelak dari infeksi pada luka kecil, luka kikis, dan melecur.

Bacitraycin Plus® boleh juga dipreskribsi untuk kegunaan lain; tanyakan pada doktor atau ahli farmasi anda untuk infomasi lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Bacitraycin Plus?

Ikuti segala arahan pada label preskribsi.

Jangan ambil ubatan ini dalam jumlah yang lebih banyak atau kurang dari yang dicadangkan.

Bersihkan kawasan yang dijangkiti. Sapu sejumlah kecil dari produk (sejumlah kecil bersamaan luas hujung jari) pada kawasan 1 ke 3 kali sehari. Boleh disapu bersama pembalut steril.

Untuk kegunaan luaran sahaja. Tanyakan ahli jagaan kesihatan anda untuk sebarang persoalan yang anda hadapi berkenaan langkah penggunaan ubatan ini.

Bagaimana saya menyimpan Bacitraycin Plus?

Bacitraycin Plus® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Bacitraycin Plus® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Bacitraycin Plus® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Bacitraycin Plus® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Bacitraycin Plus?

Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Bacitraycin Plus® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mengalami luka tusukan atau luka yang dalam; gigitan haiwan; melecur teruk; iritasi kulit.

Adakah selamat untuk mengambil Bacitraycin Plus ssemasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil Bacitraycin Plus® adalah di bawah kategori C berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Bacitraycin Plus?

Bacitraycin Plus® boleh menyebabkan kesan sampingan berikut, antaranya:

  • Rasa menyengat, sensasi terbakar, atau gatal-gatal yang sederhana pada kawasan disapu ubat.
  • Ketenderan atau kemerahan pada kulit.
  • Emping kering putih pada kawasan sapuan ubat.

Dapatkan bantuan medical segera sekiranya mana-mana dari kesan sampingan menjadi teruk atau:

  • Keadaan bertambah teruk.
  • Simptom berterusan lebih dari 7 hari atau hilang dan muncul semula selepas beberapa hari.
  • Kegatalan, ruam atau iritassi mula terbentuk.

Tidak semua akan mengalami kesan sampingan ini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang kerisauan tentang kesan sampinga, sila dapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Bacitraycin Plus?

Bacitraycin Plus® mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Bacitraycin Plus?

Bacitraycin Plus® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Bacitraycin Plus?

Bacitraycin Plus® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Bacitraycin Plus yang disyorkan untuk dewasa?

Dewasa dan kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas: Bersihkan kawasan yang berkenaan dan sembur dalam jumlah yang kecil pada kawasan berkenaan tidak lebih dari 1 ke 3 kali sehari; boleh juga ditutup dengan pembalut steril; sekiranya ingin dibalut, biarkan kering terlebih dahulu.

Apakah dos Bacitraycin Plus yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos masih belum ditentukan lagi buat pesakit pediatrik. Ianya mungkin tidak selamat buat anak anda. Adalah penting untuk anda faham sepenuhya tentang keselamatan ubatan sebelum penggunaan. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Bacitraycin Plus?

Bacitraycin Plus® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Sapuan

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Bacitraycin Plus®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 16, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.