Azo Urinary Pain Relief

Oleh

Nama AM: Azo Urinary Pain Relief Jenama: Azo Urinary Pain Relief.

Kegunaan

Apa itu Azo Urinary Pain Relief?

AZO Urinary Pain Relief® (Pelega Kesakitan Urinari AZO®) biasanya diguna bagi merawat simptom urinari seperti kesakitan atau sensasi membakar, kadar kencing meningkat, dan rasa ingin kencing yang bertambah. Simptom-simptom ini boleh disebabkan oleh infeksi, kecederaaan, pembedahan, kateter, atau keadaan lain yang merengsakan pundi kencing.

Ia akan merawat simptom urinari, tetapi tidak akan merawat infeksi trek kencing. Ambil mana-mana dari antibiotik yang dipreskribsi doktor untuk merawat infeksi.

Ianya boleh dipreskribsi untuk kegunaan lain; tanyakan pada doktor anda atau ahli farmasi untuk informasi lanjut.

Bagaimanakah kegunaan Azo Urinary Pain Relief?

Ikuti segala arahan pada label preskribsi ubatan anda.

Jangan ambil ubatan ini dalam jumlah yang lebih banyak atau lebih kurang atau untuk tempoh lebih lama dari yang dicadangkan.

Tanyakan ahli jagaan kesihatan anda untuk sebarang persoalan yang anda hadapi berkenaan langkah penggunaan ubatan ini.

Bagaimana saya menyimpan Azo Urinary Pain Relief?

AZO Urinary Pain Relief® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan AZO Urinary Pain Relief® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama AZO Urinary Pain Relief® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang AZO Urinary Pain Relief® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Azo Urinary Pain Relief?

Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif AZO Urinary Pain Relief® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Azo Urinary Pain Relief ssemasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil AZO Urinary Pain Relief® adalah di bawah kategori B berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Azo Urinary Pain Relief?

Hentikan penggunaan phenazopyridine dan hubungi terus doktor anda sekiranya anda mengalami:

  • Kencing yang terlalu sedikit atau tiada kencing;
  • Bengkak, naik berat badan mendadak;
  • Keliru, hilang selera makan, sakit pada bahagian sisi atau bahagian bawah belakang badan;
  • Demam panas, kulit pucat atau kekuningan, sakit bahagian perut, loya dan muntah;
  • Kulit anda muncul biru atau ungu.

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Sakit kepala;
  • Pening;
  • Perut meragam.

Tidak semua akan menghadapi kesan sampingan yang sama. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang kerisauan mengenai kesan sampingan, bincangkan terus dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Azo Urinary Pain Relief?

AZO Urinary Pain Relief® (phenazopyridine) mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Azo Urinary Pain Relief?

AZO Urinary Pain Relief® (phenazopyridine) mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Azo Urinary Pain Relief?

AZO Urinary Pain Relief® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindakbalas dengan ubatan ini:

  • Penyakit hati
  • Diabetes
  • Masalah kekurangan enzim genetik dipanggil sebagai kekurangan glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Azo Urinary Pain Relief yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Biasa Dewasa bagi Disuria

190 to 200 mg secra oral 3 kali sehari selepas akan. Jangan gunakan lebih dari 2 hari sekiranya digunakan bersama ubatan antibakteria urinari.

Apakah dos Azo Urinary Pain Relief yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Biasa Pediatrik bagi Disuria

>= 6 tahun to 18 tahun: 12 mg/kg/hari secara oral dibahagikan kepada 3 dos selama 2 hari. Dos maksimum: 600 mg/hari.

Apakah bentuk penyediaan Azo Urinary Pain Relief

AZO Urinary Pain Relief® (phenazopyridine) boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Serbuk
  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos AZO Urinary Pain Relief® (phenazopyridine), sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 8, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.