backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Asid Ursodeosikolik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Asid Ursodeosikolik?

Kapsul Ursofalk digunakan untuk:

  • Melarutkan batu karang dalam pundi hempedu yang disebabkan oleh kolesterol berlebihan iaitu jenis batu karang yang tidak dapat dilihat pada x-ray biasa (batu karang yang kelihatan tidak akan dilarutkan) dan tidak lebih daripada 15 mm diameter. Pundi  hempedu masih berfungsi walaupun terdapat batu karang.
  • Merawat keadaan di mana kerosakan saluran hempedu dalam hati menyebabkan pengumpulan hempedu. Ini boleh menyebabkan parut pada hati. Kerosakan teruk pada hati boleh menyebabkannya tidak berfungsi dengan baik. Keadaan ini dipanggil sirosis biliari primer.
  • Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

    Telan keseluruhan kapsul dengan air atau cecair lain. Ambil kapsul pada waktu malam sebelum tidur. Ambil kapsul dengan kerap.

    Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

    Asid Ursodeosikolik lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan Asid Ursodeosikolik dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama Asid Ursodeosikolik berbeza yang mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

    Anda tidak boleh mengepam Asid Ursodeosikolik ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

    Langkah berjaga-jaga dan amaran

    Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

    JANGAN mengambil kapsul Ursofalk jika:

    • anda memang, atau pernah dimaklumkan mempunyai alahan (hipersensitif) kepada asid hempedu seperti Asid Ursodeosikolik atau dengan sebarang bahan-bahan lain kapsul Ursofalk.
    • pundi hempedu anda tidak berfungsi dengan betul
    • anda mempunyai batu karang yang dapat dilihat pada x-ray
    • anda mempunyai keradangan akut pundi hempedu atau saluran biliari
    • anda mengalami halangan saluran biliari (penyumbatan saluran hempedu atau saluran sistik)
    • anda mengalami sakit seperti kejang dengan kerap di bahagian atas abdomen (kolik biliari)
    • anda mempunyai batu karang mengeras disebabkan kalsium terkumpul.

    Sila bertanya kepada doktor anda tentang mana-mana syarat yang dinyatakan di atas. Anda juga harus bertanya jika anda pernah mempunyai sebarang syarat-syarat ini atau jika anda tidak pasti sama ada anda mempunyai apa-apa daripada mereka.

    Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

    Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil Asid Ursodeosikolik.

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan ubat ini?

    Seperti ubat-ubatan, kapsul Ursofalk boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun tidak semua orang mengalaminya.

    Anda perlu menghubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami sebarang simptom berikut selepas mengambil kapsul Ursofalk:

    Kesan sampingan yang biasa (berlaku dalam kurang daripada 1 dalam 10 tetapi lebih daripada 1 dalam 100 pesakit):

    • Najis lembut atau cirit-birit. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera jika anda mengalami cirit-birit yang berterusan, kerana ini mungkin memerlukan pengurangan dos. Jika anda mengalami cirit-birit, pastikan anda minum cecair yang cukup untuk menggantikan cecair dan garam dalam badan anda.
    • Cirit-birit juga boleh berlaku akibat berlebihan dos.

    Kesan sampingan yang sangat jarang berlaku (berlaku dalam kurang daripada 1 dalam 10,000 pesakit):

    • Semasa rawatan sirosis biliari primer: sakit abdomen belah atas yang teruk, parut hati yang semakin teruk – ini boleh bertambah baik selepas rawatan dihentikan.

    Jika anda mendapati sebarang kesan sampingan yang tidak disenaraikan, sila beritahu doktor atau ahli farmasi.

    Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan tertentu, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda. 

    Tindak Balas

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

    Asid Ursodeosikolik mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

    Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

    Asid Ursodeosikolik mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

    Asid Ursodeosikolik mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

    Melarutkan batu karang kaya kolesterol:

    6-12 mg / kg setiap hari sebagai dos tunggal sebelum tidur atau dalam 2-3 dos dibahagikan berterusan selama 3-4 bulan selepas batu karang tidak lagi kelihatan dalam pemeriksaan radiologi. Dos boleh dibahagikan secara tidak sama rata dengan dos yang lebih tinggi diberikan sebelum tidur untuk mengatasi peningkatan dalam ketepuan kolesterol biliari yang berlaku pada awal pagi. Maksimum: 15 mg / kg.

    Kemerosotan fungsi hati: penyakit hati kronik (kecuali sirosis biliari primer): gunakan dengan berhati-hati.

    Sirosis biliari primer:

    10-15 mg / kg setiap hari dalam 2-4 dos dibahagikan.

    Pencegahan batu karang dalam pesakit yang mengalami penurunan berat badan pesat

    300 mg bid

    Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Dos belum ditentukan pada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

    Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

    Asid Ursodeosikolik boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

    Kapsul 250 mg

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas dos Asid Ursodeosikolik, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan