Amcinonide

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Amcinonide Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Amcinonide?

Amcinonide biasanya digunakan untuk merawat kerengsaan kulit dan ruam kulit.

Bagaimanakah kegunaan Amcinonide?

Gunakan krim dan salap amcinonide sebagaimana yang diperintahkan oleh doktor anda. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Patuhi semua arahan dengan teliti.

Gunakan juga sebagaimana yang anda telah diarahkan, walaupun tanda-tanda anda telah menjadi lebih baik.

Jangan ambil ubat ini dengan mulut. Gunakan pada kulit anda sahaja. Jauhkan dari mulut, hidung, dan mata anda (boleh melecur).

Basuh tangan sebelum dan selepas digunakan. Jangan basuh tangan anda selepas digunakan jika ia diletakkan di tangan anda.

Jangan letakkan pada muka, ketiak, atau kawasan pangkal paha kecuali jika diberitahu oleh doktor.

Bersihkan bahagian yang sakit tersebut sebelum digunakan. Pastikan ia dikeringkan dengan baik.

Letakkan lapisan yang nipis pada kulit yang terjejas dan gosokkan perlahan-lahan.

Jangan gunakan apa-apa yang boleh menutup (pembalut, kain kasa, bahan solekan) kecuali diberitahu untuk berbuat demikian oleh doktor.

Bagaimana saya menyimpan Amcinonide?

Amcinonide paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan amcinonide di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama amcinonide yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang amcinonide ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Amcinonide?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif amcinonide atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Maklumkan kepada semua penyedia penjagaan kesihatan bahawa anda menggunakan krim dan salap amcinonide. Ini termasuklah doktor, jururawat, ahli farmasi dan doktor gigi anda.

Sila rujuk doktor anda sebelum anda menggunakan ubat atau produk lain pada kulit anda.

Jangan diletakkan pada luka potongan, geseran atau mana-mana bahagian kulit yang rosak.

Berhati-hati apabila memakai pada sebahagian besar kulit atau di kawasan luka terbuka. Sila rujuk doktor anda terlebih dahulu.

Jangan gunakan lebih lama daripada yang telah diberitahu oleh doktor.

Jangan gunakan lampin yang ketat atau seluar plastik jika rawatan adalah di bahagian lampin. Ini boleh menyebabkan lebih banyak bahan ubat menyerap masuk ke dalam badan.

Gunakan dengan berhati-hati pada kanak-kanak. Sila rujuk doktor anda terlebih dahulu.

Ubat ini boleh menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak dan remaja dalam beberapa kes. Mereka mungkin memerlukan pemeriksaan pertumbuhan yang kerap. Sila berbincang dengan doktor anda.

Adakah selamat untuk mengambil Amcinonide semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Alteplase adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Sila maklumkan kepada doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom berikut yang mungkin berkait dengan kesan sampingan yang sangat buruk:

  • Tanda-tanda tindak balas alergi, seperti ruam; gatal-gatal; bintat; kemerahan, bengkak, melepuh, atau kulit mengelupas dengan atau tanpa demam; berdehit; berasa sempit pada dada atau tekak; masalah bernafas atau bercakap; suara serak atau garau yang tidak biasa; ataupun bengkak mulut, muka, bibir, lidah, mahupun tekak.
  • Tanda-tanda kandungan gula tinggi dalam darah seperti kekeliruan, rasa mengantuk, terlebih dahaga, terlebih lapar, kencing dengan kerap, muka kemerahan, bernafas cepat, atau nafas yang berbau seperti buah
  • Tanda-tanda penyakit Cushing seperti kenaikan berat badan di belakang atau perut, muka bulan, sakit kepala yang sangat buruk, atau kadar penyembuhan yang perlahan
  • Tanda-tanda kelenjar adrenal yang lemah seperti sakit perut yang sangat teruk atau muntah-muntah, pening kepala yang sangat teruk atau pengsan, kelemahan otot, berasa sangat letih, perubahan perasaan, tidak lapar, atau penurunan berat badan
  • Pertukaran warna kulit
  • Perubahan pada kulit (jerawat, tanda regangan, penyembuhan lambat, pertumbuhan rambut)
  • Kerengsaan kulit
  • Penipisan kulit
  • Kulit kering
  • Gatal-gatal

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Amcinonide?

Amcinonide boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Amcinonide?

Amcinonide mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Amcinonide?

Amcinonide boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Dermatitis

Krim dan salap: Guna lapisan nipis di permukaan kulit ke kawasan yang terjejas 2 hingga 3 kali sehari bergantung kepada keterukan keadaan

Losyen: Sapukan di permukaan kulit dan gosokkan ke kawasan yang terjejas sepenuhnya dua kali sehari

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Ekzema

Krim dan salap: Guna lapisan nipis di permukaan kulit ke kawasan yang terjejas 2 hingga 3 kali sehari bergantung kepada keterukan keadaan

Losyen: Sapukan di permukaan kulit dan gosokkan ke kawasan yang terjejas sepenuhnya dua kali sehari

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Psoriasis

Krim dan salap: Guna lapisan nipis di permukaan kulit ke kawasan yang terjejas 2 hingga 3 kali sehari bergantung kepada keterukan keadaan

Losyen: Sapukan di permukaan kulit dan gosokkan ke kawasan yang terjejas sepenuhnya dua kali sehari

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa untuk Dermatitis

Krim dan salap: Guna lapisan nipis di permukaan kulit ke kawasan yang terjejas 2 hingga 3 kali sehari bergantung kepada keterukan keadaan

Losyen: Sapukan di permukaan kulit dan gosokkan ke kawasan yang terjejas sepenuhnya dua kali sehari

Dos Pediatrik Biasa untuk Ekzema

Krim dan salap: Guna lapisan nipis di permukaan kulit ke kawasan yang terjejas 2 hingga 3 kali sehari bergantung kepada keterukan keadaan

Losyen: Sapukan di permukaan kulit dan gosokkan ke kawasan yang terjejas sepenuhnya dua kali sehari

Dos Pediatrik Biasa untuk Psoriasis

Krim dan salap: Guna lapisan nipis di permukaan kulit ke kawasan yang terjejas 2 hingga 3 kali sehari bergantung kepada keterukan keadaan

Losyen: Sapukan di permukaan kulit dan gosokkan ke kawasan yang terjejas sepenuhnya dua kali sehari

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Amcinonide boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Krim dan salap

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos amcinonide, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 29, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 29, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.