Amantadine

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Amantadine Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Amantadine?

Amantadin biasanya digunakan untuk merawat atau mencegah selesema. Ia juga digunakan untuk merawat kesan sampingan yang disebabkan oleh beberapa ubatan lain.

Ia turut digunakan untuk merawat penyakit Parkinson, dan boleh juga diberikan kepada anda atas sebab-sebab lain. Sila rujuk doktor anda terlebih dahulu.

Bagaimanakah kegunaan Amantadine?

Gunakan ubat ini sebagaimana diarahkan oleh doktor. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Patuhi arahan-arahan dengan baik. Ubat ini boleh diambil bersama atau tanpa makanan.

Teruskan mengambil ubat ini (kapsul dan tablet amantadin sebagaimana yang dinasihati doktor atau penyedia penjagaan kesihatan anda, walaupun anda berasa sihat.

Bagaimana saya menyimpan Amantadine?

Amantadin paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan amantadin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama amantadin yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang amantadin ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Amantadine?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif amantadin atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda alah kepada sebarang ubat seperti ubat ini atau ubatan lain, sebarang makanan, ataupun bahan lain. Beritahu doktor tentang alergi dan sebarang tanda yang ada, seperti ruam; gatal-gatal; bintat; sesak nafas; berdehit; batuk-batuk; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak; atau apa-apa tanda lain.
  • Anda mempunyai glaukoma.

Beritahu semua penyedia penjagaan kesihatan anda jika sedang ambil ubat ini. Ini termasuklah doktor, jururawat, ahli farmasi dan doktor gigi anda.

Elakkan memandu, melakukan tugas atau tindakan lain yang perlukan anda untuk berjaga-jaga atau mempunyai penglihatan yang jelas sehinggalah anda mengetahui dengan baik bagaimana ubat ini (kapsul dan tablet amantadin) boleh mempengaruhi anda.

Untuk mengurangkan kemungkinan berasa pening atau pengsan, bangkit dengan perlahan-lahan selama beberapa minit daripada kedudukan duduk atau berbaring. Berhati-hati ketika memanjat dan menaiki tangga.

Strok haba juga pernah dan boleh berlaku pada orang yang mengambil ubat ini. Berhati-hati ketika cuaca panas dan semasa melakukan apa-apa aktiviti fizikal.

Sila rujuk dan maklum dengan doktor anda sebelum atau jika baru selepas mendapatkan apa-apa vaksin influenza sebelum/selepas mengambil ubat ini (kapsul dan tablet amantadin).

Maklumkan juga kepada doktor anda sebelum mengambil minuman beralkohol, menggunakan ubatan lain ataupun apa-apa produk semula jadi yang boleh melambatkan tindakan anda.

Sekiranya anda mengalami masalah buah pinggang, sila berbincang dengan doktor anda. Dos anda mungkin perlu diubah berdasarkan di mana tahap keadaan buah pinggang anda berfungsi. Kematian boleh berlaku pada orang yang mempunyai masalah buah pinggang, di mana dosnya terlalu tinggi untuk fungsi buah pinggang mereka tangani.

Insiden terlebih dos yang teruk pernah dan boleh terjadi dengan ubat ini (kapsul dan tablet amantadin), sama ada pada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Jauhkan ia daripada kanak-kanak. Jangan ambil ubat ini lebih banyak daripada yang diarahkan. Jika ia diambil secara tidak sengaja, hubungi pusat kawalan racun berhampiran anda atau segera dapatkan rawatan perubatan.

Sekiranya anda berusia 65 tahun ke atas, sila gunakan ubat ini dengan berhati-hati. Anda berpotensi mendapat lebih banyak kesan sampingan.

Adakah selamat untuk mengambil Amantadine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Amantadin adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Beritahu doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom berikut yang mungkin berkaitan dengan kesan sampingan yang sangat buruk:

  • Tanda-tanda tindak balas alergi, seperti ruam; gatal-gatal; bintat; kemerahan, bengkak, melepuh, atau kulit mengelupas dengan atau tanpa demam; berdehit; berasa sempit pada dada atau tekak; masalah bernafas atau bercakap; suara serak atau garau yang tidak biasa; ataupun bengkak pada mulut, muka, bibir, lidah, mahupun tekak.
  • Perubahan pada tingkah laku anda
  • Berasa keliru
  • Kepeningan yang teruk atau pengsan
  • Halusinasi (melihat atau mendengar perkara yang tidak ada)
  • Kekejangan
  • Sesak nafas, berat badan berlebihan, atau bengkak di tangan mahupun kaki
  • Masalah membuang air kecil
  • Penglihatan kabur
  • Keinginan kuat yang sukar dikawal (seperti makan, berjudi, seks, atau membelanjakan wang)
  • Perubahan pada keseimbangan

Pesakit yang mengambil ubat ini (kapsul dan tablet amantadin) mungkin mempunyai risiko yang besar untuk mempunyai pemikiran bahkan bertindak untuk membunuh diri. Risiko ini mungkin lebih besar pada orang-orang yang berfikir atau bertindak sebegini pada masa lalu. Hubungi doktor dengan segera jika tanda-tanda seperti angin tidak baik (kemurungan), ketakutan, kegelisahan, kesakitan, serangan panik, ataupun perubahan perangai mahupun tindakan yang baru atau lebih teruk. Hubungi doktor segera jika sebarang pemikiran atau tindakan bunuh diri berlaku.

Masalah kesihatan yang sangat buruk dan kadang-kadang membawa maut yang dipanggil sindrom neuroleptik malignan (NMS) mungkin berlaku. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami demam, kekejangan otot atau berasa kaku, pening kepala, sakit kepala yang teruk, kekeliruan, perubahan pemikiran, degupan jantung yang laju, degupan jantung yang tidak normal, atau berpeluh.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Amantadine?

Amantadin boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Amantadine?

Amantadin mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Amantadine?

Amantadin boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Profilaksis Influenza

Dos yang biasanya disyorkan: 200 mg sehari melalui mulut, dalam 1 hingga 2 dos yang dibahagikan

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Influenza A

Dos yang biasanya disyorkan: 200 mg sehari melalui mulut, dalam 1 hingga 2 dos yang dibahagikan

Dos Orang Dewasa biasa untuk Penyakit Parkinson

Monoterapi:

100 mg melalui mulut dua kali sehari; dos permulaan biasanya dalam masa 48 jam

Pada pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang serius atau menerima ubat antiparkinson lain dalam dos yang tinggi:

Dos permulaan: 100 mg sekali sehari

Selepas 1 hingga beberapa minggu pada dos awal: Dos boleh ditingkatkan hingga 100 mg melalui mulut dua kali sehari, jika diperlukan.

Dos Orang Dewasa Biasa untuk Reaksi Ekstrapiramid

100 mg dua kali sehari

Dos Geriatrik Biasa untuk Profilaksis Influenza

Dos yang biasanya disyorkan:

65 tahun atau lebih tua: 100 mg secara lisan setiap hari

Dos Geriatrik Biasa untuk Influenza A

Dos yang biasanya disyorkan:

Umur 65 tahun ke atas: 100 mg melalui mulut setiap hari

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa untuk Profilaksis Influenza

Dos yang biasanya disyorkan:

  • Umur 1 hingga 9 tahun: 4.4 hingga 8.8 mg / kg melalui mulut setiap hari; tidak melebihi 150 mg / hari
  • Umur 10 hingga 12 tahun: 100 mg melalui mulut dua kali sehari

Jawatankuasa Penasihat Amalan Imunisasi (ACIP) dan Akademi Pediatrik Amerika (AAP) mengesyorkan (untuk mengurangkan risiko ketoksikan):

  • Umur 1 hingga 9 tahun: 5 mg / kg melalui mulut sehari dalam 2 dos yang terbahagi; tidak melebihi 150 mg / hari
  • Umur 10 tahun atau lebih tua, kurang daripada 40 kg: 5 mg / kg melalui mulut sehari
  • Umur 10 tahun atau lebih tua, 40 kg atau lebih: 100 mg melalui mulut dua kali sehari
  • Dos profilaksis alternatif untuk kanak-kanak yang beratnya melebihi 20 kg: 100 mg sehari

Dos Pediatrik Biasa untuk Influenza A

Dos yang biasanya disyorkan:

  • Umur 1 hingga 9 tahun: 4.4 hingga 8.8 mg / kg melalui mulut setiap hari; tidak melebihi 150 mg / hari
  • Umur 10 hingga 12 tahun: 100 mg melalui mulut dua kali sehari

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Amantadin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Kapsul
  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos amantadin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 29, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.