Alteplase

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Alteplase Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Alteplase?

Alteplase biasanya digunakan untuk merawat darah beku. Ia mungkin juga diberikan kepada anda untuk sebab lain. Sila rujuk doktor anda terlebih dahulu.

Bagaimanakah kegunaan Alteplase?

Gunakan ubat ini sebagaimana diarahkan oleh doktor. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Patuhi arahan-arahan dengan baik.

Ia diberikan dalam bentuk suntikan ke dalam kateter.

Bagaimana saya menyimpan Alteplase?

Alteplase paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan alteplase di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama alteplase yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang alteplase ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Alteplase?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif alteplase atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Maklumkan semua penyedia penjagaan kesihatan anda bahawa anda mengambil alteplase. Ini termasuklah doktor, jururawat, ahli farmasi dan doktor gigi anda.

Anda mungkin akan berdarah dengan lebih mudah. Berhati-hati dan elakkan kecederaan. Gunakan berus gigi yang lembut dan pencukur elektrik.

Tingkatkan tahap penjagaan keselamatan untuk mengelakkan kecederaan, mengelakkan jatuh atau kemalangan.

Pastikan darah anda sentiasa diperiksa seperti yang telah diberitahu oleh doktor. Sila rujuk dengan doktor anda terlebih dahulu.

Jika anda berusia 75 tahun atau lebih, sila gunakan ubat ini dengan berhati-hati. Anda boleh mendapat lebih banyak kesan sampingan yang tidak diingini.

Adakah selamat untuk mengambil Alteplase semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Alteplase adalah pada kategori risiko kehamilan tahap C, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Sila maklumkan kepada doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom berikut yang mungkin berkait dengan kesan sampingan yang sangat buruk:

  • Tanda-tanda tindak balas alergi, seperti ruam; gatal-gatal; bintat; kemerahan, bengkak, melepuh, atau kulit mengelupas dengan atau tanpa demam; berdehit; berasa sempit pada dada atau tekak; masalah bernafas atau bercakap; suara serak atau garau yang tidak biasa; ataupun bengkak mulut, muka, bibir, lidah, mahupun tekak.
  • Tanda-tanda pendarahan seperti muntah darah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi; batuk darah; air kencing berdarah; najis berwarna hitam atau merah; pendarahan gusi; pendarahan faraj yang tidak normal; lebam tanpa sebab atau yang membesar; ataupun sebarang pendarahan yang sangat buruk yang anda tidak boleh hentikannya.
  • Kemerahan, bengkak, atau sakit di tempat kateter.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Alteplase?

Alteplase boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Alteplase?

Alteplase mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Alteplase?

Alteplase boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa biasa untuk Penginfarkan Miokardium

Untuk kaedah mempercepat penyerapan:

  • Berat badan lebih daripada 67 kg: sebanyak 100 mg diberikan dalam bentuk bolus 15 mg IV, diikuti oleh 50 mg diberikan selama 30 minit seterusnya dan kemudian 35 mg dimasukkan selama 60 minit yang seterusnya.
  • Berat badan 67 kg atau kurang: 15 mg bolus IV, diikuti oleh 0.75 mg / kg (tidak melebihi 50 mg) selama 30 minit seterusnya dan kemudian 0.5 mg / kg (tidak melebihi 35 mg) selama 60 seterusnya pula.

Untuk kaedah penyerapan selama 3 jam:

  • Berat badan lebih dari 65 kg: sebanyak 100 mg diberikan sebagai 60 mg IV pada jam pertama (dengan 6 hingga 10 mg daripadanya diberikan sebagai bolus IV dalam masa 1 ke 2 minit), diikuti oleh 20 mg / jam IV pada jam kedua dan ketiga.
  • Berat badan kurang daripada 65 kg: 1.25 mg / kg diberikan sebagai 0.75 mg / kg IV pada jam pertama (dengan 6 hingga 10 mg daripadanya diberikan sebagai bolus IV dalam masa 1 ke 2 minit), diikuti oleh 0.25 mg / kg / jam semasa jam kedua dan ketiga. Heparin biasanya diberikan semasa dan selepas pengambilan alteplase. Aspirin dan / atau dipyridamole juga boleh diberikan semasa dan / atau selepas mendapat rawatan heparin.

Dos Dewasa Biasa untuk Embolisme Pulmonari

50 mg / jam IV selama 2 jam untuk jumlah dos sebanyak 100 mg. Heparin biasanya diberikan pada sebelum penghujung atau sejurus selepas penerapan ubat ini, apabila masa tromboplastin separa atau masa trombin menurun dua kali ganda dari kadar yang normal ataupun kurang lagi.

Dos Dewasa Biasa untuk Strok Iskemia

0.9 mg / kg (sehingga 90 mg) IV selama 60 minit dengan 10% daripada jumlah dos yang diberikan sebagai bolus IV awal pada minit pertama.

Dos Dewasa Biasa untuk Gangguan Trombosis / Tromboembolus

Kateter vena sentral yang tersumbat:

Cadangan daripada pengilang (CathFlo Activase): Pesakit dengan berat badan 30 kg atau lebih: gunakan kepekatan dos 2 mg / 2 mL; boleh ambil dos kedua jika kateter kekal tersumbat selepas 2 jam jangka masa dibiarkan. Satu kajian baru-baru ini meningkatkan dos sebanyak 0.5 mg, 1 mg, dan 2 mg (dalam 60 minit jangka masa dibiarkan) dan mendapati bahawa 86.2% daripada kateter dapat dibersihkan dengan dos 0.5 mg.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa untuk Gangguan Thrombosis / Thromboembolus

Penyumbatan kateter IV: Masukkan ke dalam kateter dan jangan disuntik ke atas pesakit secara terus: Dos yang tersenarai adalah per lumen (lubang); bagi kateter yang mempunyai banyak lumen, hanya satu lumen dibersihkan pada satu masa; dos yang disuntik mestilah sentiasa disedut keluar semula dari kateter selepas dibiarkan.

Cadangan pengilang (CathFlo Activase):

  • Kateter vena sentral: pesakit berumur 14 tahun atau lebih: gunakan kepekatan dos 1 mg / mL; masukkan kadar jumlah yang sama dengan 110% daripada jumlah isi padu dalaman lumen kateter; tidak melebihi kepekatan 2 mg dalam 2 ml; biarkan dalam lumen selama 2 jam, kemudian sedut keluar semula dari kateter; dan boleh masukkan dos kedua jika kateter kekal tersumbat selepas 2 jam jangka masa ubat dibiarkan.

Dos alternatif:

  • Kateter vena sentral: 0.5 mg dicairkan pada larutan bergaram/salinus (NS), kepada kadar jumlah yang sama dengan isi padu dalaman lumen; masukkan ke dalam setiap lumen dalam masa 1-2 minit; tinggalkan lumen selama 1 hingga 2 jam, kemudian sedut keluar semula dari kateter; dan siram kateter dengan NS.
  • Kateter vena sentral: 0.25 hingga 0.5 mg / mL; masukkan sejumlah isi padu untuk mengisi kateter; biarkan dalam lumen selama 2 jam, kemudian sedut keluar semula dari kateter.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Alteplase boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Suntikan

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos alteplase, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 29, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.