backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Alprostadil

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan alprostadil?

Alprostadil digunakan untuk merawat mati pucuk dan untuk membantu mendiagnosis sebab-sebab tertentu masalah ini. Alprostadil juga digunakan untuk meningkatkan aliran darah pada bayi yang baru lahir dengan masalah jantung yang genetik.

Alprostadil melegakan saluran darah dan otot di dalam zakar. Ini meningkatkan aliran darah ke dalam zakar, menyebabkan ereksi.

Alprostadil juga mungkin digunakan untuk tujuan yang tidak tersenarai dalam panduan ubat ini.

Bagaimana saya harus ambil alprostadil?

Alprostadil diambil melalui suntikan. Rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana kaedah penyimpanan alprostadil?

Alprostadil paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan alprostadil di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama alprostadil yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang alprostadil ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apa yang saya perlu tahu sebelum mengambil alprostadil?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif alprostadil atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda tidak boleh menggunakan ubat ini jika anda mempunyai alahan kepada alprostadil, anemia sel sabit (sickle-cell), leukemia, tumor sumsum tulang, zakar melengkung atau cacat, fibrosis pada zakar atau penyakit Peyronie, implan pada zakar, atau jika anda telah dilarang melakukan persetubuhan atas sebab kesihatan.

    Menggunakan alprostadil terlalu banyak boleh menjadi sangat berbahaya. Patuhi semua arahan pada label preskripsi anda.

    Dapatkan rawatan perubatan kecemasan jika anda mengalami ereksi yang menyakitkan atau berpanjangan selama 4 jam atau lebih.

    Gunakan kondom untuk mencegah pemindahan ubat ini kepada pasangan seks anda sekiranya dia hamil atau boleh hamil.

    Adakah ubat ini selamat digunakan ketika mengandung atau menyusukan bayi?

    Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat alprostadil ini.

    Kesan-kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan alprostadil?

    Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan: bintat urtikaria; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

    Berhenti menggunakan alprostadil dan hubungi doktor anda serta-merta jika anda mengalami:

    • Rasa pening-pening, seperti hendak pengsan
    • Masalah ketika kencing, atau darah dalam air kencing anda
    • Pendarahan, pembengkakan atau lebam di tempat suntikan ubat tersebut
    • Ereksi yang menyakitkan, yang berlangsung selama 4 jam atau lebih lama
    • Kesakitan atau kerengsaan yang teruk pada zakar atau uretra anda
    • Kemerahan, ketulan, bentuk atau lengkungan yang luar biasa pada zakar yang sedang tegak

    Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

    • Kesakitan yang ringan di zakar, uretra, atau buah zakar anda
    • Lelehan yang tidak normal dari zakar anda
    • Batuk-batuk, hidung tersumbat, simptom kesejukan, selesema

    Pasangan seksual anda juga mungkin mempunyai kesan sampingan seperti rasa terbakar, gatal-gatal, atau kerengsaan pada kawasan-kawasan badan yang bersentuhan dengan zakar anda.

    Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

    Tindak balas ubat

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan alprostadil?

    Alprostadil boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

    Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan alprostadil?

    Alprostadil mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

    Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan alprostadil?

    Alprenolol boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

    Masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:

    • Sejarah darah beku
    • Penyakit jantung, tekanan darah tinggi
    • Masalah pendarahan atau pembekuan darah
    • Penyakit yang boleh merebak melalui darah (seperti hepatitis atau HIV)

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan alprostadil.

    Apakah dos alprostadil yang sesuai untuk orang dewasa?

    Dos pertama ubat ini akan diberikan di pejabat doktor anda supaya anda dapat memerhatikan bagaimana ubat ini berfungsi dan bagi melihat jika ia menyebabkan sebarang kesan sampingan. Anda kemudian akan ditunjukkan bagaimana untuk menggunakan ubat ini dengan betul kepada diri sendiri. Tunggu sekurang-kurangnya 1 hari selepas dos pertama anda sebelum menggunakan ubat ini semula.

    Alprostadil hanya digunakan apabila diperlukan untuk mendapatkan ereksi. Ereksi perlu berlaku dalam masa 5 hingga 20 minit selepas anda menggunakan ubat, dan harus berlangsung selama 30 hingga 60 minit. Tempoh masa ereksi anda bertahan mungkin sedikit berbeza.

    Jika alprostadil diberikan dalam bentuk suntikan, ia perlu disuntik ke bahagian sisi zakar.

    Jika ia diberi dalam bentuk pelet transuretral, maka ia adalah supositori yang sangat kecil yang perlu dimasukkan ke dalam pembukaan zakar (uretra).

    Jangan gunakan lebih daripada 2 pelet alprostadil dalam masa satu hari (24 jam). Jangan gunakan lebih daripada 3 suntikan alprostadil setiap minggu. Berikan masa sekurang-kurangnya 24 jam antara setiap suntikan.

    Sediakan dos alprostadil anda hanya apabila anda sudah bersedia untuk menggunakan ubat ini. Jangan goncang ubatan yang dicampur. Selepas pencampuran, seharusnya ubat itu menjadi jernih. Jangan gunakan ubat ini jika kelihatan keruh atau mempunyai zarah di dalamnya. Hubungi ahli farmasi anda untuk ubat baru.

    Jangan gunakan suntikan atau pelet alprostadil dengan sendiri jika anda tidak memahami dengan baik arahan untuk penggunaan yang betul. Hubungi doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan arahan suntikan. Menggunakan pelet transuretral alprostadil secara tidak berhati-hati boleh menyebabkan kerosakan pada uretra anda.

    Suntikan alprostadil boleh menyebabkan pendarahan di tempat suntikan dibuat. Ini berpotensi memudahkan pasangan seks anda terdedah kepada darah anda. Virus seperti hepatitis atau HIV boleh merebak kepada orang lain yang bersentuhan dengan darah anda.

    Untuk memastikan alprostadil tidak menyebabkan kesan berbahaya, zakar anda perlu diperiksa setiap 3 bulan. Sila berjumpa doktor anda dengan kerap

    Apakah dos alprostadil yang sesuai bagi kanak-kanak?

    Dos yang sesuai belum pernah ditetapkan bagi pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting untuk memahami tahap keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakah ketersediaan alprostadil?

    Alprostadil boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

    • Suntikan

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Bagaimana pula jika saya terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos alprostadil, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan