Almotriptan

Oleh

Nama AM: Almotriptan Jenama: Almotriptan.

Kegunaan

Apa itu Almotriptan?

Almotriptan biasa digunakan bagi merawat sakit kepala migrain.

Bagaimanakah kegunaan Almotriptan?

Gunakan almotriptan seperti diarahkan doktor anda. Baca segala informasi diberi pada anda. Ikuti segala arahan dengan teliti.

Ikuti cara penggunaan sebagaimana dinasihatkan oleh doktor atau baca isi dalam pakej ubat. Ambil bersama air secepat mungkin selepas serangan migrain bermula.

Sekiranya sakit kepala anda muncul kembali selepas dos pertama, 1 lagi dos boleh diambil 2 jam selepas dos pertama.

Bagaimana kaedah penyimpanan Almotriptan?

Almotriptan paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan almotriptan di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama almotriptan yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang almotriptan ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Almotriptan?

Sebelum mengambil almotriptan, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif almotriptan atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda alahan pada mana-mana ubatan seperti ini, apa-apa ubatan lain, makanan, atau bahan lain. Nyatakan pada doktor tentang alahan dan gejala dihadapi seperti ruam; geligata; gatal-gatal; sesak nafas; berdehit; batuk; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak; atau mana-mana tanda lain.
  • Anda mengalami mana-mana masalah kesihatan ini: Tekanan darah tinggi atau beberapa jenis sakit kepala migrain seperti migrain hemiplegik atau migrain basilar.
  • Anda pernah mengalami mana-mana masaah kesihatan ini: Sakit atau tekanan pada dada; arteri menuju ke tangan atau kaki yag berpenyakit; serangan jantung; penyakit jantung; saluran darah lemah ke jantung, otak, usus, atau buah pinggang; atau ada degupan jantung yang tidak normal seperti Wolff-Parkinson-White syndrome.
  • Anda telah mengambil eleptriptan, frovatriptan, naratriptan, rizatriptan, sumatriptan, atau zolmitriptan dalam 24 jam yang lalu.
  • Anda telah mengambil ergotamine, methysergide, dihydroergotamine, atau apa-apa ubatan yang seakan mereka 24 jam yang lalu.

Nyatakan pada pengamal perubatan anda yang anda masih mengambil ubatan ini. Ianya termasuklah pada doktor, jururawat, ahli farmasi, dan doktor gigi anda.

Elakkan memandu dan melakukan tugasan lain atau kerja yang memerlukan anda untuk berjaga hingga anda telah pasti bagaimana almotriptan berkesan pada anda.

Tekanan darah tinggi pernah berlaku bersama ubatan ini. Semak tekanan darah anda sebagaimana diarahkan doktor.

Ubatan ini bukan untuk mengelak atau menurunkan jumlah sakit kepala migrain yang akan anda alami. Bincangkan bersama doktor.

Gunakan berhati-hato sekiranya anda ada risiko penyakit jangtung (tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol, lebihan berat, gula tinggi dalam darah atau diabetes, menghisap rokok, lelaki berusia lebih 40 tahun, ahli keluarga lain yang menghidapi penyakit jantung awal, perempuan selepas perubahan hidup). Bincangkan bersama doktor.

Masalah jantung yang sangat teruk dan kadangkala mengundang maut seperti serangan dantung dan degupan tidak normal jarang-jarang berlaku selepas beberapa jam pengambilan almotriptan. Hubungi doktor anda segera sekiranya mengalami sesak, kesakitan, tekanan, atau rasa berat; pada dada, tenggorok, leher, atau rahang; mengalami peluh sejuk secara tiba-tiba; sesak nafas; degupan jantung yang laju, degupan yang tidak berasa normal; atau pening kepala yang teruk atau pitam.

Masalah salur darah otak yang sangat teruk dan kadangkala membawa maut  seperti strok juga jarang-jarang berlaku bersama ubatan ini. Hubungi doktor anda segera sekiranya anda mengalami perubahan kekuatan pada 1 bahagian yang lebih kuat berbanding bahagian lain, masalah bercakap atau berfikir, perubahan keseimbangan, atau perubahan penglihatan. Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang tidak seperti migrain biasa, bincang bersaa doktor sebelum anda mengambil almotriptan.

Mengambil lebih ubatan ini (dos lebih tinggi, lebih kerap) berbanding apa yang disarankan doktor mungkin mengakibatkan tsakit kepala bertambah teruk.

Sekiranya anda berusia lebih 65 tahun, gunakan alminotriptan dengan hati-hati. Anda biasanya mengalami kesan sampingan yang lebih banyak.

Adakah selamat untuk mengambil Almotriptan semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil almitropan adalah di bawah kategori C berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Almotriptan?

Ceritakan pada doktor atau dapatkan bantuan perubatan segera, sekiranya anda mengalami mana-mana gejala atau simptom yang mungkin berkaitan kesan sampingan yang buruk

  • Gejala reaksi alahan, seperti ruam; geligata; gatal-gatal; kemerahan, bengkak, lepuh, atau kulit terkupas bersama atau tanpa demam panas; berdehit; dada atau tekak menjadi sesak; masalah pernafsan atau percakapan; serak suara yang luar biasa; atau bengkak-bengkak pada mulut, muka, bibir, lidah dan leher.
  • Gejala tekanan darah tinggi seperti sakit kepala yang teruk atau pening-pening, pengsan, atau perubahan penglihatan.
  • Najis keras (sembelit)
  • Najis cair (cirit birit)
  • Perut memulas atau muntah
  • Sakit bahagian perut yang sangat teruk atau najis cair berdarah
  • Sakit kepala teruk yang tidak hilang selepas dos pertama
  • Rasa pedih, kekebasan, atau rasa mencucuk yang tidak normal
  • Demam panas
  • Hilang berat badan
  • Kaki kejang
  • Merasa berat atau tegang bahagian otot kaki
  • Merasa sejuk (selsema)
  • Pedih atau kesakitan pada kaki atau jari kaki
  • Perubahan penglihatan
  • Hilang penglihatan. Ini boleh jadi berpanjangan

Masalah kesihatan yang sangat teruk atau kadangkala membawa maut yang dipanggil sindrom serotonin mungkin berlaku. Risiko semakin bersar sekiranya anda mengambil ubat ini bersama ubatan depresi, migrain, atau beberapa ubatan lain. Hubungi doktor anda segera sekiranya anda mempunyai penggoncangan (agitasi): perubahan keseimbangan; kekeliruan; halusinassi; demam panas; degupan laju atau tidak normal, muka kemerahan; sentak otot atau kekakuan; sawan; menggeletar atau bergegar; berpeluh dengan banyak, cirit birit yang teruk, perut tidak selesa, atau muntah; atau sakit kepala yang teruk.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Almotriptan?

Almotriptan mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Almotriptan?

Almotriptan mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Almotriptan?

Almotriptan akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos almotriptan yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos Dewasa Biasa bagi Migrain

Dos permulaan: 6.25 mg atau 12.5 mg sebagai oral dos tunggal.

Dos ulangan: sekiranya sakit kepala lega, tetapi kembali, boleh ulang semula satu dos secara oral sekiranya ada jarak masa 2 jam antara dos.

Dos maksima harian: 25 mg

Apakah almotriptan yang sesuai untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa bagi Migrain

Remaja (12 ke 17 tahun):

Dos permulaan: 6.25 mg atau 12.5 mg sebagai oral dos tunggal.

Dos ulangan: sekiranya sakit kepala lega, tetapi kembali, boleh ulang semula satu dos secara oral sekiranya ada jarak masa 2 jam antara dos.

Dos maksima harian: 25 mg

Ketersedian almotriptan

Voltamicin® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet

Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimana pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos almotriptan, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 8, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 8, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda