backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Aerius

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 26/10/2022

Kegunaan

Apa itu Aerius® (desloratadine)?

Aerius® digunakan untuk melegakan simptom alahan rinitis (keradangan saluran hidung yang disebabkan oleh alahan, contohnya demam alahan atau alahan terhadap hama debu) atau urtikaria (keadaan kulit yang disebabkan oleh alahan, dengan simptom termasuk geligata dan kegatalan).

Bagaimanakah kegunaan Aerius® (desloratadine)?

Ambil Aerius® dengan mulut dan seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan ambil dalam jumlah yang lebih besar atau lebih lama daripada yang disyorkan. Ikut arahan pada label preskripsi anda.

Bagaimana saya menyimpan Aerius® (desloratadine)?

Aerius® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Aerius® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Aerius® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Aerius® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Aerius®  (desloratadine)?

Sebelum mengambil Aerius®, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Aerius® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Aerius® (desloratadine) semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Aerius®.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Aerius® (desloratadine)?

Beberapa kesan sampingan mungkin berlaku, seperti:

  • Edema, seperti bengkak
  • Pruritus, seperti kulit gatal
  • Ruam
  • Takikardia ,denyutan jantung atau nadi yang laju, berdebar degup, atau yang tidak teratur

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Aerius® (desloratadine)?

Aerius® boleh bertindakbalas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindakbalas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Produk yang boleh bertindakbalas dengan ubat ini, seperti:

  • Atorvastatin
  • Augmentin (amoxicillin / clavulanate)
  • Celebrex (celecoxib)
  • cetirizine
  • Crestor (rosuvastatin)
  • Cymbalta (duloxetine)
  • Escitalopram
  • Ibuprofen
  • Metformin
  • Naproxen
  • Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Aerius® (desloratadine)?

    Aerius® boleh bertindakbalas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindakbalas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Aerius® (desloratadine)?

    Aerius® mungkin bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos Aerius® (desloratadine) yang disyorkan untuk dewasa?

    Dos yang disyorkan untuk orang dewasa dan remaja (umur 12 tahun ke atas) ialah 5 mg sekali sehari.

    Apakah dos Aerius® (desloratadine) yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Dos pada kanak-kanak bergantung pada usia mereka.

    Bagi kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dos adalah 1.25 mg sekali sehari, diambil sebagai sirap 2.5 ml atau larutan oral.

    Bagi kanak-kanak berumur enam hingga 11 tahun, dos adalah 2.5 mg sekali sehari, diambil sama ada sebagai 5 ml sirap atau larutan oral, atau sebagai tablet terlarut secara oral 2.5 mg.

    Apakah bentuk penyediaan Aerius® (desloratadine)?

    Aerius® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

    • Tablet
    • Larutan oral

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Aerius®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 26/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan