Acetazolamide

Oleh

Nama AM: Acetazolamide Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Acetazolamide?

Acetazolamide digunakan untuk mencegah dan mengurangkan simptom mabuk altitud. Ubat ini boleh mengurangkan sakit kepala, keletihan, loya, pening, dan sesak nafas yang boleh berlaku apabila anda mendaki kawasan tanah tinggi dengan cepat (biasanya melebihi 10,000 kaki / 3,048 meter). Ia amat berguna dalam situasi apabila anda tidak boleh membuat pendakian perlahan. Cara terbaik untuk mengelakkan mabuk altitud ialah dengan mendaki perlahan-lahan, berhenti untuk 24 jam semasa mendaki untuk membolehkan tubuh  menyesuaikan diri dengan ketinggian yang baru, dan tidak membebankan diri pada hari pertama dan kedua.

Ubat ini juga digunakan dengan ubat-ubatan lain untuk merawat beberapa jenis masalah mata (glaukoma sudut terbuka). Acetazolamide ialah “pil air” (diuretik). Ia mengurangkan jumlah cecair yang terkumpul di dalam mata. Ia juga digunakan untuk mengurangkan pembentukan cecair badan (edema) yang disebabkan oleh kegagalan jantung kongestif atau ubat-ubatan tertentu. Acetazolamide mungkin kurang berkesan selepas beberapa lama, jadi ia biasanya digunakan hanya untuk tempoh yang singkat.

Ia juga digunakan dengan ubat-ubatan lain untuk merawat beberapa jenis sawan (petit mal dan sawan bukan setempat).

Acetazolamide juga boleh digunakan untuk merawat lumpuh berkala.

Bagaimanakah kegunaan Acetazolamide?

Jika anda mengambil tablet, ambil ubat ini melalui mulut, biasanya 1-4 kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jika anda mengambil kapsul bertindak jangka masa panjang, ambil ubat ini melalui mulut, biasanya 1 atau 2 kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Telan keseluruhan kapsul. Jangan buka, pecahkan, atau kunyah kapsul. Berbuat demikian boleh merosakkan tindakan jangka panjang ubat dan boleh meningkatkan kesan sampingan.

Acetazolamide boleh diambil dengan atau tanpa makanan. Minum air dengan banyak kecuali diarahkan oleh doktor anda. Dos anda adalah berdasarkan kepada keadaan kesihatan anda dan tindak balas kepada terapi.

Untuk mengelakkan mabuk altitud, ambil acetazolamide 1 hingga 2 hari sebelum mula mendaki. Teruskan pengambilan ubat semasa anda mendaki dan sekurang-kurangnya 48 jam selepas mencapai ketinggian akhir anda. Anda mungkin perlu untuk terus mengambil ubat ini semasa berada di ketinggian yang tinggi untuk mengawal simptom-simptom anda. Jika anda mengalami mabuk altitud yang teruk, adalah penting untuk mendaki ke bawah secepat mungkin. Acetazolamide tidak akan melindungi anda daripada kesan-kesan serius mabuk altitud yang teruk. (Lihat juga Langkah berjaga-jaga.)

Jika anda ambil ubat ini untuk keadaan lain (contohnya, glaukoma, sawan), gunakan ubat ini dengan kerap seperti yang diarahkan untuk mendapatkan kesan terbaik. Untuk membantu anda ingat, ambil pada masa yang sama setiap hari. Pengambilan dos terakhir di waktu awal petang membantu mencegah anda daripada perlu bangun pada tengah malam untuk kencing. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai soalan mengenai jadual dos anda.

Jangan menambah atau mengurangkan dos atau berhenti menggunakan ubat ini tanpa terlebih dahulu berunding dengan doktor anda. Beberapa keadaan boleh menjadi lebih teruk apabila ubat ini dihentikan secara tiba-tiba. Dos anda mungkin perlu dikurangkan secara beransur-ansur.

Apabila digunakan untuk masa yang lama, ubat ini mungkin kurang berkesan dan mungkin memerlukan dos yang berbeza. Doktor anda akan memantau keadaan anda. Beritahu doktor anda jika keadaan anda tidak bertambah baik atau jika ia menjadi lebih teruk (contohnya, sawan yang lebih kerap).

Ubat ini boleh mengurangkan tahap kalium dalam darah anda. Doktor anda mungkin mengesyorkan anda makan makanan yang kaya dengan kalium (contohnya, pisang atau jus oren) semasa anda mengambil ubat ini. Doktor anda juga boleh menetapkan kalium tambahan semasa rawatan. Rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana saya menyimpan Acetazolamide?

Acetazolamide lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan acetazolamide dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama acetazolamide berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam acetazolamide ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan acetazolamide?

Beberapa keadaan perubatan mungkin bertindak balas dengan acetazolamide. Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, terutamanya jika satu daripada yang berikut berkaitan dengan anda:

  • Jika anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau sedang menyusukan bayi.
  • Jika anda mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi, penyediaan herba, atau makanan tambahan.
  • Jika anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan, makanan, atau bahan-bahan lain.
  • Jika anda mempunyai batu karang, penyakit paru-paru, glaukoma (contohnya, glaukoma kronik bukan kongestif sudut tertutup), diabetes, atau kesukaran bernafas.
  • Jika anda mempunyai reaksi alahan yang teruk (contohnya, ruam yang teruk, gatal-gatal, kesukaran bernafas, atau pening) kepada mana-mana ubat sulfonamide lain seperti acetazolamide, celecoxib, diuretik tertentu (contohnya, hydrochlorothiazide), glyburide, probenecid, sulfamethoxazole, valdecoxib, atau zonisamide.

Sesetengah ubat boleh bertindak balas dengan acetazolamide. Beritahu doktor anda jika anda mengambil sebarang ubat yang berikut:

  • Salisilat (contohnya, aspirin) kerana boleh meningkatkan risiko kesan sampingan acetazolamide.
  • Inhibitors anhydrase karbonik lain (contohnya, methazolamide), cyclosporine, quinidine, phenytoin, amphetamine, atau natrium bikarbonat kerana risiko kesan sampingan mereka mungkin bertambah dengan acetazolamide.
  • Primidone, salisilat (contohnya, aspirin), litium, atau methenamine kerana keberkesanannya mungkin berkurang bersama acetazolamide.

Ini mungkin senarai tidak lengkap semua tindak balas yang mungkin berlaku. Tanya doktor anda jika acetazolamide mungkin bertindak balas dengan ubat-ubatan lain yang anda ambil. Semak dengan doktor anda sebelum mula, berhenti, atau menukar dos ubat-ubatan.

Adakah selamat untuk mengambil acetazolamide semasa mengandung atau menyusukan bayi

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko apabila menggunakan ubat ini semasa mengandung atau semasa menyusukan anak. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan risiko yang berpotensi sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini adalah kategori risiko kehamilan C menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

FDA rujukan kategori risiko kehamilan di bawah:

  • A = Tiada risiko,
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian,
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko,
  • D = Bukti positif mengenai risiko,
  • X = Dilaran (Contraindicated)
  • N = Tidak Diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan acetazolamide?

Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi ramai orang tidak mempunyai, atau hanya mengalami kesan sampingan ringan. Semak dengan doktor anda jika sebarang kesan sampingan ringan berterusan atau mengganggu:

  • Penglihatan yang kabur;
  • Perubahan dalam deria rasa;
  • Sembelit;
  • Cirit-birit;
  • Mengantuk;
  • Kerap membuang air kecil;
  • Hilang selera makan;
  • Loya; muntah-muntah.

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk berlaku:

  • Reaksi alahan yang teruk: ruam; gatal-gatal; kesukaran bernafas; sesak di dada; bengkak dalam mulut, muka, bibir, lidah atau;
  • Darah dalam air kencing;
  • Perubahan dalam pendengaran;
  • Sawan;
  • Najis berdarah atau berwarna gelap;
  • Air kencing gelap;
  • Pernafasan cepat;
  • Demam;
  • Kurang tenaga;
  • Sakit pinggang;
  • Kulit merah, bengkak, menggelembung;
  • Telinga berdenyut;
  • Sakit tekak;
  • Kesemutan pada lengan atau kaki;
  • Pendarahan atau lebam yang luar biasa;
  • Perubahan oada penglihatan;
  • Kekuningan kulit atau mata.

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas acetazolamide?

Acetazolamide mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Walaupun ubat-ubatan tertentu tidak boleh digunakan bersama-sama, dalam kes tertentu, dua ubat yang berlainan boleh digunakan bersama-sama walaupun tindak balas mungkin berlaku. Dalam kes ini, doktor anda mungkin ingin menukar dos, atau langkah berjaga-jaga yang perlu. Maklumkan doktor anda jika anda mengambil sebarang ubat preskripsi atau bukan preskripsi (over-the-counter [OTC]) yang lain.

Menggunakan ubat-ubatan di dalam kelas ini dengan mana-mana ubat yang berikut biasanya tidak digalakkan, tetapi mungkin diperlukan dalam beberapa kes. Jika kedua-dua ubat-ubatan ditetapkan bersama, doktor anda mungkin menukar dos atau berapa kerap anda menggunakan salah satu atau kedua-dua ubat-ubatan tersebut.

  • Arsenik trioksida, Carbamazepine, Ceritinib, Dabrafenib, Digitalis, Droperidol, Eslicarbazepine Acetate, Idelalisib, Levomethadyl, Metformin, Mitotane, Nilotinib, Piperaquine, Proscillaridin, Quinidine, Siltuximab, sotalol.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan acetazolamide?

Acetazolamide mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan acetazolamide?

Acetazolamide mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda, terutama sekali:

  • Kencing manis jenis 2- Penggunaan perencat anhydrase karbonik boleh meningkatkan kepekatan darah dan air kencing pesakit.
  • Emfisema atau penyakit paru-paru lain- Penggunaan perencat anhydrase karbonik boleh meningkatkan risiko asidosis (sesak nafas, pernafasan bermasalah).
  • Tahap kalium atau natrium dalam darah rendah. Penggunaan perencat anhydrase karbonik boleh memburukkan keadaan.
  • Penyakit buah pinggang atau batu karang- tahap darah perencat anhydrase karbonik tinggi boleh meningkatkan risiko kesan sampingan dan memburukkan keadaan.
  • Penyakit hati – Gunakan perencat anhydrase karbonik boleh meningkatkan risiko ketidakseimbangan elektrolit dan boleh memburukkan keadaan.
  • Kelenjar adrenal kurang aktif (penyakit Addison) -Gunakan perencat anhydrase karbonik boleh meningkatkan risiko ketidakseimbangan elektrolit.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa yang biasa untuk Edema

  • 250-375 mg oral atau intravena sekali sehari.

Apabila terapi acetazolamide berterusan untuk edema diperlukan, adalah disyorkan setiap dos kedua atau ketiga dilangkau untuk membolehkan buah pinggang pulih.

Dos Dewasa yang biasa untuk Mabuk Gunung yang Akut

  • Tablet oral: 125 hingga 250 mg setiap 6 hingga 12 jam.
  • Kapsul SR: 500 mg setiap 12 hingga 24 jam.

Maksimum Dos yang disyorkan ialah 1 gram / hari.

Untuk pendakian pesat, dos yang lebih tinggi bermanfaat untuk mencegah mabuk gunung yang akut bermula 24 hingga 48 jam sebelum pendakian dan berterusan selama 48 jam berada di ketinggian tinggi.

Dos Dewasa yang biasa untuk Glaukoma

Glaukoma sudut terbuka:

  • Tablet atau suntikan intravena: 250 mg 1 hingga 4 kali sehari.
  • Kapsul SR: 500 mg sekali atau dua kali sehari.

Glaukoma sudut tertutup:

  • 250 hingga 500 mg intravena, boleh diulang dalam 2 hingga 4 jam untuk maksimum I gram / hari.

Dos Dewasa yang biasa untuk Pencegahan Sawan

  • 8-30 mg / kg / hari dalam 1 hingga 4 dos dibahagikan. Jangan melebihi 1 gram setiap hari.

Jika pesakit ini sudah mengambil ubat anti sawan yang lain, dos mula yang disyorkan ialah 250 mg sekali sehari. Jika acetazolamide digunakan sendirian, kebanyakan pesakit dengan fungsi buah pinggang yang baik bertindak balas kepada dos harian antara 375-1000 mg. Dos optimum untuk pesakit dengan masalah buah pinggang tidak diketahui, dan akan bergantung kepada tindak balas klinikal pesakit dan toleransi kepada ubat.

Acetazolamide digunakan terutamanya untuk merawat epilepsi refraktori bersama dengan ubat-ubatan lain. Walaupun mungkin berguna dalam sawan/epilepsi jenis partial, myoclonic, absence, dan primary generalized tonic-clonic seizures yang tidak terkawal oleh ubat lain di pasaran, ia tidak cukup dikaji untuk keadaan ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Pediatrik Biasa untuk Glaukoma (lebih 1 tahun)

  • Oral: 8-30 mg / kg / hari atau 300 hingga 900 mg / m² / hari dibahagikan setiap 8 jam.
  • Intravena: 20 hingga 40 mg / kg / hari dibahagikan setiap 6 jam. Dos maksimum: 1 gram / hari.

Dos Pediatrik Biasa untuk Edema (lebih 1 tahun)

  • Oral atau intravena: 5 mg / kg atau 150 mg / mA² sekali sehari.

Dos Pediatrik Biasa untuk Epilepsi (lebih 1 tahun)

  • Oral: 8-30 mg / kg / hari dalam 1 hingga 4 dos dibahagikan. Dos maksimum adalah 1 gram / hari.

Dos Pediatrik Biasa untuk Hidrosefalus (di bawah 1 tahun)

  • Oral atau intravena: 20 hingga 100 mg / kg / hari dibahagikan setiap 6 hingga 8 jam. Dos maksimum adalah 2 gram / hari.

Apakah bentuk penyediaan Acetazolamide?

Acetazolamide boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

Kapsul Oral Pelepasan Jangka Masa Panjang (ER): 500mg,

Tablet Oral: 125mg, 250mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Simptom dos berlebihan mungkin termasuk:

  • Sensasi tidak normal pada kulit (contohnya, kesemutan, gatal-gatal, pembakaran);
  • Bunyi berdenyut, berdesing, wisel dalam telinga;
  • Mengantuk;
  • Hilang selera makan;
  • Kehilangan koordinasi;
  • Loya;
  • Tangan menggeletar;
  • Pergerakan tak stabil;

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos acetazolamide, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 22, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut