Abboticin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Abboticin Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Abboticin ® (Erythromycin)?

Abboticin® biasanya digunakan bagi merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria tertentu. Ia juga digunakan bagi mencegah serangan demam reumatik.

Ubat ini juga digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Guna Abboticin® seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Ambil Abboticin® melalui mulut dengan atau tanpa makanan. Jika sakit perut berlaku, ambil ubat ini bersama makanan bagi mengurangkan iritasi perut.

Telan terus satu tablet Abboticin®. Jangan pecah, hancur atau kunyah ubat ini sebelum telan.

Jangan makan limau gedang atau minum jus limau gedang ketika anda sedang menggunakan Abboticin®.

Abboticin® berfungsi paling baik sekiranya diambil pada waktu yang sama setiap hari.

Untuk jangkitan sembuh sepenuhnya, guna Abboticin® bagi tempoh rawatan yang penuh. Terus guna walaupun anda sudah berasa sihat selama beberapa hari.

Tanya pembekal penjagaan kesihatan anda sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai cara penggunaan Abboticin®.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Abboticin® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Abboticin® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Abboticin® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Abboticin® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambil Abboticin®, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Abboticin® atau ubat-ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Cirit birit biasa terjadi akibat penggunaan antibiotik. Walau bagaimanapun, cirit birit yang lebih teruk (Kolitis Pseudomembran) jarang sekali berlaku. Hal ini terjadi semasa anda sedang menggunakan antibiotik atau beberapa bulan selepas anda berhenti menggunakannya. Hubungi doktor anda serta merta sekiranya terdapat sakit atau kejang pada perut, cirit birit yang teruk, atau najis berdarah. Jangan rawat cirit birit tanpa diperiksa oleh doktor terlebih dahulu.

Abboticin® hanya berfungsi untuk melawan bakteria; ia tidak boleh merawat jangkitan virus (contoh, demam selsema).

Pastikan anda menggunakan Abboticin® untuk rawatan penuh. Sekiranya tidak, ubat ini mungkin tidak menyembuhkan jangkitan anda sepenuhnya. Bakteria juga akan menjadi kurang sensitif terhadap ubat ini atau ubat-ubatan yang lain. Ini menjadikan jangkitan lebih sukar untuk dirawat di kemudian hari.

Penggunaan Abboticin® untuk jangka masa panjang atau berulang kali akan menyebabkan jangkitan kedua. Beritahu doktor anda jika tanda-tanda jangkitan kedua berlaku. Ubat anda mungkin perlu ditukar bagi merawat jangkitan ini.

Beritahu doktor atau doktor gigi anda yang anda sedang mengambil Abboticin® sebelum menerima sebarang rawatan perubatan atau gigi, rawatan kecemasan, atau pembedahan.

Jarang sekali, pesakit yang mengambil Abboticin® mengalami hilang deria pendengaran yang boleh dibalik semula.  Risiko ini akan semakin meningkat jika anda mempunyai masalah buah pinggang atau mengambil dos Abboticin® yang tinggi. Hubungi doktor anda sekiranya deria pendengaran anda berkurang atau hilang.

Abboticin® mungkin akan menganggu ujian makmal yang tertentu. Pastikan doktor dan pekerja makmal tahu bahawa anda sedang mengambil Abboticin.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Semak dengan doktor anda jika mana-mana kesan sampingan yang biasa berlaku ini berterusan atau menganggu anda:

  • Cirit birit.
  • Hilang selera makan.
  • Mual.
  • Sakit perut.
  • Muntah.

Dapatkan pemerhatian perubatan segera sekiranya sebarang kesan sampingan berikut berlaku:

  • Ruam.
  • Geligata.
  • Gatal-gatal.
  • Sukar bernafas.
  • Dada berasa ketat.
  • Bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah.
  • Najis berdarah.
  • Deria pendengaran berkurang atau hilang.
  • Degupan jantung tidak sekata.
  • Otot lemah.
  • Kulit merah, bengkak, lepuh atau mengelupas.
  • Sawan.
  • Cirit birit teruk.
  • Sakit atau kejang pada perut yang teruk.
  • Simptom-simptom masalah harpti (seperti, kulit atau mata kekuningan, najis berwarna pucat, mual yang teruk atau berterusan, muntah, hilang selera, atau urin berwarna gelap).

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Abboticin® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara senarai nama ubat seperti berikut:

  • Astemizole.
  • Cisapride.
  • Diltiazem.
  • Dofetilide.
  • Perencat protease HIV (contoh, ritonavir).
  • Imidazole (contoh, ketoconazole).
  • Nilotinib, pimozide.
  • Ajen pemanjangan QT (contoh, quinidine, sotalol).
  • Quinolone (contoh, ciprofloxacin).
  • Streptogramin (contoh, quinupristin/dalfopristin).
  • Terfenadine.
  • Verapamil.
  • Conivaptan.
  • Alkaloid ergot (contoh, dihydroergotamine, ergotamine).
  • Everolimus.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Abboticin® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Abboticin® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan ini termasuk:

  • Cirit birit.
  • Jangkitan pada perut atau usus.
  • Sejarah penyakit buah pinggang atau hati.
  • Masalah jantung.
  • Degupan jantung laju atau tidak sekata.
  • Miastenia gravis.
  • Penyakit darah porfiria.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos umum yang disyorkan ialah 400 mg PO setiap 6 jam. Ia boleh ditingkatkan kepada 4 g/hari bergantung kepada keterukan jangkitan.

Amebiasis Usus

Dos yang disarankan ialah 400 mg PO setiap 6 jam untuk 10-14 hari.

Penyakit Legionnaire

Dos yang disarankan ialah 400-1000 mg PO setiap 6 jam untuk 21 hari.

Pertusis

Dos yang disarankan ialah 40-50 mg/kg/hari PO dalam dos yang dibahagikan untuk 5 to 14 hari.

Jangkitan Streptokokal

Dos yang disarankan ialah 400 mg PO dibahagi untuk setiap 12 jam selama 10 hari.

Sifilis Primer

Dos yang disarankan ialah 48-64 g PO dalam dos dibahagikan untuk 10-15 hari.

Uretritis – Uritritis disebabkan oleh C. trachomatis atau U. urealyticum

Dos yang disarankan ialah 800 mg PO setiap 8 jam untuk 7 hari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Pengesyoran umum dos

Bayi

  • <1.2 kg: Dos yang disarankan ialah 20 mg/kg/hari PO dibahagikan untuk setiap 12 jam.
  • 2 kg atau lebih, 0-7 hari : Dos yang disarankan ialah 20 mg/kg/hari PO dibahagikan untuk setiap 12 jam.
  • ≥1.2 kg atau lebih, 7 hari atau lebih tua: Dos yang disarankan ialah 30 mg/kg/day PO dibahagikan untuk setiap 8 jam.
  • Konjunktivitis Chlamydial dan pneumonia: Dos yang disarankan ialah 50 mg/kg/hari PO dibahagikan untuk setiap 6 jam selama 14 hari.

Kanak-kanak

  • Jangkitan biasa ke sederhana: Dos yang disarankan ialah 30-50 mg/kg/hari PO dibahagikan untuk setiap 6-12 jam.
  • Jangkitan teruk: Dos yang disarankan ialah 60-100 mg/kg/hari PO dibahagikan untuk setiap 6-12 jam.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Abboticin® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet 500mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Abboticin®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Rujukan