Abbokinase

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Abbokinase Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Abbokinase (Urokinase)?

Abbokinase adalah produk yang menggunakan protein, yang mana berlaku secara semula jadi di dalam buah pinggang. Ajen trombolitik ini digunakan bagi rawatan darah beku pada paru-paru.

Abbokinase juga boleh digunakan untuk tujuan lain; sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Abbokinase diberi sebagai suntikan melalui jarum yang dimasukkan ke dalam vena. Anda akan menerima suntikan ini di klinik atau hospital. Ia diberi secara perlahan-lahan, biasanya untuk tempoh 12 jam, menggunakan pam infusi berterusan.

Doktor anda akan memeriksa dengan teliti pernafasan, tekanan darah, paras oksigen, dan tanda-tanda vital anda semasa anda sedang menerima Urokinase.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Abbokinase paling baik disimpan di dalam peti sejuk. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, jangan bekukan ubat anda. Mungkin terdapat jenama Abbokinase yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Abbokinase ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor sekiranya anda mempunyai

  • Alahan kepada mana-mana kandungan Abbokinase.
  • Pendarahan dalaman.
  • Ketumbuhan otak.
  • Aneurisme otak (saluran darah mengembang).
  • Gangguan pendarahan atau pembekuan darah (seperti hemofilia).
  • Hipertensi arteri.
  • Kecemasan perubatan dalam masa terdekat hang memerlukan CPR (resusitasi kardiopulmonari).
  • Strok, pembedahan otak atau spina dalam masa 2 bulan yang lalu.

Selain itu, elakkan daripada mengambil aspirin atau ibuprofen (Motrin, Advil) bagi merawat demam sejurus selepas anda telah menerima Urokinase. Ubat-ubat ini boleh menambah risiko pendarahan.

Elak aktiviti yang mendedahkan anda kepada risiko untuk berdarah atau cedera. Berhati-hati ketika bercukur atau memberus gigi bagi mengelakkan pendarahan.

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan Abbokinase semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Abbokinase. Abbokinase termasuk dalam risiko hamil kategori B, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Menyusu badan

Masih tidak diketahui sama ada Abbokiniase boleh masuk ke dalam susu badan atau ia berbahaya kepada bayi yang disusukan. Beritahu doktor jika anda sedang menyusu badan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Apabila menggunakan ubat ini, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan, dapatkan bantuan kecemasan perubatan jika anda mengalami tanda-tanda reaksi alahan berikut:

  • Geligata.
  • Sukar bernafas.
  • Bengkak pada muka, bibir, lidah, atau kerongkong.

Selain itu, Urokinase meningkatkan risiko pendarahan, yang mana boleh jadi teruk atau mengancam nyawa. Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami pendarahan, yang mana tidak berhenti-henti. Pendarahan boleh berlaku akibat luka pembedahan, atau daripada kulit di mana jarum telah dimasukkan untuk mengambil darah atau ketika menerima suntikan ubat. Anda juga boleh mengalami pendarahan di dalam badan anda, seperti perut, usus, buah pinggang atau pundi kencing, otak, atau di dalam otot.

Hubungi doktor anda jika anda menyedari tanda-tanda pendarahan di dalam badan anda seperti:

  • Mudah lebam atau berdarah (hidung berdarah, gusi berdarah, pendarahan daripada luka, luka insisi, kateter, atau suntikan jarum).
  • Najis berdarah atau seperti tar.
  • Batuk atau muntah darah.
  • Urin warna merah jambu atau merah.
  • Rasa kebas atau lemah secara tiba-tiba (terutama pada sebelah badan).
  • Sakit kepala teruk secara tiba-tiba.
  • Percakapan tidak jelas
  • Masalah penglihatan atau keseimbangan

Selain itu, hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai:

  • Sakit dada atau rasa berat.
  • Sakit merebak ke rahang atau bahu.
  • Mual.
  • Berpeluh.
  • Rasa kurang sihat pada seluruh badan.
  • Demam.
  • Seram sejuk.
  • Simptom selsema.
  • Muntah.
  • Sakit perut.
  • Bengkak.
  • Naik berat badan.
  • Kencing sedikit atau tidak langsung.
  • Warna jari tangan dan kaki berubah menjadi merah atau ungu.
  • Pernafasan lemah atau pendek.
  • Bibir atau kuku jari berwarna biru.
  • Tekanan darah terlalu tinggi (sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, bunyi berdesing di dalam telinga anda, gelisah, keliru, sakit dada, sesak nafas, degupan jantung tidak sekata, sawan).
  • Pankreatitis (sakit teruk pada bahagian atas perut anda yang merebak ke belakang, mual dan muntah, degupan jantung pantas).

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Abbokinase boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Produk-produk yang bertindak balas dengan ubat ini termasuk:

  • NSAIDs (ubat anti-radang tanpa steroid): aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), celecoxib, diclofenac, indomethacin, meloxicam, dan lain-lain.
  • Ubat-ubat yang digunakan bagi menghalang darah beku seperti dabigatran, dalteparin, desirudin, enoxaparin, fondaparinux, tinzaparin, warfarin, Coumadin.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Abbokinase mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Abbokinase akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Bagi memastikan Urokinase selamat untuk anda, beritahu doktor jika anda mempunyai:

  • Sejarah strok.
  • Penyakit hati atau buah pinggang yang teruk.
  • Masalah mata akibat diabetes.
  • Jangkitan pada lapisan jantung (juga dipanggil endokarditis bakteria).
  • Darah beku pada jantung.
  • Sejarah pendarahan perut atau usus pada waktu terdekat.
  • Pembedahan atau pemindahan organ dalam masa 10 hari yang lalu.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Infarksi Miokardia

Memecahkan trombi koronari arteri:

Sebelum memasukkan urokinase, bolus heparin 2500 hingga 10,000 unit IV satu kali harus diberi. Kira dos heparin terlebih dahuku sebelum diberi.

Pemberian trombolitik sistemik:

1 hingga 2 juta unit dimasukkan melalui IV satu kali untuk 15 hingga 30 minit. Kadar infusi terhad kepada kesan-kesan sampingan (demam, seram sejuk dan menggigil) dan mungkin perlu dikurangkan bagi sesetengah pesakit. Dos sehingga 3 juta unit boleh digunakan bagi merawat infarksi miokardia akut (AMI).

Bagi mengetahui keberkesanan Urokinase, pengeluar menyarankan beberapa siri angiografi dilakukan setiap 15 minit. Bukaan maksima koronari arteri biasanya berlaku 15 hingga 30 minit selepas bukaan dimulakan,

Embolisme Pulmonari:

Dos awal ialah 4400 unit/kg berat badan ideal (IBW) dimasukkan melalui bolus IV selama 10 minit.

Dos pengekalan ialah 4400 unit/kg (IBW)/jam dimasukkan melalui infusi IV berterusan selama 12 jam.

Trombosis Vena Dalam:

Dos awal ialah 4400 unit/kg berat badan ideal (IBW) dimasukkan melalui bolus IV selama 10 minit.

Dos pengekalan ialah 4400 unit/kg (IBW)/jam dimasukkan melalui infusi IV berterusan selama 72 jam. Rawatan mungkin diperlukan selama 10 hingga 14 hari bagi pesakit tertentu.

Gangguan Trombotik/Thromboembolik

Pembersihan kateter IV:

Apabila prosedur berikut digunakan bagi trombolisis kateter sentral vena, pesakit akan diminta untuk menahan nafas dan hembus nafas apabila kateter tidak disambung pada tiub IV, pelaras heparin, atau picagari (bagi mengelakkan embolisme udara).

Apabila darah beku telah disyaki (selepas menyedut keluar kateter yang terlibat dengan berhati-hati menggunakan 10 ml picagari), 5000 unit Urokinase di dalam 1 ml picagari tuberkulin boleh disuntik dengan perlahan dan berhati-hati, hanya boleh menggunakan jumlah yang sama dengan isipadu kateter. 5 atau 10 ml picagari boleh digunakan dengan berhati-hati untuk menyedut keluar daripada kateter setiap 5 minit. Jika kateter tidak terbuka dalam masa 30 minit, kateter akan ditutup bagi membenarkan urokinase terkumpul di dalamnya selama 30 hingga 60 minit sebelum disedut kembali. Suntikan kedua mungkin perlu bagi kes yang sukar.

Setelah patensi sudah kembali normal, sedut dan buang 5 ml darah disarankan bagi membuang semua ubat dan lebihan darah beku. Kemudian, disarankan untuk mengosongkan  kateter dengan suntikan cecair saline.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Abbokinase boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Untuk suntikan, infusi IV 250000 unit.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Oleh sebab ubat ini diberikan oleh penjaga kesihatan profesional dalam bidang perubatan, situasi ubat terlebih dos jarang sekali berlaku.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Oleh kerana anda akan menerima Urokinase di hospital, anda akan jarang sekali terlepas dos.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.