backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Abacin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa kegunaan Abacin ?

Abacin selalunya digunakan bagi merawat jangkitan seperti:

  • Jangkitan saluran kencing
  • Jangkitan telinga (otitis media)
  • Bronkitis
  • Cirit Birit
  • Shigellosis (bacillary dysentery)
  • Pneumonia disebabkan oleh Pneumocystis jiroveci or Pneumocystis carinii

Bagaimanakah kegunaan Abacin?

Abacin adah sejenis ubat telan:

  • Ubat ini harus ditelan berdasarkan preskripsi oleh doktor
  • Baca label dengan teliti sebelum menggunakannya
  • Sila berhubung dengan doktor bagi mendapatkan informasi lanjut yang terdapat pada label jika anda tidak memahaminya.
  • Bagaimana saya menyimpan Abacin?

    Abacin paling baik disimpan pada suhu bilik dengan mengelakkan cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan abacin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama abacin yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

    Anda tidak boleh membuang abacin ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

    Langkah berjaga-jaga & Amaran

    Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Abacin?

    Sebelum mengambil abacin, anda harus memberitahu doktor, jika anda:

    • Alahan kepada abacin, atau sebarang dos yang mempunyai abacin
    • Alahan kepada ubatan lain, makanan, pewarna, bahan pengawet atau binatang
    • Menggunakan ubatan lain bagi merawat keadaan penyakit lain, iaitu ubatan yang mempunyai tindak balas dengan abacin

    Adakah selamat untuk mengambil Abacin semasa mengandung atau menyusukan bayi?

    Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

    Abacin boleh memberikan risiko kategori D untuk wanita yang hamil pada trimester pertama, menurut Pentadbir Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA).

    Kategori USFDA bagi risiko kehamilan adalah berdasarkan:

    • A=Tiada risiko
    • B=Tiada risiko bagi sesetengah kajian
    • C=Kemungkinan terdapat risiko
    • D=Bukti kukuh terdapatnya risiko
    • X=Menunjukkan percanggahan
    • N=Tidak diketahui

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan Abacin?

    Seperti mengambil ubat lain, mengambil abacin boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan. Kebanyakannya jarang berlaku dan tidak memerlukan rawatan tambahan. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi anda untuk berunding dengan doktor jika anda mempunyai sebarang masalah selepas mengambil ubat ini.

    Beberapa kesan sampingan disenaraikan di bawah:

    • Sakit pada perut atau abdomen
    • Menghasilkan najis berwarna kehitaman
    • Kulit melepuh dan menggelupas
    • Perubahan warna kulit
    • Sakit dada
    • Menggigil
    • Batuk dan serak
    • Air kencing berwarna gelap
    • Cirit birit
    • Pening kepala
    • Demam dengan/tanpa menggigil
    • Rasa penat, tidak bermaya
    • Sakit kepala
    • Kegatalan
    • Sakit pada sendi dan otot
    • Najis berwarna pucat
    • Hilang selera makan
    • Sakit bahagian bawah badan dan belakang
    • Mabuk
    • Sakit, ketegangan dan bengkak pada kaki
    • Sakit atau kepayahan membuang air kecil
    • Warna kulit yang pucat
    • Ruam
    • Luka kemerahan pada kulit
    • Mata gatal-gatal dan berwarna merah
    • Tercungap-cungap
    • Sakit tekak
    • Pedih, ulser dan tompokan putih pada bibir
    • Kelenjar yang membengkak dan sakit
    • Rasa padat dan mampat di dada
    • Bau nafas yang kurang menyenangkan
    • Pendarahan dan lebam yang luar biasa
    • Muntah darah
    • Berdehem
    • Kulit dan mata kekuningan

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

    Tindakbalas

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Abacin?

    Abacin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

    Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

    Acecainide

    Acenocoumarol

    Ajmaline

    Amiloride

    Amiodarone

    Amisulpride

    Amitriptyline

    Amoxapine

    Aprindine

    Arsenic Trioxide

    Astemizole

    Azathioprine

    Azilsartan

    Azilsartan Medoxomil

    Azimilide

    Benazepril

    Bretylium

    Candesartan Cilexetil

    Captopril

    Ceritinib

    Chloral HydrateChloroquine

    Chloroquine

    Spironolactone

    Sultopride

    Tedisamil

    Telithromycin

    Telmisartan

    Trandolapril

    Triamterene

    Trifluoperazine

    Trimipramine

    Valsartan

    Vasopressin

    Levomethadyl

    Methenamine

    Rifabutin

    Rosiglitazone

    Chlorpromazine

    Clarithromycin

    Dabrafenib

    Desipramine

    Dibenzepin

    Disopyramide

    Dolasetron

    Doxepin

    Droperidol

    Eltrombopag

    Enalapril

    Enalaprilat

    Enflurane

    Eplerenone

    Eprosartan

    Erythromycin

    Flecainide

    Fluconazole

    Fluoxetine

    Foscarnet

    Fosinopril

    GemifloxacinHalofantrine;

    Halofantrine

    Haloperidol

    Halothane

    Hydroquinidine

    Ibutilide

    Imipramine

    Irbesartan

    Isoflurane

    Isradipine

    Warfarin

    Zofenopril

    Zotepine

    Tolbutamide

    Dofetilide

    Leucovorin

    Lidoflazine

    Lisinopril

    Lorcainide

    Losartan

    Mefloquine

    Mercaptopurine

    Methotrexate

    Moexipril

    Nortriptyline

    Octreotide

    Olmesartan Medoxomil

    Pentamidine

    Perindopril

    Pirmenol

    Prajmaline

    Probucol

    Procainamide

    Prochlorperazine

    Propafenone

    Pyrimethamine

    Quinapril

    Quinidine

    Ramipril

    Risperidone

    Sematilide

    Sertindole

    Sotalol

    Spiramycin

    Acetohexamide

    Amantadine

    Anisindione

    Didanosine

    Digoxin

    Fosphenytoin

    Phenytoin

    Repaglinide

    Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Abacin?

    Abacin mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

    Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Abacin?

    Abacin akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

    • Penyalahgunaan alkohol atau sejarah penggunaan alkohol
    • Kekurangan Folat (vitamin B9)
    • HIV atau AIDS
    • Penyakit buah pinggang
    • Penyakit hati
    • Sindrom Malabsorption
    • Kekurangan nutrisi
    • Anemia
    • Megaloblastic
    • Kurang platelet dalam darah setelah menggunakan ubat ini
    • Asma
    • Diabetes
    • Hyperkalemia
    • Hyponatremia
    • Porphyria
    • Alahan yang teruk
    • Masalh tiroid
    • Kekurangan Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD)
    • Jangkitan Streptokokal  (kumpulan A β-hemolitik)

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos Abacin yang disyorkan untuk dewasa?

    Untuk rawatan jangkitan bakteria: orang dewasa yang beratnya 40 kilogram (kg) atau lebih: dos boleh diselaraskan, biasanya kira-kira 800 miligram (mg) sulfamethoxazole dan 160 mg trimethoprim.

    Untuk rawatan radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystis jiroveci atau Pneumocystis carinii: dos dikira berdasarkan berat badan oleh doktor anda. Dos biasa ialah 75 hingga 100 miligram (mg) per kilogram berat badan bagi sulfamethoxazole dan 15 hingga 20 miligram (mg) setiap kilogram berat badan bagi trimethoprim setiap hari, diberikan dalam dos yang sama dibahagikan setiap 6 jam selama 14 hingga 21 hari.

    Untuk pencegahan pneumonia yang disebabkan oleh Pneumocystis jiroveci atau Pneumocystis carinii: dos yang disyorkan adalah 800 milligram (mg) sulfamethoxazole dan 160 mg trimethoprim sekali sehari.

    Bagi pesakit cirit-birit: dos yang disyorkan adalah 800 miligram (mg) sulfamethoxazole dan 160 mg trimethoprim setiap 12 jam selama 5 hari.

    Apakah dos Abacin yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Untuk rawatan jangkitan bakteria:

    • Kanak-kanak seberat 40 kilogram (kg) atau lebih: dos boleh diselaraskan, biasanya kira-kira 800 miligram (mg) sulfamethoxazole dan 160 mg trimethoprim.
    • Kanak-kanak berumur 2 bulan dan lebih tua, dan berat sehingga 40 kg: dos dikira berdasarkan berat badan oleh doktor anda. Dos biasa 40 miligram (mg) per kilogram berat badan bagi sulfamethoxazole dan 8 miligram (mg) satu kilogram berat badan bagi trimethoprim boleh diberikan dalam dua dos yang dibahagikan setiap 12 jam selama 10 hari.
    • Bayi yang berumur kurang daripada 2 bulan: penggunaan tidak digalakkan.

    Untuk rawatan radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystis jiroveci atau Pneumocystis carinii:

    • Kanak-kanak berumur 2 bulan ke atas: dos dikira berdasarkan berat badan oleh doktor anda. Dos biasa 75 hingga 100 miligram (mg) satu kilogram berat badan bagi sulfamethoxazole dan 15 hingga 20 miligram (mg) satu kilogram berat badan bagi trimethoprim setiap hari boleh diberikan dalam dos yang sama dibahagikan setiap 6 jam selama 14 hingga 21 hari .
    • Bayi yang berumur kurang daripada 2 bulan: penggunaan tidak digalakkan.

    Untuk cirit birit:

    • Kanak-kanak berumur 2 bulan ke atas: penggunaan dan dos mestilah ditentukan oleh doktor anda.
    • Bayi yang berumur kurang daripada 2 bulan: penggunaan tidak digalakkan.

    Apakah bentuk penyediaan Abacin

    Abacin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

    • Tablet: Sulfamethoxazole/Trimethoprim 800 mg/40 mg; sulfamethoxazole/Trimethoprim 800 mg/160 mg
    • Suspension: Sulfamethoxazole/Trimethoprim 200 mg/ 40 mg per 5 ml; Sulfamethoxazole/Trimethoprim 80 (mg/ml)/ 40 (mg/ml)

    boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos abacin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan