Nama AM: A Methapred Jenama: A Methapred.

Kegunaan

Apa kegunaan A-methapred®?

Methylprednisolone merupakan sejenis ubat berasaskan steroid bagi menghalang keradangan bagi beberapa masalah kesihatan seperti arthritis, lupus, psoriasis, ulcerative colitis, gangguan alahan dan gangguan kelenjar.

Bagaimanakah kegunaan A-methapred®?

A-methapred® disuntik ke dalam tubuh anda oleh pakar kesihatan di hospital. Anda harus mengikut arahan pihak doktor dan informasi yang terdapat pada label preskripsi. Sila berhubung dengan doktor jika anda tidak memahami cara penggunaan yang betul.

Anda tidak seharusnya berhenti menggunakan methylprednisolone secara mengejut, berkemungkinan besar anda akan mengalami gejala penarikan ubat. Ikuti arahan doktor untuk pengurangan pengambilan dos anda.

Bagaimana saya menyimpan A-methapred®?

A-methapred® harus disimpan dalam suhu bilik jauh daripada sinaran terus cahaya dan kelembapan. Bagi mengelakkan ubat daripada rosak, anda dilarang menyimpan A-methapred® di dalam peti sejuk mahupun bilik air. A-methapred® dengan jenama berlainan berkemungkinan besar mempunyai kaedah penyimpanan berbeza. Anda dinasihatkan untuk membaca arahan penyimpanan yang terdapat pada pembungkusan produk atau bertanya terus kepada ahli farmasi. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan ubat jauh daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda juga tidak boleh membuang A-methapred® ke dalam lubang mangkuk tandas atau ke dalam longkang, melainkan sepertimana yang diarahkan. Anda dinasihatkan untuk melupuskan ubat ini dengan kaedah yang betul jika ia sudah tamat tarikh luput atau apabila tidak memerlukannya lagi. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi bagaimana untuk melupuskan ubat ini secara betu

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan A-methapred®?

Sebelum mengambil methylprednisolone, sila beritahu doktor jika anda mempunyai keadaan:

  • Pengalaman alahan kesan daripada methylprednisolone
  • Jangkitan Kulat
  • Penyakit Jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit buah pinggang
  • Cirrhosis atau penyakit hati yang lain
  • Pernah atau sedang mengalami tuberculosis / batuk kering
  • Glaukoma atau katarak
  • Jangkitan Herpes pada mata
  • Sawan
  • Sawan Babi
  • Kecederaan kepala
  • Ulser pada perut
  • Ulcerative colitis
  • Diverticulitis
  • Pernah menjalani pembedahan usus
  • Cirit-birit akibat jangkitan parasit
  • Gangguan tiroid
  • Osteoporosis
  • Ketumpatan rendah mineral dalam tulang
  • Kemurungan atau masalah mental
  • Gangguan otot seperti myasthenia gravis
  • Keadaan ketidakseimbangan elektrolit
  • Keadaan kalsium yang tinggi dalam darah disebabkan kanser
  • Menggunakan insulin atau ubat makan diabetes; atau pengambilan aspirin setiap hari atau dalam dos yang tinggi
  • Mengandung atau berada dalam fasa penyusuan badan atau bercadang untuk mengandung

Sebelum mengambil ubat ini untuk anak-anak anda, sila bertanya kepada doktor jika ia selamat untuk si kecil.

Adakah selamat untuk mengambil A-methapred® semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tidak ada kajian yang mencukupi untuk menentukan risiko wanita apabila menggunakan A-methapred® semasa mengandung atau semasa menyusu badan.

Sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor untuk mempertimbangkan manfaat dan risiko sebelum menggunakan A-methapred®.

 

A-methapred® boleh memberikan risiko kategori C dan kategori D untuk wanita yang hamil pada trimester pertama, menurut Pentadbir Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA).

Kategori USFDA bagi risiko kehamilan adalah berdasarkan:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko bagi sesetengah kajian
  • C=Kemungkinan terdapat risiko
  • D=Bukti kukuh terdapatnya risiko
  • X=Menunjukkan percanggahan
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan A-methapred®?

Penggunaan A-methapred® boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Pening kepala
  • Sakit otot ringan
  • Terasa lemah
  • Perut tidak selesa
  • Kembung perut
  • Pandangan mata yang kabur
  • Pandangan mata yang terowongan
  • Sakit mata
  • Ternampak lingkaran di sekeliling cahaya
  • Pendek nafas (ataupun tercungap-cungap)
  • Pembengkakan
  • Berat badan naik mendadak
  • Kemurungan yang teruk
  • Perubahan personaliti
  • Pemikiran atau tingkahlaku luar biasa
  • Kesakitan baru atau luar biasa di lengan atau kaki atau belakang tubuh anda
  • Pendarahan pada najis
  • Batuk atau muntah darah yang kelihatan seperti biji kopi
  • Kekejangan
  • Kekejangan kaki akibat kekurangan potasium
  • Sembelit
  • Denyut jantung yang luar biasa
  • Kesakitan pada dada
  • Kerap buang air kecil dan sering dahaga
  • Kebas atau kesemutan
  • Lemah otot atau terasa lemas

Bukan semua orang mengalami kesan sampingan seperti di atas. Terdapat juga kemungkinan kesan sampingan lain yang tidak dinyatakan. Jika anda mempunyai persoalan atau keraguan mengenai kesan sampingan, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas A-methapred®?

A-methapred® mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

 

Rotavirus Vaccine, Live

Aldesleukin

Bupropion

Pixantrone

Telaprevir

Acenocoumarol

Alcuronium

Aprepitant

Aspirin

Atracurium

Balofloxacin

Besifloxacin

Carbamazepine

Ciprofloxacin

Clarithromycin

Cyclosporine

Dalfopristin

Diltiazem

Enoxacin

Erythromycin

Fleroxacin

Fluindione

Flumequine

Gallamine

Gatifloxacin

Gemifloxacin

Hexafluorenium

Ketoconazole

Levofloxacin

Licorice

Lomefloxacin

Metocurine

Mibefradil

Moxifloxacin

Nadifloxacin

Nefazodone

Norfloxacin

Ofloxacin

Pazufloxacin

Pefloxacin

Phenobarbital

Primidone

Prulifloxacin

Quinupristin

Rifampin

Rufloxacin

Saiboku-To

Sparfloxacin

Tosufloxacin

Troleandomycin

Warfarin

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas A-methapred®?

A-methapred® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan A-methapred®?

A-methapred® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Kecederaan otak, trauma
  • Cerebral malaria
  • Jangkitan kulat, sistemik
  • Jangkitan mata akibat herpes, aktif
  • Idiopathic thrombocytopenic purpura (kekurangan platelet)
  • Katarak
  • Cirrhosis (masalah hati)
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Sindrom cushing (masalah kelenjar adrenal)
  • Kemurungan
  • Diabetes
  • Masalah emosi
  • Jangkitan mata
  • Glaukoma
  • Serangan jantung
  • Sakit jantung
  • Hyperglycemia (kandungan gula tinggi dalam darah)
  • Hypertension (tekanan darah tinggi)
  • Sakit mental
  • Myasthenia gravis (kelemahan otot yang serius)
  • Osteoporosis (lemah tulang)
  • Masalah perut atau usus (seperti: diverticulitis, ulcers, ulcerative colitis)
  • Masalah tiroid
  • Batuk kering / tuberculosis, tidak aktif
  • Jangkitan (bakteria, virus, kulat, parasit atau protozoa)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos A-methapred® yang disyorkan untuk dewasa?

Dos A-methapred® haruslah dikira oleh doktor anda mengikut keadaan kesihatan yang memerlukan penggunaan ubat tersebut. Anda harus mengikut preskripsi yang telah diberikan oleh doktor.

Apakah dos A-methapred® yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos A-methapred® haruslah dikira oleh doktor anak anda mengikut keadaan kesihatan anak anda yang memerlukan penggunaan ubat tersebut.

Pelbagai dos awal adalah 0.11 hingga 1.6 mg / kg / hari dalam tiga atau empat dos dibahagikan (3.2 hingga 48 mg / m2bsa / hari).

A-methapred® tidak sesuai digunakan ke atas bayi pra-matang.

Apakah bentuk penyediaan A-methapred®

A-methapred® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Solusi: 125mg/2 ml; 40 mg/ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos  A-methapred®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda