Urea

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 5 mins read

Kegunaan

Apa kegunaan Urea ?

Urea digunakan untuk merawat keadaan kulit kering/kasar (contohnya, ekzema, psoriasis, corn, callus) dan beberapa masalah kuku (contohnya, kuku tumbuh ke dalam). Ia juga boleh digunakan untuk membantu membuang tisu mati dalam luka untuk membantu penyembuhan. Urea dikenali sebagai keratolitik iaitu meningkatkan kelembapan pada kulit dengan melembutkan / melarutkan bahan keratin yang memegang lapisan atas sel-sel kulit. Kesan ini membantu sel-sel kulit mati jatuh dan membantu kulit menyimpan lebih banyak air.

Bagaimanakah kegunaan Urea?

Gunakan produk ini seperti yang diarahkan. Ikut semua arahan pada bungkusan produk dan label preskripsi. Jika anda tidak pasti tentang sebarang maklumat, rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Sesetengah produk perlu digoncang sebelum digunakan. Periksa label sebelum menggunakan. Sapukan kepada kawasan yang terjejas (kulit / kuku), biasanya 1 hingga 3 kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Gosok dengan baik sehingga diserap. Basuh tangan anda selepas menggunakan melainkan jika tangan anda yang ingin dirawat. Kekerapan penggunaan ubat bergantung kepada produk dan keadaan kulit anda.

Sapukan kepada kulit / kuku sahaja. Elakkan kawasan sensitif seperti mata, bibir, di dalam mulut / hidung dan groin/ faraj, melainkan jika doktor anda mengarahkan anda sebaliknya. Tanya doktor atau periksa label untuk arahan mengenai sebarang kawasan atau jenis kulit yang tidak boleh disapukan produk (contohnya, muka, bahagian kulit yang rosak / pecah / luka / terkikis / radang, atau kulit yang baru dicukur). Tanya doktor anda jika anda perlu menutup kawasan yang dirawat dengan pembalut atau kain kasa. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Gunakan ubat ini dengan kerap untuk mendapatkan kesan terbaik daripadanya.

Maklumkan doktor anda jika keadaan anda berterusan atau menjadi lebih teruk.

Bagaimana saya menyimpan Urea?

Urea lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan urea dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama urea berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam urea ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Urea?

Sebelum membuat keputusan menggunakan ubat ini, sila pertimbangkan risiko pengambilan ubat ini dan bincangkan dengan doktor anda. Dari segi kesan perubatan, antara perkara yang perlu dipertimbangkan:

Alahan

Maklumkan doktor anda jika anda pernah mempunyai sebarang reaksi luar biasa atau alahan kepada ubat ini atau mana-mana ubat-ubatan lain. Maklumkan juga doktor anda jika anda mempunyai sebarang alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan. Bagi produk bukan preskripsi, baca label atau bungkusan dengan teliti.

Pediatrik

Walaupun tidak ada maklumat khusus membandingkan penggunaan urea dalam kalangan remaja dengan penggunaan dalam kumpulan umur yang lain, ubat ini dijangka tidak akan menyebabkan kesan sampingan yang berbeza atau masalah dalam kalangan remaja berbanding orang dewasa.

Adakah selamat untuk mengambil Urea semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Urea?

Disamping kesan ubat yang diperlukan, ubat ini boleh menyebabkan beberapa kesan yang tidak diingini. Walaupun tidak semua kesan sampingan mungkin berlaku, jika berlaku, anda mungkin memerlukan rawatan perubatan.

Rujuk doktor anda dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang berikut berlaku:

  • Kekeliruan
  • Degupan jantung tidak teratur
  • Otot kejang atau sakit,
  • Tangan atau kaki kebas,  kesemutan atau sakit
  • Rasa letih atau lemah luar biasa
  • Kaki lemah dan terasa berat

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Urea?

Urea mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Menggunakan ubat ini dengan mana-mana ubat yang berikut biasanya tidak digalakkan, tetapi mungkin diperlukan dalam beberapa kes. Jika kedua-dua ubat ditetapkan bersama, doktor anda mungkin akan menukar dos atau berapa kerap anda menggunakan salah satu atau kedua-dua ubat-ubatan.

  • Arsenik trioksida
  • Droperidol
  • Levomethadyl

Menggunakan ubat ini dengan mana-mana ubat yang berikut boleh menyebabkan peningkatan risiko kesan sampingan tertentu, tetapi penggunaan kedua-dua ubat boleh menjadi rawatan yang terbaik untuk anda. Jika kedua-dua ubat ditetapkan bersama, doktor anda mungkin menukar dos atau berapa kerap anda menggunakan salah satu atau kedua-dua ubat.

  • Licorice

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Urea?

Urea mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Urea?

Urea mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Diabetes mellitus (kencing manis)
  • Ketumbuhan Fibroid dalam uterus
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Penyakit hati
  • Penyakit sel sabit (sickle cell anemia)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Urea yang disyorkan untuk dewasa?

Busa (Foam) Urea 30%

Busa Urea 35%

Losyen Urea 35%

Krim Urea 39%

Busa Urea 40%

Busa Urea 42%

Emulsi Urea 45%

Larutan Urea 45%

Emulsi Urea 50%

Salap Urea 50%

Ampaian (Suspension) Urea 50%

Sapukan pada kulit yang terjejas dua kali / hari.

Emulsi Urea 40%

Ampaian Urea 40%

Pad Urea 42%

Gel Urea 45%

Krim Urea 50%

Gel Urea 50%

Sapukan pada tisu kuku atau kulit yang terjejas dua kali / hari.

Batang Urea 50% :

Sapukan pada tisu kuku yang terjejas dua kali / hari.

Apakah dos Urea yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum ditentukan untuk pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Urea

Urea boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Serbuk untuk larutan
  • Busa

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos urea, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ketahui Bagaimana Terjadinya Kulit Merekah

    Kulit merekah adalah satu masalah biasa yang berlaku. Tetapi apakah yang menyebabkan ia untuk berlaku kepada kulit dan siapa berisiko untuk mengalaminya?

    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 20/12/2019 . 4 mins read

    Rahsia Kecantikan Lisa Blackpink Hingga Dinobatkan Wajah Tercantik Asia!

    Lisa Blackpink baru-baru ini telah dinobatkan sebagai wanita dengan wajah tercantik Asia 2019. Nak tahu apa rahsianya? Sila ikuti artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 18/11/2019 . 3 mins read

    Rasa Gatal-gatal Sebab Kulit Kering? Jom Kenal Pasti Puncanya!

    Kenapa kulit kering? Adakah semata-mata kerana faktor cuaca? Jom kenal pasti punca kulit kering yang dialami anda. Moga anda dapat mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Mengapa Banyak Produk Penjagaan Kulit Menggunakan Urea untuk Kulit Kering?

    Uroterapi, menggunakan air kencing sendiri untuk tujuan kecantikan telah ditemui dalam sejarah budaya orang Aztec dan masyarakat Mesir kuno.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 mins read
    mandi air panas

    Mandi Air Panas Atau Sejuk – Mana 1 Lebih Baik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/03/2020 . 4 mins read
    kulit-anak-kering-cara-penjagaannya

    Kulit Anak Kering? Jom Ketahui Cara Penjagaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2020 . 4 mins read
    dry skin

    Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kulit Kering dan Merekah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/12/2019 . 5 mins read