Apa itu triherpine?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Nama AM: Triherpine Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Triherpine ?

Triherpine biasanya digunakan dalam rawatan jangkitan herpes pada mata. Herpes adalah sejenis virus yang hidup dalam badan secara senyap sehingga letusan wabak berlaku.

Triherpine bukanlah penawar kepada jangkitan tersebut, adapun rawatan bagi sesuatu wabak boleh melajukan penyembuhan luka/bengkak pada mata dan mengurangkan risiko komplikasi (seperti hilang deria penglihatan).

Bagaimanakah kegunaan Triherpine?

Sebelum mengenakan ubat titis mata, basuh tangan anda terlebih dahulu. Bagi mengelakkan pencemaran, jangan sentuh hujung penitis atau membiarkan ia bersentuh dengan mata anda atau mana-mana permukaan. Condongkan kepala anda ke belakang, lihat ke atas dan buka kelopak mata bawah bagi menghasilkan sebuah kantung. Posisikan penitis betul-betul di atas mata anda dan titiskan setitik ke dalam kantung tersebut sebagaimana diarahkan oleh doktor anda.

Lihat ke bawah dan tutup mata anda dengan perlahan-lahan selama 1 ke 2 minit. Letakkan satu jari di sudut mata anda (berdekatan dengan hidung) dan tekan dengan lembut. Ini akan mengelakkan ubat daripada tersalir keluar. Cuba untuk tidak kelip mata dan jangan gosok mata anda. Ulangi langkah ini bagi mata sebelah lagi jika diminta berbuat demikian. Jangan bilas penitis tersebut. Gantikan penutup penitis selepas setiap kali penggunaan.

Gunakan ubat ini lazimnya setiap 2 jam ketika sedar sehingga mata menjadi sembuh. Jangan gunakan lebih dari 9 titisan pada mata dalam tempoh 24 jam. Selepas sembuh, gunakan ubat ini selama 7 hari lagi, lazimnya setiap 4 jam ketika sedar (paling kurang 5 titisan setiap hari) atau sebagaimana diarahkan oleh doktor anda.

Jika anda turut menggunakan jenis ubat mata lain yang berbeza (seperti ubat titik lain atau ubat salap), tunggu selama 5 ke 10 minit sebelum menggunakan ubat lain. Gunakan ubat titis sebelum ubat salap bagi membolehkan titisan tersebut mencecah bahagian mata.

Gunakan ubat ini pada kekerapan yang tetap untuk mendapatkan faedah yang terbaik. Bagi memudahkan anda ingat, gunakan ia pada masa yang sama setiap hari. Teruskan menggunakannya sehingga tempoh penuh yang ditetapkan. Memberhentikan ubat ini terlalu awal boleh mengakibatkan jangkitan berulang semula.

Jangan gunakan ubat ini lebih kerap atau lebih lama daripada yang ditetapkan kerana ia boleh meningkatkan risiko kesan sampingan. Ubat ini tidak seharusnya digunakan lebih dari 21 hari dalam suatu masa.

Beritahu doktor anda jika keadaan menjadi lebih teruk, tidak bertambah baik selepas 7 hari dan tidak sembuh sepenuhnya selepas 14 hari.

Bagaimana saya menyimpan Triherpine?

Triherpine paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya langsung dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Triherpine di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Triherpine yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Triherpine ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Triherpine?

Before using this drug, tell your doctor or pharmacist if:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan dalam ubat titis triherpine.

Jangan melebihi dos yang disyorkan atau menggunakan ubat titis triherpine lebih lama dari tempoh yang ditetapkan tanpa merujuk dengan doktor anda.

Jika keadaan anda tidak bertambah baik dalam masa 7 hari atau ia bertambah teruk, sila periksa dengan doktor anda.

Jangan gunakan ubat titis triherpine untuk masalah mata yang lain tanpa menyemak dengan doktor anda terlebih dahulu.

Adalah penting supaya ubat titis triherpine digunakan bagi tempoh penuh rawatan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat sedemikian boleh mengurangkan keberkesanan ubat ini dan meningkatkan risiko bahawa virus tersebut tidak lagi sensitif terhadap ubat titis triherpine; seterusnya tidak lagi boleh dirawat dengan ubat ini atau ubatan antivirus lain pada masa akan datang.

Gunakan ubat titis triherpine dengan lebih berhati-hati pada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Keselamatan dan keberkesanan pada kumpulan umur ini masih belum dipastikan.

Adakah selamat untuk mengambil Triherpine semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat triherpine ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Triherpine?

Semua ubat berpotensi menghasilkan kesan sampingan, tetapi kebanyakan orang tidak mempunyai atau hanya mengalami kesan sampingan yang kecil. Rujuk doktor anda jika kesan-kesan sampingan yang lazim ini ada pada anda, tidak hilang atau mengganggu kualiti hidup anda:

  • Luka melecur atau kepedihan

Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti berikut:

  • Ruam
  • Bintat urtikaria pada kulit
  • Kesukaran bernafas
  • Rasa sesak dada
  • Bengkak pada mulut, muka, bibir dan lidah
  • Kerengsaan atau kesakitan yang baru atau semakin teruk pada mata
  • Kemerahan atau petikan darah pada mata
  • Bengkak pada mata atau kelopak mata
  • Perubahan penglihatan

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Triherpine?

Triherpine boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Triherpine?

Triherpine mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Triherpine?

Triherpine boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Triherpine yang disyorkan untuk dewasa?

Letakkan setitik larutan ubat mata triherpine 1% pada kornea mata yang terjejas setiap 2 jam ketika sedar, mencapai dos maksimum sehari sebanyak 9 titisan sehinggalah ulser kornea membentuk semula lapisan epitelium (sembuh) secara sepenuhnya.

Selepas sembuh, rawatan selama 7 hari selanjutnya, meliputi 1 titis setiap 4 jam ketika sedar dengan dos minimum sebanyak 5 titis sehari adalah disyorkan.

Jika tiada tanda penambahbaikan selepas 7 hari terapi atau pembentukan semula lapisan epitelium sepenuhnya masih tidak berlaku selepas terapi selama 14 hari, maka bentuk rawatan lain perlu dipertimbangkan.

Penggunaan larutan ubat mata triherpine 1% secara berterusan bagi tempoh melebihi 21 hari harus dielakkan kerana potensi ketoksikan mata.

Apakah dos Triherpine yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum pernah ditetapkan bagi pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting bagi memahami tahap keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Triherpine

Triherpine boleh didapati dalam beberapa bentuk dan kekuatan seperti:

  • Larutan ubat mata Triherpine 5ml

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos triherpine, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan