Apa itu tetracycline?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Nama AM: Tetracycline Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Tetracycline ?

Tetracycline digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan, termasuklah jerawat. Ia adalah antibiotik yang berfungsi dengan menghentikan pertumbuhan bakteria.

Antibiotik ini hanya merawat jangkitan bakteria. Ia tidak akan berfungsi untuk jangkitan virus (contohnya, selsema, flu). Penggunaan antibiotik yang tidak perlu atau berlebihan boleh menyebabkan keberkesanannya berkurangan.

Tetracycline juga boleh digunakan dalam kombinasi dengan ubat-ubatan anti-ulser untuk merawat beberapa jenis ulser perut.

Bagaimanakah kegunaan Tetracycline?

Tetracycline berkesan apabila diambil semasa perut kosong 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan. Sekiranya berlaku ketidakselesaan perut, tanya doktor anda jika anda boleh mengambil ubat ini dengan makanan. Ambil setiap dos dengan segelas penuh air (8 auns atau 240 mililiter) melainkan jika doktor anda mengarahkan anda sebaliknya. Jangan berbaring selama 10 minit selepas mengambil ubat ini. Atas sebab ini, jangan mengambil sebelum tidur.

Ambil ubat ini 2-3 jam sebelum atau selepas mengambil sebarang produk yang mengandungi magnesium, aluminium, atau kalsium. Contohnya antasid, quinapril, beberapa bentuk Didanosine (kunyah / tablet dispersible buffered atau larutan oral untuk kanak-kanak), vitamin / mineral, dan Sucralfate. Begitu juga penggunaan dengan produk tenusu (contohnya, susu, yogurt), jus diperkaya dengan kalsium, subsalicylate bismut, besi, dan zink. Produk-produk ini boleh menghalang penyerapan tetracycline.

Cara pengambilan adalah berdasarkan kepada keadaan kesihatan anda dan tindak balas kepada terapi. Untuk penggunaan pada kanak-kanak berumur lebih dari 8 tahun, dos berdasarkan berat badan.

Antibiotik paling berkesan apabila jumlah ubat dalam badan anda dikekalkan pada tahap yang tetap. Oleh itu, ambil ubat ini pada jarak masa yang sama.

Teruskan pengambilan ubat ini sehingga jumlah yang ditetapkan selesai walaupun simptom reda selepas beberapa hari. Berhenti ubat dengan terlalu awal boleh membenarkan bakteria untuk terus berkembang, yang mungkin menyebabkan jangkitan berulang.

Beritahu doktor anda jika keadaan anda berterusan atau menjadi lebih teruk.

Bagaimana saya menyimpan Tetracycline?

Tetracycline lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan tetracycline dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama tetracycline berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam tetracycline ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Tetracycline?

Sebelum membuat keputusan menggunakan ubat ini, sila pertimbangkan risiko pengambilan ubat ini dan bincangkan dengan doktor anda. Dari segi kesan perubatan, antara perkara yang perlu dipertimbangkan:

Alahan

Maklumkan doktor anda jika anda pernah mempunyai sebarang reaksi luar biasa atau alahan kepada ubat ini atau sebarang ubat-ubatan lain. Maklumkan juga doktor anda jika anda mempunyai sebarang alahan, seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan. Bagi produk bukan preskripsi, baca label atau bungkusan dengan teliti.

Pediatrik

Tidak ada kajian bersesuaian tentang kaitan umur dengan kesan tetracycline dalam populasi pediatrik. Keselamatan dan keberkesanan belum ditentukan.

Tetracycline boleh menyebabkan perubahan warna gigi kekal dan melambatkan pertumbuhan tulang. Ubat-ubatan ini tidak harus diberikan kepada kanak-kanak 8 tahun dan ke bawah kecuali diarahkan oleh doktor kanak-kanak.

Geriatrik

Banyak kesan ubat-ubatan pada orang tua belum dikaji secara khusus. Oleh itu, ubat ini tidak diketahui sama ada berfungsi dengan cara yang sama seperti dalam kalangan orang dewasa atau jika menyebabkan kesan sampingan atau masalah yang berbeza kepada orang tua. Tidak ada maklumat khusus membandingkan penggunaan tetracyclines pada orang tua dengan penggunaan dalam kumpulan umur yang lain.

Adakah selamat untuk mengambil Tetracycline semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil tetracycline.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Tetracycline?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami sebarang tanda tindak balas alahan seperti: gatal-gatal; sukar bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.

Berhenti menggunakan tetracycline dan hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:

  • Sakit kepala yang teruk, pening, penglihatan kabur;
  • Demam, menggigil, sakit badan, simptom selesema;
  • Kulit melepuh teruk, mengelupas, dan ruam kemerahan;
  • Kencing kurang daripada biasa atau tidak kencing sama sekali;
  • Kulit pucat atau kekuningan, air kencing berwarna gelap, demam, kekeliruan atau lemah;
  • Kesakitan yang teruk di bahagian atas perut, merebak ke belakang, loya dan muntah-muntah, degupan jantung laju;
  • Hilang selera makan, jaundis (kekuningan kulit atau mata); atau
  • Mudah lebam atau berdarah, rasa lemah yang luar biasa.

Kesan sampingan yang kurang serius termasuklah:

  • Sakit atau bengkak di dubur atau kawasan kemaluan;
  • Rasa loya, muntah-muntah, cirit-birit, atau sakit perut;
  • Tompok putih atau ulser dalam mulut atau pada bibir anda;
  • Lidah bengkak, masalah menelan; atau
  • Faraj gatal-gatal atau terdapat lendiran.

Bukan semua orang mendapat kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Tetracycline?

Tetracycline mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan risiko tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Menggunakan ubat ini dengan mana-mana ubat yang berikut adalah tidak digalakkan. Doktor anda mungkin membuat keputusan untuk tidak membenarkan anda mengambil ubat ini atau menukar beberapa ubat-ubatan lain yang anda ambil.

  • Acitretin
  • Methoxyflurane

Menggunakan ubat ini dengan mana-mana ubat yang berikut biasanya tidak digalakkan, tetapi mungkin diperlukan dalam beberapa kes. Jika kedua-dua ubat ditetapkan bersama, doktor anda mungkin akan menukar dos atau berapa kerap anda menggunakan salah satu atau kedua-dua ubat-ubatan.

  • Amoxicillin
  • Ampicillin
  • Atazanavir
  • Bacampicillin
  • Bexarotene
  • Cloxacillin
  • Dicloxacillin
  • Digoxin
  • Etretinate
  • Isotretinoin
  • Methicillin
  • Methotrexate
  • nafcillin
  • oxacillin
  • Penicillin G
  • Penicillin G Benzathine
  • Penicillin G procaine
  • Penicillin V
  • Piperacillin
  • Pivampicillin
  • Sultamicillin
  • Temocillin
  • Tretinoin

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Tetracycline?

Tetracycline mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Tetracycline?

Tetracycline mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Diabetes insipidus (diabetes air) – Demeclocycline boleh memburukkan keadaan.
  • Penyakit buah pinggang (kecuali dengan doxycycline atau minocycline) -Pesakit dengan penyakit buah pinggang mungkin mempunyai risiko peningkatan kesan sampingan.

Pesakit dengan penyakit hati mungkin mempunyai risiko peningkatan kesan sampingan jika mereka menggunakan doxycycline atau minocycline.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Tetracycline yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Dewasa yang biasa untuk Jerawat

500 mg dua kali sehari selama 2 minggu atau lebih, bergantung kepada jenis dan keterukan jangkitan

Dos Dewasa yang biasa untuk Bronkitis

500 mg setiap 6 jam selama 7 hingga 10 hari, bergantung kepada jenis dan tahap jangkitan; boleh diberikan selama 4 hingga 5 hari seminggu pada waktu tertentu sebagai pencegahan daripada bronkitis kronik berjangkit.

Dos Dewasa yang biasa untuk Brucellosis

500 mg 4 kali sehari selama 3 minggu diberikan dengan streptomycin 1 g IM dua kali sehari pada minggu pertama dan sekali sehari pada minggu kedua

Dos Dewasa yang biasa untuk jangkitan Chlamydia

Jangkitan urethral, endoservikal, atau rektum tanpa komplikasi: 500 mg 4 kali sehari untuk sekurang-kurangnya 7 hari.

Pasangan seksual pesakit juga perlu dinilai / dirawat.

Terapi doxycycline oral lebih disarankan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk rawatan jangkitan chlamydial pada pesakit yang tidak hamil.

Dos Dewasa yang biasa untuk jangkitan Helicobacter pylori

500 mg setiap 6 jam selama 14 hari diberikan bersama bismut, metronidazole, dan perencat H2 (H2 blocker)

Dos Dewasa yang biasa untuk Penyakit Lyme – Artritis

500 mg setiap 6 jam untuk 14 hingga 30 hari, bergantung kepada keadaan dan tahap jangkitan

Dos Dewasa yang biasa untuk Penyakit Lyme- Karditis

500 mg setiap 6 jam untuk 14 hingga 30 hari, bergantung kepada keadaan dan tahap jangkitan

Apakah dos Tetracycline yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Umur atas 8 tahun: 25 hingga 50 mg / kg sehari secara oral dibahagikan dalam 4 dos yang sama.

Apakah bentuk penyediaan Tetracycline

Tetracycline boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

Tablet 250 mg; 500 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos tetracycline, sila ambilnya secepat mungkin. Tetapi jika hampir dengan masa dos yang kemudian, abaikan dos yang terlepas dan ambil dos anda seperti yang telah dijadualkan. Jangan ambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut