Squalamine

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date November 26, 2019

Kegunaan

Apakah kegunaan squalamine?

Squalamine adalah bahan kimia yang dihasilkan dari perut dan hati yu duri pasir.

Ramai mengambil squalamine sebagai antibiotik untuk melawan jangkitan bakteria.

Versi buatan makmal squalamine kadang-kadang digunakan terus ke kulit sebagai antibiotik.

Sesetengah penyelidik sedang mengkaji squalamine untuk mengetahui sama ada ia mungkin berkesan terhadap tumor pepejal pada kanak-kanak. Penyelidik lain mengkaji squalamine dalam kombinasi dengan ubat preskripsi tekanan darah tinggi yang dipanggil captopril. Mereka mahu melihat sama ada kombinasi ini adalah rawatan yang baik untuk penyakit mata yang disebabkan oleh diabetes.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana squalamine ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa squalamine dianggap menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jangkitan. Ia juga mengandungi bahan kimia yang seakan menghalang pembentukan dan pertumbuhan tumor.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Squalamine?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap Squalamine atau ubatan atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau masalah kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Tidak diketahui sama ada squalamine selamat atau tidak.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan menyusu bayi: Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan suplemen ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Squalamine?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang kemungkinan kesan ubatan ini. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil suplemen ini.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Squalamine?

Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herbal anda sebelum menggunakan Squalamine.

Apakah dos Squalamine yang biasa?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan anda, dan beberapa syarat lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang doktor untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan Squalamine

Squalamine boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul ekstrak semulajadi squalamine dari jerung

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Jika saya kerap melancap, adakah terdapat sebarang kesan melancap yang buruk boleh berlaku? Bagaimana pula dengan manfaatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Cyst Ovari Ancaman Setiap Wanita, Ini 11 Tanda Bahaya Jika Alaminya

    Selalu rasa sakit bawah perut? Anda mungking mengalami sista ovari. Jom ketahui simptom dan cara kecutkan cyst yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa