Nitroglycerin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Nama AM: Nitroglycerin Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Nitroglycerin?

Nitroglycerin selalunya digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi semasa pembedahan, mengawal kegagalan jantung kongestif yang disertai dengan serangan jantung, merawat sakit dada dalam sesetengah pesakit, dan menurunkan tekanan darah sepanjang pembedahan.

Nitroglycerin adalah sejenis nitrate. Ia berfungsi dengan cara melancarkan (melebarkan) salur darah. Sakit dada terjadi apabila jantung memerlukan oksigen lebih dari apa yang ia dapat. Pelancaran salur darah ini mengizinkan darah untuk mengalir dengan lebih mudah. Ini mengurangkan beban kerja ke atas jantung dan jumlah oksigen yang diperlukan.

Bagaimanakah kegunaan Nitroglycerin?

Ubat ini diambil melalui mulut.

Gunakan ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor. Periksa label yang terdapat pada ubat untuk arahan dos yang sepatutnya.

Nitroglycerin diberi dengan cara suntikan di bilik doktor, hospital atau klinik. Hubungi pakar kesihatan jika anda ada sebarang persoalan.

Bagaimana saya menyimpan Nitroglycerin?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Nitroglycerin?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada nitroglycerin atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
  • Anda mengambil minuman beralkohol.
  • Anda ada sejarah masalah jantung lain (seperti kegagalan jantung, jantung bengkak, serangan jantung), thiroid terlampau aktif, stroke atau pendarahan lain di otak atau kecederaan kepala baru-baru ini.
  • Anda menghidap anemia, tekanan darah rendah, dehidrasi, atau kurang darah.

Jangan gunakan nitroglycerin jika:

  • Anda alergik kepada mana-mana bahan yang terkandung dalam nitroglycerin.
  • Anda mengalami stroke atau pendarahan pada otak, bengkak di sekeliling kantung jantung atau gangguan pada darah untuk kembali ke jantung.
  • Anda mengambil avanafil, riocituat, sildenafil, tadalafil atau vardenafil.

Adakah selamat untuk mengambil Nitroglycerin semasa mengandung atau menyusukan bayi?

T​iada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), nitroglycerin berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Semua ubat-ubatan boleh memberi kesan sampingan, tetapi kebanyakan orang boleh sahaja tiada atau mendapat hanya kesan sampingan yang ringan sahaja. Sila rujuk dengan doktor anda jika sebarang kesan sampingan ini wujud dan mengganggu anda:

  • Pening kepala atau berasa pusing.
  • Sakit kepala.
  • Gangguan di tempat suntikan.

Sila dapatkan perhatian perubatan secepatnya jika kesan sampingan yang teruk ini berlaku kepada anda:

  • Reaksi alergi yang teruk (ruam, bintat, kegatalan, susah bernafas, sesak dada, bengkak pada mulut, muka, bibir dan lidah).
  • Penglihatan kabur.
  • Mulut kering.
  • Pitam.
  • Degup jantung laju atau tidak sekata.
  • Banyak berpeluh.
  • Kulit pucat.
  • Gelisah.
  • Pening atau sakit kepala yang teruk atau berterusan.
  • Loya atau muntah yang teruk atau berterusan.
  • Kepenatan yang luar biasa dan rasa lemah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Nitroglycerin?

Nitroglycerin mungkin bertindak balas dengan ubatan lain yang sedang anda ambil, yang mana mungkin akan mengubah cara ubat tersebut berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk mendapat kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan interaksi antara ubat, anda perlu menyimpan senarai ubat yang anda gunakan (termasuklah ubat yang diperskripsi dan juga yang bukan, serta produk herba) dan kongsikan dengan doktor anda dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau mengubah dos mana-mana ubat tanpa keizinan dari doktor.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Avanafil, beta-blockers (seperti propranolol), calcium channel blockers (seperti diltiazem), diuretics (seperti furosemide, hydrochlorothiazide), ubat untuk darah tinggi phenothiazines (seperti, thioridazine), riociguat, sildenafil, tadalafil, or vardenafil kerana berisiko tinggi untuk merendahkan tekanan darah dan pitam.
  • Salicylates (seperti aspirin) kerana boleh meningkatkan kesan sampingan nitroglycerin
  • Nitroglycerin yang bertindak untuk jang masa panjang (seperti pelekat nitroglycerin) kerana boleh mengurangkan keberkesanannya.
  • Alteplase kerana boleh mengurangkan keberkesanannya.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Nitroglycerin?

Nitroglycerin mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Nitroglycerin?

Nitroglycerin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Asma (termasuk sejarah rawatan yang memudaratkan seperti kesukaran bernafas selepas mengambil aspirin atau NSAID lain).
  • Pendarahan.
  • Sakit jantung (dengan sejarah serangan jantung).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Penyakit melibatkan hati
  • Pertumbuhan di hidung (polip hidung)
  • Masalah perut / usus / esofagus (seperti pendarahan, ulser, pedih ulu hati yang berulang)
  • Strok

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos untuk Angina Pectoris

Solusi intravena: 5 mcg/min IV berterusan melalui tiub tidak menyerap: tambahkan dos kepada 5 mcg/min setiap 3-5 minit seperti yang diperlukan sehingga 20 mcg?min, kemudian dengan 10-20 mcg?min jika diperlukan.

Semburan lidah: 1-2 semburan (0.4-0.8 mg)di atas atau di bawah lidah setiap 5 minit apabila diperlukan, sehingga 3 semburan setiap 15 minut: jika sakit masih ada setelah dos yang maksimum, perhatian perubatan amat diperlukan.

Tablet bawah lidah: 0.3 hingga 0.6 mg di bawah lidah atau belakang pipi setiap 5 minit apabila diperlukan, sehingga 3 dos dalam masa 15 minit, jika sakit masih ada setelah dos yang maksimum, perhatian perubatan amat dipelrukan.

Dos untuk Angina Pectoris Prophylaxis bagi orang dewasa

Semburan di lidah: 1 hingga 2 semburan (0.4-0,8 mg) atas atau bawah lidah 5-10 minit sebelum sebarang aktiviti yang mungkin boleh mebawa kepada serangan.

Tablet bawah lidah: 0.3-0.6 mg di bawah lidah atau di belakang pipi 5 hingga ke 10 minit sebbelum memulakan aktiviti yang mungkin boleh membawa kepada serangan.

Minyak topikal: ½ inci (7.5 mg) secara topikal selepas bangun dan ½ inci (7.5 mg) 6 jam kemudian, seperti yang diperlukan dan boleh ditoleransi.

Pelekat kulit: 0.2 hingga 0.4 mg/ jam pelekat dilekat secara topikal sekali sehari untuk 12-14 jam, ambil apabila diperlukan dan boleh ditoleransi sehingga 0.8 mg/jam.

Extended release capsule: 2.5 hingga 6 mg secara oral 3 hingga 4 kali sehari setiap hari, ambil apabila perlu.

Dos dewasa untuk Myocardial Infarction

Solusi intravena: 5 mcg/ min berterusan IV melalui tube tidak menyerap: naikkan 5 mcg/min setiap 3-5 minit apabila diperlukan sehingga 20 mcg/min, kemudian 10 atau 20 mcg/min jika perlu.

Dos dewasa untuk tekanan darah tinggi

Solusi intravena: 5 mcg/ min berterusan IV melalui tube tidak menyerap: naikkan 5 mcg/min setiap 3-5 minit apabila diperlukan sehingga 20 mcg/min, kemudian 10 atau 20 mcg/min jika perlu.

Dos dewasa untuk anal fissure dan fistula

Minyak rectal: 1 inci minyak (375 mg minyak bersamaan dengan 1.5 mg nitroglycerin) melalui lubang anus setiap 12 jam untuk 3 minggu.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Nitroglycerin tersedia dalam bentuk dan dos yang berikut:

  • Tablet 0.5 mg.
  • Minyak 2%.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos nitroglycerin, sila hubungi doktor anda secepat mungkin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut