Apa itu etomidate-lipuro?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Nama AM: Etomidate Lipuro Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Etomidate Lipuro ?

Etomidate® Lipuro biasanya digunakan untuk induksi bius am.

Bagaimanakah kegunaan Etomidate Lipuro?

Etomidate-®Lipuro mesti disuntik secara intravena dan perlahan-lahan (dos tunggal dalam lebih kurang. 30 saat), dan berperingkat, jika diperlukan.

Suntikan intraarteri mesti dielakkan kerana terdapat risiko Etomidate ® Lipuro menyebabkan nekrosis (kematian tisu) jika disuntik secara intraarteria. Suntikan paravenous (sekitar vena) pula akan menyebabkan kesakitan yang kuat.

Penggunaan benzodiazepin adalah disyorkan, contohnya, diazepam, yang boleh disuntik dalam otot kira-kira 1 jam atau secara intravena kira-kira 10 min, sebelum suntikan Etomidate® Lipuro.

Untuk pesakit epilepsi (sawan) atau mereka yang berisiko sawan, Etomidate® Lipuro perlu disuntik dengan cepat, iaitu dalam masa beberapa saat, untuk mengelakkan penyebaran etomidate secara perlahan-lahan ke dalam otak.

Bagaimana saya menyimpan Etomidate Lipuro?

Etomidate-®Lipuro lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan Etomidate-®Lipuro dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama Etomidate-®Lipuro berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam Etomidate-®Lipuro ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Etomidate Lipuro?

Etomidate-®Lipuro tidak boleh diberikan kepada pesakit yang diketahui mempunyai hipersensitiviti/alahan terhadap etomidate atau lemak emulsi.

Ia tidak boleh diberikan kepada pesakit dengan masalah biosintesis heme yang diwarisi, melainkan jika penggunaan etomidate telah dipastikan sesuai selepas pertimbangan risiko dan faedah yang diramalkan.

Bayi yang baru lahir dan bayi sehingga umur 6 bulan harus dikecualikan daripada rawatan dengan Etomidate-®Lipuro, kecuali terdapat keperluan yang mendesak sewaktu rawatan.

Etomidate tidak boleh diberikan kepada pesakit yang telah didiagnosis atau disyaki mengalami kekurangan fungsi adrenocortical.

Tahap kortisol dalam serum berkurang dan tidak responsif kepada suntikan ACTH telah dilaporkan dalam beberapa pesakit semasa bius induksi terutamanya semasa bius pengekalan (maintenance dose) dengan etomidate; atas sebab ini, etomidate tidak boleh digunakan untuk pengekalan.

Walau bagaimanapun, apabila etomidate digunakan untuk induksi, peningkatan kortisol dalam serum yang berlaku dengan induksi menggunakan thiopentone dapat dilambatkan selama kira-kira 3-6 jam.

Dalam kes kelenjar adrenokortikal tidak berfungsi dan semasa prosedur pembedahan yang lama, kortisol tambahan untuk pencegahan komplikasi diperlukan (contohnya 50 hingga 100 mg hydrocortisone). Selepas suntikan berterusan etomidate, terdapat risiko kegagalan sementara fungsi kelenjar adrenokortikal . Sawan boleh berlaku pada pesakit yang tidak diberikan kortisol. Pesakit sirosis hati, atau mereka yang mengambil ubat neuroleptik, opiat atau pelali, dos etomidate perlu dikurangkan.

Apabila Etomidate digunakan, peralatan bantuan pernafasan hendaklah sentiasa tersedia jika berlakunya apnea (pernafasan terhenti).

Etomidate hanya boleh diberikan melalui suntikan intravena secara perlahan.

Etomidate-®Lipuro tidak mempunyai kesan analgesik. Jika digunakan untuk pembiusan jangka pendek, analgesik yang kuat, contohnya fentanyl, mesti diberikan sebelum atau serentak dengan Etomidate® Lipuro.

Walaupun Etomidate-®Lipuro digunakan seperti yang diarahkan, pesakit tidak akan dapat memandu atau mengendalikan mesin untuk sekurang-kurangnya 24 jam selepas suntikan.

Adakah selamat untuk mengambil Etomidate Lipuro semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil Etomidate-®Lipuro.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Etomidate Lipuro?

Beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila menggunakan ubat ini, termasuklah:

  • Pergerakan mioklonik (pergerakan otot secara tiba-tiba)
  • Loya
  • Muntah
  • Batuk
  • Menggigil
  • Penurunan sedikit dan sementara dalam tekanan darah
  • Masalah pernafasan
  • Rasa sakit

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Etomidate Lipuro?

Etomidate-®Lipuro mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Etomidate Lipuro?

Etomidate-®Lipuro mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Etomidate Lipuro?

Etomidate-®Lipuro mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Etidronate Dinatri yang disyorkan untuk dewasa?

Secara amnya, dos hipnotis yang berkesan adalah antara 0.15 hingga 0.3 mg etomidate per kg berat badan, bersamaan dengan 0.075 hingga 0.15 ml Etomidate ®Lipuro per kg berat badan.

Memandangkan etomidate tidak mempunyai kesan analgesik, ubat tahan sakit yang sesuai perlu digunakan dalam prosedur yang melibatkan rangsangan kesakitan.

Jangan melebihi jumlah dos 30 ml (3 ampul).

Pesakit sirosis hati dan pesakit yang telah mengambil ubat neuroleptik, opiat atau pelali, dos etomidate perlu dikurangkan.

Dalam kes yang memerlukan narkosis (menghilangkan kesedaran pesakit dengan ubat) untuk menamatkan sawan kecemasan (status epilepticus) atau sawan epileptik, dos etomidate yang mencukupi (0.3 mg / kg berat badan, bersamaan dengan 0.15 ml / kg berat badan Etomidate-®Lipuro) perlu disuntik dengan laju, contohnya, dalam 10 saat. Dos ini boleh diulang beberapa kali, jika diperlukan.

Apakah dos Etidronate Dinatri yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Pesakit kanak-kanak sehingga umur 15 tahun dan warga tua diberi dos tunggal 0.15-0.2 mg etomidate, bersamaan dengan 0.075-0.1 ml Etomidate ®Lipuro per kg berat badan. Pesakit dalam kumpulan umur berikut juga perlu diselaraskan mengikut kesan klinikal.

Dalam kanak-kanak sehingga umur 15 tahun, dos boleh dinaikkan sehingga 30% daripada dos dewasa, jika memerlukan kesan bius yang sama.

Apakah bentuk penyediaan Etidronate Dinatri

Etomidate-®Lipuro boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Etomidate® Lipuro 2 mg / ml emulsi untuk suntikan

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos Etomidate® Lipuro, rujuk doktor anda secepat yang mungkin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut