Apa itu etidronate-dinatri?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Nama AM: Etidronate Dinatri Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa kegunaan Etidronate Dinatri ?

Etidronate dinatri adalah bisphosphonate yang berfungsi dengan melambatkan penyerapan semula tulang dan membolehkan tulang baru terbentuk.

Etidronate dinatri biasanya digunakan untuk merawat penyakit Paget dalam orang dewasa, dan mencegah dan merawat pertumbuhan tulang tidak normal selepas pembedahan menggantikan tulang pinggul atau kecederaan saraf tunjang.

Ia juga boleh digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.

Bagaimanakah kegunaan Etidronate Dinatri?

Gunakan etidronate dinatri seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Tanya doktor anda sebarang soalan yang anda hadapi tentang bagaimana untuk menggunakan etidronate.

Ambil etidronate dinatri dengan 180-240 ml air kosong di pagi hari, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan, minum, atau mengambil sebarang ubat lain. Etidronate dinatri lebih berkesan jika diambil 60 minit sebelum makan, minum, atau pengambilan sebarang ubat lain. Pengambilan etidronate dinatri dengan jus oren, kopi, atau air mineral boleh mengurangkan keberkesanannya.

Telan keseluruhan tablet. Jangan patahkan, hancurkan, menghisap, atau mengunyah tablet sebelum menelan.

Jangan berbaring selama sekurang-kurangnya 30 minit selepas mengambil etidronate dinatri dan sehingga selepas anda mengambil hidangan atau snek pertama anda dalam sehari.

Jangan mengambil etidronate dinatri sebelum tidur atau sebelum bangun dari tidur.

Kalsium atau besi pelengkap diet, vitamin, atau antasid yang mengandungi kalsium, magnesium, atau aluminium boleh mengganggu penyerapan etidronate. Ubat-ubat ini hanya boleh diambil sekurang-kurangnya 2 jam selepas mengambil etidronate.

Bagaimana saya menyimpan Etidronate Dinatri?

Etidronate dinatri lebih baik disimpan pada suhu bilik jauh daripada cahaya dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan, anda tidak boleh menyimpan etidronate dinatri dalam bilik mandi atau penyejuk beku. Mungkin terdapat jenama etidronate dinatri berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza. Adalah penting untuk sentiasa memeriksa bungkusan produk anda atau merujuk ahli farmasi untuk arahan penyimpanan. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Anda tidak boleh mengepam etidronate dinatri ke dalam tandas atau membuangnya ke dalam longkang kecuali diarahkan berbuat demikian. Adalah penting untuk melupuskan produk ini dengan betul apabila telah luput atau tidak diperlukan lagi. Dapatkan nasihat ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara melupuskan ubat anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Etidronate Dinatri?

Sebelum menggunakan etidronate dinatri, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan dalam etidronate.
  • Anda mempunyai tahap kalsium dalam darah rendah atau masalah tulang lembut (osteomalacia).
  • Anda mempunyai masalah esofagus,termasuk kesukaran menelan atau esofagus yang sempit atau tersumbat.
  • Anda tidak dapat berdiri atau duduk tegak sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Anda pernah atau akan menjalani kemoterapi atau rawatan radiasi.

Maklumkan doktor atau doktor gigi anda bahawa anda sedang mengambil etidronate dinatri sebelum menerima sebarang rawatan perubatan atau pergigian, rawatan kecemasan, atau pembedahan.

Ikut perancangan diet dan senaman yang disarankan doktor. Pastikan anda mendapat kalsium dan vitamin D yang mencukupi dalam diet anda. Senaman angkat berat juga mungkin berkesan untuk meningkatkan ketumpatan kalsium dalam tulang. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Etidronate dinatri boleh menyebabkan masalah tulang rahang dalam sesetengah pesakit. Risiko anda mungkin lebih tinggi jika semakin lama anda mengambil etidronate dinatri atau jika anda mempunyai kanser, kebersihan gigi yang tidak terjaga, atau keadaan tertentu (contohnya, anemia, masalah pembekuan darah, jangkitan, masalah gigi). Risiko anda juga mungkin lebih tinggi jika anda menggunakan ubat-ubatan tertentu atau terapi (contohnya, kemoterapi, kortikosteroid, radiasi). Bincang dengan doktor anda tentang keperluan menjalani pemeriksaan gigi sebelum mula menggunakan etidronate. Tanya doktor anda sebarang soalan yang anda hadapi mengenai rawatan pergigian semasa menggunakan etidronate.

Penjagaan gigi yang betul adalah penting semasa anda mengambil etidronate. Berus dan flos gigi anda dan temui doktor gigi dengan kerap.

Asma yang semakin teruk telah dilaporkan dalam pesakit yang mengambil ubat-ubatan seperti ini. Bincangkan sebarang soalan atau kebimbangan dengan doktor anda.

Ujian makmal, termasuk ketebalan atau ketumpatan tulang dan tahap kalsium dalam darah, boleh dilakukan semasa menggunakan etidronate untuk memantau keadaan anda atau memeriksa kesan sampingan. Pastikan anda menyimpan semua temu janji doktor dan makmal.

Etidronate dinatri tidak boleh digunakan pada kanak-kanak; keselamatan dan keberkesanan pada kanak-kanak belum disahkan.

Adakah selamat untuk mengambil Etidronate Dinatri semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada kajian yang mencukupi dalam kalangan wanita untuk menentukan risiko penggunaan ubat ini semasa mengandung atau menyusukan anak. Sila berunding dengan doktor anda untuk menimbang manfaat dan potensi risiko sebelum mengambil etidronate dinatri.

Etidronate dinatri adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin terdapat beberapa risiko
  • D= Bukti positif mengenai risiko
  • X = Dilarang (Contraindicated)
  • N = Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Etidronate Dinatri?

Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi ramai orang tidak mengalami atau hanya mengalami kesan sampingan ringan. Rujuk dengan doktor anda jika sebarang kesan sampingan yang ringan berterusan atau mengganggu:

  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Masalah pencernaan
  • Sakit tulang, otot, atau sendi yang ringan
  • Sakit perut yang ringan atau perut tidak selesa
  • Loya

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika sebarang kesan sampingan yang teruk berlaku:

  • Reaksi alahan teruk (ruam; geligata/hives, gatal-gatal, sukar bernafas, sesak dada, bengkak pada mulut, muka, bibir, atau lidah; serak luar biasa)
  • Najis hitam atau berdarah
  • Sakit dada
  • Merasa keliru
  • Demam, menggigil, atau sakit tekak berterusan
  • Perubahan mental atau mood (contohnya, kemurungan, halusinasi)
  • Ulser mulut
  • Pedih hulu hati yang baru berlaku atau semakin teruk
  • Sakit atau sukar menelan
  • Kulit merah, bengkak, melepuh, atau mengelupas
  • Sakit tulang, otot, atau sendi yang teruk
  • Sakit perut yang teruk atau berterusan
  • Bengkak atau sakit rahang
  • Muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Etidronate Dinatri?

Etidronate dinatri mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia akan mengubah cara ubat anda bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan daripada potensi tindak balas ubat, anda patut menyenaraikan ubat-ubat yang sedang anda guna (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat tanpa preskripsi, dan produk-produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan ambil, berhenti, atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor.

Ubat yang boleh bertindak balas dengan etidronate dinatri, termasuklah:

  • Antikoagulan (contohnya, warfarin), kerana risiko kesan sampingan seperti pendarahan boleh meningkat.
  • Kortikosteroid (contohnya, prednisone) atau angiogenesis inhibitors (contohnya, bevacizumab), kerana risiko masalah tulang rahang boleh meningkat.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Etidronate Dinatri?

Etidronate dinatri mungkin bertindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda berkenaan potensi tindak balas dengan makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Etidronate Dinatri?

Etidronate dinatri mungkin bertindak balas dengan masalah kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat anda bertindak. Adalah sangat penting untuk doktor dan ahli farmasi anda mengetahui keadaan kesihatan semasa anda.  Terutamanya jika anda mempunyai:

  • Sejarah masalah perut atau usus (contohnya, keradangan, ulser)
  • Masalah esofagus (contohnya, esofagus sempit, tersumbat, pedih hulu hati, penyakit refluks, kerengsaan teruk)
  • Masalah buah pinggang
  • Sukar atau sakit menelan
  • Tahap vitamin D dalam darah rendah
  • Kanser
  • Anemia
  • Asma
  • Masalah pembekuan darah
  • Jangkitan
  • Masalah metabolisme kalsium
  • Kebersihan gigi tak terjaga atau masalah gigi yang lain, atau menjalani prosedur pergigian
  • Gangguan mental

PasteTextHere

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos Etidronate Dinatri yang disyorkan untuk dewasa?

Heterotopic ossification selepas penggantian tulang pinggul

Dos yang disyorkan ialah 20 mg / kg / hari secara lisan, untuk 1 bulan sebelum pembedahan diikuti dengan 20 mg / kg / hari untuk 3 bulan selepas pembedahan.

Heterotopic ossification selepas kecederaan saraf tunjang

Dos yang disyorkan ialah 20 mg / kg / hari secara lisan, selama 2 minggu diikuti oleh 10 mg / kg / hari selama 10 minggu; jumlah tempoh rawatan adalah 12 minggu.

Penyakit Paget

Rawatan awal adalah 5 hingga 10 mg / kg / hari (tidak melebihi 6 bulan) atau 11 hingga 20 mg / kg / hari (tidak melebihi 3 bulan), secara lisan.

Dos yang lebih besar daripada 10 mg / kg / hari hanya untuk keadaan tertentu.

Dos maksimum ialah 20 mg / kg / hari.

Untuk rawatan semula, mulakan hanya selepas tempoh bebas etidronate sekurang-kurangnya 90 hari dan jika ada bukti penyakit kembali aktif.

Apakah dos Etidronate Dinatri yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos untuk pesakit pediatrik belum ditentukan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah penting untuk memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum menggunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan Etidronate Dinatri

Etidronate dinatri boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet 200 mg
  • Tablet 400 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos, sila hubungi jabatan kecemasan tempatan atau pergi ke unit kecemasan yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas dos etidronate, abaikan dos yang tertinggal dan kembali kepada jadual dos biasa anda. Jangan mengambil dua dos sekaligus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut