Demerol

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Kegunaan

Apa itu Demerol?

Demerol® ialah ubat tahan sakit jenis Opioid. Opioid kadang kala dipanggil narkotik.

Demerol® digunakan untuk merawat kesakitan sederhana-teruk.

Demerol® mungkin juga digunakan untuk tujuan lain yang tidak disenaraikan di sini.

Bagaimanakah kegunaan Demerol?

Ambil Demerol® seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Patuhi semua arahan pada label preskripsi ubat. Meperidine boleh melambatkan atau menghentikan pernafasan anda, terutamanya apabila anda mula menggunakan ubat ini atau apabila dos ubat berubah. Jangan ambil Demerol® dalam kuantiti yang banyak atau tempoh yang panjang daripada yang dipreskrip kepada anda. Sila maklumkan kepada doktor sekiranya ubat tidak berfungsi untuk melegakan kesakitan anda.

Demerol® mungkin menyebabkan ketagihan, walaupun pada dos biasa. Jangan berkongsi ubat ini dengan orang lain, terutama orang yang mempunyai sejarah ketagihan atau penyalahgunaan dadah.

Sukat ubat cecair dengan picagari dos yang disediakan, atau dengan sudu dos khas atau cawan ubat. Jika anda tidak mempunyai alat penyukat dos, sila minta pada ahli farmasi anda.

Jangan berhenti mengambil Demerol® secara tiba-tiba selepas penggunaan dalam tempoh masa panjang, atau anda akan mengalami simptom sebaliknya yang tidak menyenangkan. Sila bertanya kepada doktor anda tentang cara untuk mencegah simptom sebaliknya (withdrawal) apabila anda berhenti mengambil ubat ini.

Jangan menghancurkan atau memecahkan tablet ini untuk menyedut serbuk atau dicampurkan ke dalam cecair untuk disuntik ke dalam saluran darah anda. Perkara ini akan menyebabkan kematian akibat penyalahgunaan Meperidine dan ubat preskripsi yang sama.

Bagaimana saya menyimpan Demerol?

Demerol® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Demerol?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Demerol® atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Anda tidak harus menggunakan Demerol® jika anda mengalami asthma yang teruk atau masalah pernafasan.

Jangan gunakan Demerol® jika anda menggunakan penghalang MAO 14 hari sebelumnya. Tindak balas ubat berbahaya mungkin berlaku. Penghalang MAO termasuklah isocarboxazid, linezolid, methylene blue injection, phenelzine, rasagiline, selegiline, tranylcypromine, dan lain-lain.

Sesetengah ubat boleh bertindak balas dengan Meperidine dan menyebabkan keadaan serius dipanggil sindrom serotonin. Pastikan doktor anda tahu sekiranya anda juga sedang mengambil ubat untuk masalah kemurungan, penyakit mental, penyakit Parkinson, sakit kepala migrain, jangkitan yang serius atau mencegah loya dan muntah. Sila tanya doktor anda sebelum membuat sebarang perubahan tentang cara dan masa pengambilan ubat-ubat anda.

Adakah selamat untuk mengambil Demerol semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori  bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mengalami tanda-tanda tindak balas alahan pada Demerol®: bengkak kemerah-merahan, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Seperti ubat narkotik yang lain, Meperidine boleh melambatkan pernafasan anda. Kematian boleh berlaku jika pernafasan anda menjadi terlalu lemah.

Berhenti menggunakan Demerol® dan hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Pernafasan lemah atau singkat, degupan jantung perlahan.
  • Mengantuk teruk, anda berasa seperti ingin pengsan.
  • Kekeliruan, perubahan mood, bergaduh, halusinasi.
  • Menggeletar, pergerakan otot yang tidak boleh dikawal, atau sawan.
  • Tidak subur, terlepas menstruasi.
  • Mati pucuk, masalah seksual, hilang minat terhadap seks.
  • Paras kortisol rendah – loya, muntah, hilang selera makan, pening, penat atau lemah yang menjadi semakin teruk

Cari bantuan perubatan jika anda mengalami simptom sindrom serotonin seperti: agitasi (rasa terdesak), halusinasi, demam, berpeluh, menggigil, degupan jantung laju, kekakuan otot, otot bergetar (twitching), hilang keseimbangan, loya, muntah atau cirit-birit.

Meperidine lebih cenderung untuk menyebabkan masalah pernafasan dalam kalangan orang tua dan orang yang mengalami penyakit teruk, melnutrisi (tidak cukup nutrisi) atau lemah.

Kesan sampingan lazim ialah:

  • Pening, rasa mengantuk.
  • Sakit kepala.
  • Loya, muntah.
  • Berpeluh

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Demerol?

Demerol® bertindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mengubah keberkesanan ubat tersebut atau meningkatkan risiko berlaku kesan sampingan yang serius. Untuk mengelak daripada berlaku sebarang potensi tindak balas ubat, anda perlu menyimpan senarai semua ubat-ubatan yang anda ambil (termasuk ubat dipreskrip, ubat tidak dipreskrip dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor anda.

Produk yang mungkin bertindak balas dengan Meperidine ialah:

  • Ubat narkotik lain – ubat tahan sakit opioid atau ubat batu preskripsi.
  • Ubat yang menyebabkan anda mengantuk atau melambatkan pernafasan anda – pil .tidur, penenang otot, sedatif, ubat penenang atau ubat anti psykotik.
  • Ubat yang menjejaskan paras serotonin dalam badan anda – ubat untuk kemurungan, migrain, jangkitan serius atau pencegah loya dan muntah.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Demerol?

Demerol® mungkin bertindak balas dengan makanan atau minum beralkohol dengan mengubah cara ubat tersebut bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan serius berlaku. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang potensi tindak balas makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Demerol?

Demerol® mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin menyebabkan keadaan kesihatan anda semakin teruk atau ia akan mengubah cara ubat ini bertindak. Adalah penting untuk selalu memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda alami. .

Keadaan kesihatan yang bertindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Sebarang masalah pernafasan atau penyakit paru-paru.
  • Perut atau usus tersumbat.
  • Sejarah kecederaan kepala, ketumbuhan otak atau penyakit mental.
  • Masalah kencing.
  • Penyakit hati atau buah pinggang.
  • Masalah pada hempedu, kelenjar adrenal atau tiroid.
  • Anemia sel sabit (sickle cell).
  • Lengkungan tulang belakang tidak normal yang menjejaskan pernafasan.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Rawatan awal dengan tablet  Demerol® adalah antara 50 mg ke 150 mg secara oral, setiap 3 ke 4 jam mengikut keperluan kesakitan.

Bagi pengurusan kesakitan

Orang dewasa: dos biasa ialah 50-150 mg secara dalam otot (intramuscular/IM) atau di bawah kulit (subcutaneously) setiap  ke 4 jam mengikut keperluan kesakitan. Pesakit tua perlu diberi Meperidine pada dos paling rendah dan dipantau selalu.

Bagi ubat pra-pembedahan

Orang dewasa: dos biasa ialah 50-150 mg secara dalam otot (intramuscular/IM) atau di bawah kulit (subcutaneously) 30 ke 90 minit sebelum diberikan ubat kebas (anesthesia).  Pesakit tua perlu diberi Meperidine pada dos paling rendah dan dipantau selalu.

Bagi menyokong Anesthesia

Suntikan ke dalam saluran darah (intravenous) secara perlahan dan berulang, dos pecahan (contoh 10 mg/mL) atau infusi larutan yang lebih cair ke dalam saluran darah (intravenous) secara berterusan (contoh 1 mg/mL) digunakan.

Dos perlu disukat mengikut keperluan pesakit dan bergantung kepada ubat sebelum dan jenis anestesia yang digunakan kepada pesakit, karekter pesakit tertentu dan sifat serta durasi prosedur pembedahan tersebut.

Pesakit tua perlu diberi Meperidine pada dos paling rendah dan dipantau selalu

5 bagi analgesik obstetrik

Dos biasa ialah 50-150 mg secara dalam otot (intramuscular/IM) atau di bawah kulit (subcutaneously) apabila kesakitan menjadi biasa dan diulang pada interval 1 ke 3 jam .

Pengubahsuaian ubat bersama Phenothiazines

Dos suntikan Demerol® perlu dikurangkan secara bersesuaian (biasanya sebanyak 25 ke 50 peratus) apabila diambil bersama phenothiazines dan ubat penenang lain kerana ia meningkatkan fungsi suntikan Demerol®.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Rawatan awal dengan tablet Demerol® dalam dos antara 1.1 mg/kg – 1.8 mg/kg secara oral, maksimum seperti dos dewasa, setiap  ke 4 jam seperti yang diperlukan.

Bagi pengurusan kesakitan

Children: The usual dosage is 0.5 mg/lb to 0.8 mg/lb intramuscularly or subcutaneously up to the adult dose, every 3 or 4 hours as necessary.

Kanak-kanak: Dos biasa ialah 0.5 mg/lb – 0.8 mg/lb ke dalam otot (intramuscular) atau ke bawah kulit (subcutaneous), maksimum seperti dos dewasa, setiap  3 ke 4 jam seperti yang diperlukan.

Bagi ubat pra-pembedahan

Kanak-kanak: Dos biasa ialah 0.5 mg/lb – 1 mg/lb ke dalam otot (intramuscular) atau ke bawah kulit (subcutaneous), maksimum seperti dos dewasa, 30 ke 90 minit sebelum mula dibius.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Demerol® boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut:

  • Suntikan, larutan: Meperidine hydrochloride 25mg dalam 1ml.
  • Tablet: Meperidine hydrochloride 50mg.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 19, 2019

Rujukan