Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Chlorothiazide ialah diuretik thiazide. Ia membantu buah pinggang membuang cectair daripada badan anda.
Ia biasa digunakan untuk merawat cecair berlebihan di dalam badan dan disebabkan oleh sesetengah keadaan atau ubat-ubatan. Ia juga digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau keadaan lain yang ditentukan oleh doktor anda.
Chlorothiazide biasanya diambil secara suntikan di pejabat doktor, hospital atau klinik. Jiak anda mengambil ubat ini di rumah, lakukan prosedur suntikan dengan berhati-hati seperti yang diajar oleh penjaga kesihatan anda.
Jangan gunakan ubat tersebut jika chlorothiazide mengandungi partikel atau berubah warna, atau botol retak atau rosak.
Pada permulaan pengambilan ubat ini, anda mungkin kerap kencing atau bertambah jumlah air kencing. Untuk menghalang daripada ia menjejaskan tidur anda, elakkan mengambil ubat ini selepas jam 6 petang.
Teruskan pengambilan chlorothiazide walaupun anda berasa sudah sihat. Jangan terlepas dos.
Simpan produk ini, bersama syringe dan jarumnya, jauh daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Jangan gunakan semula jarum, syringe dan bahan lain. Buang dengan baik selepas digunakan. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk menerangkan peraturan untuk membuang produk dengan baik.
Chlorothiazide biasanya diuruskan dan disimpan oleh penjaga kesihatan. Jika anda gunakan ubat ini dirumah, simpan ia seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau penjaga kesihatan anda. Simpan chlorothiazide daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda jika :
Chlorothiazide mungkin menyebabkan pening atau pengsan. Alkohol, cuaca panas, bersenam dan demam boleh meningkatkan kesan-kesan ini. Untuk menghalang perkara ini berlaku, duduk dan berdiri dengan perlahan, terutamanya ketika waktu pagi. Duduk atau baring semasa tanda awal pening atau berasa lemah. Jangan memandu, mengendalikan mesin atau melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan bahaya sehingga anda tahu bagaimana untuk betindakbalas pada chlorothiazide. Pengambilan chlorothiazidesahaja, dengan ubat lain, atau bersama alkohol mungkin mengurangkan kebolehan anda untuk memandu atau melakukan aktiviti yang boleh mengundang bahaya.
Sebelum anda membuat sebarang rawatan perubatan atau pergigian, penjagaan kecemasan, atau pembedahan, maklumkan kepada doktor atau doktor gigi anda bahawa anda sedang mengambil chlorothiazide.
Chlorothiazide mungkin menyebabkan gula tinggi dalam darah (seperti berasa dahaga, kerap kencing, keliru, mengantuk, merah muka, bernafas laju, atau nafas berbau seperti buah). Jika terdapat simptom berikut, maklumkan kepada doktor anda dengan segera.
Doktor anda juga mungkin preskrip supplemen potasium untuk anda. Patuhi dos yang diarahkan dengan teliti. Jangan mengambil dos tambahan atau menukar diet anda termasuklah menambah kandungan potasium sebelum berjumpa doktor anda.
Chlorothiazide meningkatkan sensitiviti kepada cahaya matahari. Elak terdedah kepada matahari, lampu atau tempat berjemur sehingga anda tahu bagaimana bertindakbalas dengan chlorothiazide. Gunakan pelindung sinaran matahari atau pakaian pelindung jika anda berada di luar dalam jangka masa yang panjang.
Pesakit tekanan darah tinggi yang sedang dirawat kerap berasa letih selepas menjalani terapi selama beberapa minggu. Teruskan pengambilan ubat walaupun anda berasa sihat. Hubungi doktor atau ahli farmasi jika anda mengalami sebarang simptom baru.
Ujian makmal, termasuk fungsi buah pinggang, tekanan darah dan paras elektrolit darah dilakukan untuk memantau atau memeriksa sebarang kesan sampingan yang berlaku. Pastikan anda sentiasa patuh dengan temu janji bersama doktor dan makmal.
Gunakan chlorothiazide dengan berhati-hati bagi orang tua, kerana ia mungkin menjadi lebih sensitif pada kesannya.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori bagi risiko mengandung.
Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:
Semua ubat memberi kesan sampingan, tetapi kebanyakan individu mengalami kesan sampingan minimum atau tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Periksa dengan doktor anda jika anda mengalami kebanyakan kesan sampingan berpanjangan atau mengganggu anda:
Cari bantuan perubatan sekiranya anda mengalami mana-mana kesan sampingan serius berikut:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Chlorothiazide mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang mungkin bertindakbalas dengan ubat ini ialah:
Chlorothiazide mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.
Chlorothiazide akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda
Terutamanya jika anda mengalami:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Edema – dewasa
Dos yang disyorkan ialah 0.5-1 g (10 ke 20 ml) PO/IV sekali sehari atau dibahagikan 2 kali sehari; kebanyakan pesakit memberi respon yang baik kepada terapi sementara ini (kemasukan selang sehari atau 3-5 hari setiap minggu; mengurangkan risiko ketidakseimbangan elektrolit yang tidak diingini).
Hypertensi – dewasa
Dos yang disyorkan ialah 0.5 -1 g (10-20 ml)/day PO/IV satu dos atau dos terbahagi; ditambah atau dikurangkan dos berdasarkan respon tekanan darah anda.
Edema –orang tua
Dos yang disyorkan ialah 0.5-1 g (10 to 20 ml) PO/IV sekali atau dibahagikan kepada 2 kali sehari; kebanyakan pesakit dengan edema memberi respon yang baik kepada terapi sementara ini (kemasukan selang sehari atau 3-5 hari setiap minggu; mengurangkan risiko ketidakseimbangan elektrolit yang tidak diingini).
Hypertensi – orang tua
Dos yang disyorkan ialah 0.5 -1 g (10-20 ml)/day PO/IV dos tunggal atau dos yang dibahagikan; ditambah atau dikurangkan dos berdasarkan respon tekanan darah anda.
Bengkak / Edema
Dos yang disyorkan ialah 10 ke 20 mg/kg (5-10 mg/lb) sekali sehari atau dibahagikan 2 kali sehari, tidak melebihi 375 mg/day.
Tekanan Darah Tinggi
Dos yang disyorkan ialah 10 ke 20 mg/kg (5-10 mg/lb) sekali sehari atau dibahagikan 2 kali sehari, tidak melebihi 375 mg/day.
Chlorothiazide boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut::
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen