Betaine Anhydrous

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Betaine Anhydrous?

Anhydrous Betaine digunakan untuk merawat kandungan homosistina yang tinggi dalam air kencing. Kandungan homosistina yang tinggi selalunya akan terkait dengan penyakit jantung, osteoporosis, masalah rangka tulang dan lensa mata .

Anhydrous betaine juga digunakan untuk:

  • Merawat penyakit hati, kemurungan, osteoartritis, kegagalan jantung kongestif dan obesiti
  • Merangsang sistem imun
  • Meningkatkan kemampuan bersukan
  • Mengelakkan ketumbuhan benigna dalam kolon (adenoma kolorektal)

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana anhydrous betaine berfungsi. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun , anhydrous betaine sememangnya diketahui membantu proses metabolisme homosistina, (bahan kimia yang terlibat untuk jantung, mata, tulang, darah, saraf dan otak berfungsi dengan normal). anhydrous betaine menghalang penghasilan homosistina secara berlebihan dalam kalangan orang yang mempunyai masalah metabolisma sejak dari lahir.  

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Betaine Anhydrous?

Sila berunding dengan doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusukan anak kerana orang yang mengandung dan menyusu badan hanya boleh mengambil ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor
  • Anda mengambil ubat-ubatan lain termasuklah ubat yang boleh diambil tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan kepada mana-mana bahan beta-sitosterol, ubat-ubatan atau bahan herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan kepada sebarang makanan, pewarna, bahan pengawet dan haiwan.  

Kawalan untuk bahan herba sampingan tidak seketat kawalan dadah yang digunakan sebagai ubat. Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk memastikan ia selamat digunakan. Manfaat yang diberikan oleh bahan herba sampingan ini hendaklah mengatasi risiko penggunaanya. Sila berunding dengan ahli herba dan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Betaine Anhydrous selamat digunakan?

Anhydrous betaine selamat digunakan untuk kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa apabila diambil dengan betul.

Langkah penjagaan dan amaran khusus

Wanita yang hamil dan menyusu badan; Tiada maklumat yang cukup yang boleh dipercayai mengenai keselamatan anhydrous betaine kepada wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Berhati-hatilah dan elakkan penggunaanya.

Kolesterol yang tinggi: anhydrous betaine boleh meningkatkan jumlah semua lipoprotein dan lipoprotein densiti rendah (LDL) untuk orang yang sihat, obesiti dan yang mengalami kegagalan fungsi ginjal. Anhydrous betaine juga boleh meningkatkan lagi paras kolesterol yang sememangnya tinggi. Orang yang memiliki paras kolesterol yang tinggi haruslah behati-hati sewaktu menggunakannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Betaine Anhydrous?

Anhydrous betaine boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan minor seperti loya, sakit perut dan cirit birit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Betaine Anhydrous?

Betaine Anhydrous mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos betaine anhydrous yang biasa digunakan?

Dos-dos berikut sudah dikaji menggunakan kajian saintifik;

Melalui mulut:

Untuk pesakit yang mempunyai homosistinuria: dos penyelenggaraan sebanyak 3 gram  lazimnya diambil dua kali sehari bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak, dos yang diberikan pada permulaan biasanya lebih rendah dan akan dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai tahap dos penyelengraan. Bagi kanak-kanak di bawah umur 3 tahun, dos permulaan ialah 100mg/kg sehari selama seminggu; untuk minggu yang akan datang, dos akan dinaikkan ke 200 mg/kg sehari pula. Pada minggu yang berikutnya, dos akan dinaikkan lagi ke 300 mg/kg sehari untuk seminggu juga. Begitulah seterusnya sehingga mencapai ke tahap dos penyelenggaraan. Dos boleh ditingkatkan bagi semua pesakit sehingga tahap homosistina dalam darah menjadi sangat rendah. Kadangkala dos boleh ditingkatkan sehingga 20 gram sehari untuk tujuan tersebut. Larutkan serbuk ubat di dalam air sejurus sebelum meminumnya.

Dos anhydrous betaine mungkin berbeza untuk setiap pesakit bergantung kepada umur, tahap kesihatan, dan beberapa kondisi lain. Bahan-bahan supplemen tidak selalunya selamat untuk digunakan. Sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan dos yang berpatutan untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan betaine anhydrous?

Anhydrous betaine boleh didapati dalam bentuk dos yang berikut:

  • Serbuk asli anhydrous betaine
  • Kapsul betaine
  • Ubat anhydrous betaine di dibawah preksripsi doktor

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    9 Manfaat Ketumbar Terhadap Kesihatan Yang Terbukti Secara Saintifik! #6 Mengejutkan

    Ketumbar selalu digunakan dalam masakan orang kita. Tahukah anda bahawa wujud banyak manfaat ketumbar terhadap kesihatan yang terbukti secara saintifik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/08/2019 . 3 minit bacaan

    Daun Sirih: Bermanfaat atau Tidak kepada Anda?

    Daun sirih pernah menjadi sebagai satu makanan wajib yang perlu ada di rumah-rumah masyarakat Malaysia terutamanya bagi orang-orang Melayu dan India

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/08/2019 . 8 minit bacaan

    Herba: Kawalan Kelahiran Yang Menakjubkan

    Walaupun sesetengah herba menggalakkan kesuburan, yang lain mungkin mempunyai kesan yang menghalangnya yang mana sesetengahnya menyebabkan kemandulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Ubat-ubatan yang Perlu Dielakkan Jika Anda Mempunyai Kanser Hati

    Salah satu fungsi utama hati adalah memecahkan bahan-bahan yang di ambil secara oral, termasuk ubat-ubatan, herba, dan makanan tambahan. Walau bagaimanapun, apabila hati rosak disebabkan oleh beberapa penyakit atau ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 08/04/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Jangan Pandang Ringan Jika Rasa Sengal Badan Lepas Bersetubuh, Ada Yang Kena Jumpa Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/03/2020 . 3 minit bacaan
    teh bunga raya

    Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 2 minit bacaan
    halba

    Halba dan Keistimewaannya yang Besar Terhadap Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan
    jintan manis

    Jintan Manis dan Fungsinya yang Bukan Sekadar Rempah Dapur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/08/2019 . 8 minit bacaan