Benicar

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Nama AM: Benicar Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apa itu Benicar?

Benicar® adalah sejenis ubat penyekat reseptor angiotensin II (ARB). Olmesartan boleh mengelakkan saluran darah dari pengecutan, yang seterusnya akan merendahkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah (akibat pengembangan saluran darah).

Benicar® digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensi) pada orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia sekurang-kurangnya 6 tahun. Ia kadang-kadang diberikan bersama dengan ubat-ubatan hipertensi yang lain.

Benicar® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Bagaimanakah kegunaan Benicar?

Ambil Benicar® betul-betul seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Patuhi semua arahan pada label preskripsi anda. Doktor anda mungkin akan mengubah dos untuk memastikan anda memperoleh hasil yang terbaik. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Anda boleh mengambil Benicar® dengan atau tanpa makanan.

Tekanan darah anda pula perlu diperiksa dengan kerap.

Anda mungkin akan mempunyai tekanan darah yang sangat rendah semasa mengambil ubat ini. Hubungi doktor anda jika anda menjadi sakit dengan muntah atau cirit-birit, ataupun jika anda berpeluh lebih daripada biasa.

Ubat ini perlu terus digunakan seperti yang diarahkan, walaupun anda telah berasa sihat. Tekanan darah tinggi sering kali tidak menunjukkan simptom. Anda juga mungkin perlu menggunakan ubat bagi tekanan darah tinggi untuk sepanjang hayat anda.

Bagaimana saya menyimpan Benicar?

Benicar® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Benicar® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Benicar® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Benicar® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Benicar?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Benicar® atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Jika anda menghidap diabetes, jangan gunakan Benicar® bersama ubat-ubatan yang mengandungi aliskiren (seperti Amturnide, Tekturna dan Tekamlo).

Anda juga mungkin perlu mengelakkan daripada mengambil Benicar® dengan aliskiren jika anda mempunyai penyakit buah pinggang.

Untuk memastikan Benicar® benar-benar selamat untuk anda, beritahu doktor anda jika anda mempunyai:

  • Penyakit hati
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Jika anda mengalami penyahhidratan

Adakah selamat untuk mengambil Benicar semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Benicar® adalah pada kategori risiko kehamilan tahap D, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat risiko
  • D=Bukti positif berkenaan risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alergi terhadap Benicar®: bintat urtikaria; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:

  • Rasa berpusing-pusing, seperti anda hendak pitam
  • Kurang atau tiada air kencing
  • Cirit-birit yang teruk atau berterusan dengan penurunan berat badan
  • Sakit dada, kadar jantung yang cepat
  • Bengkak di tangan atau kaki anda
  • Kadar kalium (potassium) yang tinggi – loya, kadar jantung yang perlahan atau tidak teratur, kelemahan, hilang daya pergerakan

Dan di antara kesan sampingan yang paling biasa adalah pening kepala.

Tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Benicar?

Benicar® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Ubatan yang boleh bertindak balas terhadap ubat ini adalah:

  • Colesevelam
  • Lithium
  • NSAID (ubat anti-radang bukan steroid) – ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), celecoxib, diclofenac, indomethacin, meloxicam, dan lain-lain

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Benicar?

Benicar® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Benicar?

Benicar® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos Biasa bagi Orang Dewasa untuk Hipertensi:

20 mg melalui mulut sekali sehari; dan dos boleh ditingkatkan kepada 40 mg dalam dua minggu jika pengurangan tekanan darah yang lebih lanjut diperlukan.

Maksimum dos: 40 mg melalui mulut sekali sehari.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Dos Biasa bagi Pediatrik untuk Hipertensi

Umur 6 hingga 16 tahun:

  • Berat badan dari 20 hingga kurang daripada 35 kg: dos 10 mg melalui mulut sekali sehari; dos boleh ditingkatkan hingga 20 mg dalam dua minggu jika pengurangan tekanan darah yang lebih lanjut diperlukan
  • Berat badan 35 kg atau lebih: dos 20 mg melalui mulut sekali sehari; dos boleh ditingkatkan kepada 40 mg dalam dua minggu jika pengurangan tekanan darah yang lebih lanjut diperlukan.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Benicar® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Benicar®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut