Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
AZO Yeast® (Yis AZO®) biasanya digunakan bagi:
Diambil melalui mulut, secara oral. Tanyakan dengan doktor anda bagi maklumat lanjut.
AZO Yeast® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan AZO Yeast® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama AZO Yeast® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang AZO Yeast® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:
Untuk kegunaan oral sahaja. Produk ini tidak akan menyembuhkan infeksi yis.
Jangan guna sekiranya anda belum pernah didiagnos infeksi yis vagina oleh doktor.
Tanyakan pada doktor sekiranya anda:
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Kegatalan vagina dan iritasi boleh berlaku semasa menggunakan ubatan ini.
Tidak semua akan mengalami kesan sampingan sebegini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai kerisauan mengenai kesan sampingan, sila bincangkan bersama doktor atau ahli farmasi anda.
AZO Yeast® mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
AZO Yeast® mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.
AZO Yeast® akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Ambill satu tablet secara oral tiga kali sehari, selama mana simptom masih kekal.
Belum ada dos yang ditetapkan khas bagi pesakit pediatrik. Ianya mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting bagi anda untuk memahami sepenuhnya tahap keselamatan ubat sebelum penggunaan. Sila berbincang dengan doktor anda atau ahli farmasi untuk informasi lanjut.
AZO Yeast® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos AZO Yeast®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen