backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Azithromycin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 25/01/2023

Kegunaan

Apa itu Azithromycin?

Azithromycin digunakan bagi merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria. Ianya ialah antibiotik jenis-macrolide. Ia berkesan dengan menghentikan tumbesaran bakteria.

Ubatan ini tidak akan berkesan bagi jangkitan virus (seperti demam selsema, flu). Penggunaan tanpa keperluan atau penyalahgunaan mana-mana antibiotik akan membawa kepada kurangnya keberkesanan ianya nanti.

Bagaimanakah kegunaan Azithromycin?

Ambil ubatan ini sebagaimana diarahkan oleh doktor anda, biasanya sekali sehari bersama atau tanpa ambilan makanan. Anda boleh mengambil ubatan ini semasa berlakunya masalah perut meragam. Dos adalah berdasarkan keadaaan medikal anda dan tindak balas anda pada rawatan.

Antibiotik paling berkesan sekiranya diambil dengan jumlah yang tetap dalam badan anda. Maka, ambil ubatan ini pada waktu yang sama setiap hari.

Teruskan pengambilan ubatan sehingga jumlah preskribsi penuh dihabiskan, walaupun simptomm hilang selepas beberapa hari. Penghentian ubatan terlalu awal boleh memberi peluang kepada bakteria untuk terus membesar, yang boleh mengakibatkan kembalinya jangkitan.

Antasid mengandungu aluminium atau magnesium boleh merendahkan kadar penyerapan azithromycin sekiranya diambil bersama. Sekiranya anda mengambil ubatan antasid menngandungi aluminiu atau magnesium, tunggu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau selepas pengambilan azithromycin.

Beritahu pada doktor anda sekiranya keadaan berterusan atau bertambah teruk.

Bagaimana saya menyimpan Azithromycin?

Azithromycin paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Azithromycin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Azithromycin yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Azithromycin ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Azithromycin?

Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Azithromycin atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Beritahu pada doktor anda sekiranya anda pernah mengalami jaundis (kekuningan pada kulit atau mata) atau lain-lain masalah hati semasa pengambilan azithromycin. Doktor anda kemungkinan akan memberitau anda untuk tidak mengambil ubatan ini.

Beritahu doktor anda sekiranya sesiapa dalam ahli qeluarga anda pernah mengalami jarak QT panjang (keadaan masalah jantung yang nadir yang boleh mengakibatkan degupan tidak sekata, pengsan, taua kematian mengejut) atau degupan yang pantas, perlahan, atau tidak tetap, dan jika anda mempunyai kadar magnesium yang rendah atau potassium dalam darah, sekiranya anda mengalami jangkitan darah; kegagalan jantung; fibrosis sistik; AIDS atau jangkitan HIV; myasthenia gravis (satu masalah pada otot dan saraf yang mengawalnya); atau jika anda mempunyai penyakit buah pinggang atau hati.

Sekiranya anda mengambil antasid mengandungi aluminium hidroksida atau magnesium hidroksida (Maalox, Mylanta, Tums, dan lain-lain), anda akan perlu memberi sedikit masa antara masa anda mengambil dos antasid dan masa anda mengambil dos tablet atau cecairr azithromyin. Tanyakan pada doktor atau ahli farmasi tentang berapa jam sebelum atau selepas anda mengambil azithromyin jarak antara anda mengambil ubatan ini. Cecair pelepasan lanjutan boleh diambil bila-bila masa bersama antasid.

Adakah selamat untuk mengambil Azithromycin ssemasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil Azithromycin adalah di bawah kategori B berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan Azithromycin?

Dapatkan bantuan kecemasan medikal sekiranya anda mengalami mana-mana di antara gejala tindak balas alahan: gegligata; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.

Hentikan penggunaan azithromycin dan hubungi doktor anda terus sekiranya anda mengalami kesan sampingan serius seperti:

  • Diarrhea that is watery or bloody
  • Cirit-birit yang berair atau berdarah
  • Sakit kepala disertai sakit dada dan pening teruk, pengsan, degupan jantung pantas atau kuat.
  • Loya, pedih ulu hati, gatal-gatal, hilang selera makan, urin berwarna gelap, najis berwarna tanah liat, jaundus (kekuningan kulit atau mata)
  • Tindakbalas kulit yang teruk – deam, sakit tekak, bengkak pada muka atau lidah, rasa membakar pada muka, keskaitan bahagian kulit, diikuti ruam kulit merah atau ungu yang merebak (terutamanya pada muka dan bahagian atas badan) menyebabkan melepuh dan terkupas.

Kesan sampingan yang kurang serius termasuklah:

  • Cirit-birit sederhand, muntah-muntah, sembelit
  • Perut sakit atau meragam
  • Pening, merasa kepenatan, sakit kepala sederhana
  • Merasa gementar, masalah tidur (insomnia)
  • Kegatalan vagina atau discaj di vagina
  • Ruam dan kegatalan sederhana
  • Bordering di telinga, masalah pendengaran
  • Pengurangan sensasi hidu dan rasa

Bukan semua akan mengalami kesan sampingan ini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang kerisauan mengenai kesan sampingan, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Azithromycin?

Azithromycin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubatan ini ialah:

  • Droperidol
  • Methadone
  • Nelfinavir
  • Antibiotik lain–clarithromycin, erythromycin, moxifloxacin, pentamidine
  • Penipis darah (warfarin, Coumadin)
  • Ubatan kanser–arsenic trioxide, vandetanib
  • Ubatan antidepressan–citalopram, escitalopram
  • Ubatan anti-malaria–chloroquine, halofantrine
  • Ubatan ritma jantung–amiodarone, disopyramide, dofetilide, flecainide, ibutilide, procainamide, quinidine, sotalol
  • Ubatan bagi merawat masalah psikiatrik–chlorpromazine, haloperidol, mesoridazine, pimozide, thioridazine

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Azithromycin?

Azithromycin mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Azithromycin?

Azithromycin akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Keadaan kesihatan yang mungkin bertindakbalas dengan ubatan ini:

  • Alahan pada mana-mana antibiotik macrolide dan ketolide (contonhnya, clarithromycin, erythromycin, telithromycin, Biaxin®, Ery-tab®, or Ketek®)
  • Penyakit hati sebelum penggunaan azithromycin
  • Bacteremia (jangkitan darah)
  • Cystic fibrosis
  • Infeksi, nosokomial atau hospital
  • Sistem imun yang lemah
  • Keadaan fizikal yang melemah
  • Bradikardia (degupan jantung perlahan)
  • Hypokalemia (potassium rendah dalam darah)
  • Hypomagnesemia (magnesium rendah dalam darah)
  • Kegagalan jantung kongestif
  • Diarrhea
  • Penyakit jantung
  • Masalah ritma jantung (contohnya, jarak QT yang panjang)
  • Myasthenia gravis (kelemahan otot yang teruk)
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit hati
  • Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos Azithromycin yang disyorkan untuk dewasa?

    Infeksi kulit dan tisu lembut – Oral

    Dewasa: 500 mg sekali sehari selama 3 hari. Alternative lain, 500 mg sebagai dos tunggal pada hari pertama, diikuti 250 mg sekali sehari selama 4 hari.

    Jangkitan salur pernafasan- Oral

    Dewasa: 500 mg sekali sehari selama 3 hari. Alternative lain, 500 mg sebagai dos tunggal pada hari pertama, diikuti 250 mg sekali sehari selama 4 hari.

    Jangkitan infeksi genital tanpa komplikasi disebabkan Chlamydia trachomatis- Oral

    Dewasa: 1 g sebagai dos tunggal.

    Gonorrheaa tanpa komplikasi- Oral

    Dewasa: 2 g sebagai dos tunggal

    Profilaksis penyebaran jangkitan Mycobacterium avium complex (MAC)- Oral

    Dewasa: 1.2 g sekali seminggu. Untuk rawatan atau profilaksis kedua: 500 mg sekali sehari dengan antimycobacterial lain.

    Kanak-kanak: >6 bulan: 10 mg/kg sekali sehari selama 3 hari.

    Granuloma inguinale – Oral

    Dewasa: Permulaan, 1 g diikuti 500 mg harian. Secara alternative, 1 g sehari seminggu untuk sekurang-kuranya 3 minggu, sehingga semua lesi sembuh sepenuhnya.

    Intravena – Immunisasi aktif melawan jangkitan demam tifoid sesebabkan Salmunella typhi

    Adult: 500 mg once daily for 7 days.

    Dewasa: 500 mg sekali sehari selama 7 hari.

    Apakah dos Azithromycin yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Infeksi kulit dan tisu lembut – Oral

    Kanak-kanak: >6 bulan: 10 mg/kg; 15-25 kg: 200 mg; 26-35 kg: 300 mg; 36-45 kg: 400 mg.

    Dos diambil sekali sehari selama 3 hari.

    Jangkitan salur pernafasan- Oral

    Kanak-kanak: >6 bulan: 10 mg/kg; 15-25 kg: 200 mg; 26-35 kg: 300 mg; 36-45 kg: 400 mg.

    Dos diambil sekali sehari selama 3 hari.

    Profilaksis penyebaran jangkitan Mycobacterium avium complex (MAC)- Oral

    Kanak-kanak: >6 bulan: 10 mg/kg sekali sehari selama 3 hari.

    Apakah bentuk penyediaan Azithromycin

    AZO Urinary Pain Relief® (phenazopyridine) boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

    • Tablet, Oral: 250 mg, 500 mg, 600 mg.
    • Suspension, Oral: 1g.
    • Suspension, Oral: 1g/5 mL.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Azithromycin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 25/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan