Alprenolol

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Nama AM: Alprenolol Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan alprenolol?

Alprenolol biasanya digunakan dalam rawatan penyakit kardiovaskular.

Bagaimana saya harus ambil alprenolol?

Alprenolol diambil melalui mulut. Rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana kaedah penyimpanan alprenolol?

Alprenolol paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan alprenolol di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama alprenolol yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang alprenolol ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apa yang saya perlu tahu sebelum mengambil alprenolol?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif alprenolol atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Alprenolol tidak boleh diambil (kontraindikasi) sekiranya:

  • Sekatan atrioventrikel (AV) peringkat pertama, kedua dan ketiga
  • Bradikardia sinus
  • Kegagalan jantung yang tidak terkawal
  • Asma atau kekejangan bronkus
  • Penyakit arteri periferi yang teruk
  • Asidosis metabolik
  • Feokromositoma (pheochromocytoma)

Alprenolol berpotensi menimbulkan simptom bagi hipertiroidisme dan hipoglisemia, menzahirkan kewujudan myasthenia gravis, dan menjadikan psoriasis lebih teruk.

Pemberhentian pengambilan secara mengejut boleh menyebabkan angina, MI, aritmia ventrikel dan kematian.

Pesakit dalam rawatan jangka panjang harus menghentikan pengambilan ubat secara beransur-ansur selama 1-2 minggu.

Adakah ubat ini selamat digunakan ketika mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat alprenolol ini.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan alprenolol?

Kesan sampingan boleh berlaku apabila menggunakan ubat ini, seperti:

  • Bradikardia
  • Kegagalan jantung, sekatan jantung
  • Tekanan darah rendah
  • Kekejangan bronkus
  • Keletihan
  • Sensitif terhadap kesakitan
  • Pneumonitis (radang paru-paru)
  • Fibrosis pulmonari dan retroperitoneum
  • Pleurisi (keradangan pleura)
  • Kesan pada sistem saraf pusat
  • Miopati (myopathy)
  • Gangguan perut dan usus
  • Alopesia yang boleh sembuh semula
  • Ruam
  • Pruritus
  • Sindrom seperti lupus
  • Mati pucuk (lelaki)
  • Sclerosing peritonitis
  • Kekejangan otot
  • Parestesia
  • Neuropati periferi
  • Reaksi hematologi
  • Perubahan kepekatan glukosa, trigliserida dan kolesterol dalam darah

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan alprenolol?

Alprenolol boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Ubatan yang boleh bertindak balas terhadap ubat ini adalah:

  • Ubat lain yang merendahkan tekanan darah
  • NSAID
  • Ubat penenang jantung yang lain
  • Sotalol
  • Digoxin
  • Insulin dan agen hipogisemik oral
  • Ubatan simpatomimetik
  • Ubatan perencat ACE
  • Ubatan penghalang saluran kalsium, verapamil
  • Ubat anestetik yang menyebabkan kemelesetan miokardium (contohnya eter, siklopropana, trikloretilena)

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan alprenolol?

Alprenolol mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan alprenolol?

Alprenolol boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan alprenolol.

Apakah dos alprenolol yang sesuai untuk orang dewasa?

Orang dewasa: bagi tekanan darah tinggi (HTN), 200 mg / hari melalui mulut (PO) dalam dos yang dibahagikan, boleh meningkat setiap minggu jika perlu. Bagi angina pektoris dan aritmia jantung, 200-400 mg / hari dalam dos dibahagikan

Apakah dos alprenolol yang sesuai bagi kanak-kanak?

Dos yang sesuai belum pernah ditetapkan bagi pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat bagi anak anda. Adalah penting untuk memahami tahap keselamatan ubat ini sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ketersediaan alprenolol?

Alprenolol boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimana pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos alprenolol, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut