Allegra Allergy

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Nama AM: Allegra Allergy Jenama: Nama Am sahaja. Tiada jenama didapati.

Kegunaan

Apakah kegunaan Allegra® Allergy?

Allegra® Allergy adalah antihistamin, yang digunakan untuk melegakan simptom alergi seperti mata berair, hidung berhingus, kegatalan mata/hidung, bersin, geligata dan gatal-gatal.

Ia bertindak dengan merencat bahan semulajadi (histamine) yang dihasilkan oleh badan anda ketika berlaku reaksi alergi.

Bagaimana saya perlu ambil Allegra® Allergy?

Sekiranya anda menggunakan ubatan ini dalam bentuk cecair, goncang botol dengan elok sebelum setiap dos dan ukur dos dengan teliti menggunakan sudu/alat ukuran khas. Jangan gunakan sudu dapur kerana anda mungkin tidak mendapat dos yang betul.

Ambil ubatan ini dalam bentuk tablet/cecair dengan atau tanpa sajian makanan. Sekiranya anda menggunakan tablet-mudah-larut, ambil ketika perut kosong. Biarkan tablet-mudah-larut, melarut di lidah, kemudian telan, dengan atau tanpa air. Jangan keluarkan tablet dari pek simpanan kecuali sebelum penggunaan.

Sekiranya anda perlukan air untuk mengambil ubatan ini (seperti ketika mengambik tablet/kapsul), maka ambil ubat ini dengan air kosong. Jangan ambil bersama jus buahan (seperti epal, anggur, atau oren) kerana ianya boleh mengurangkan kadar resapan ubatan ini.

Bagaimana kaedah penyimpanan Allegra® Allergy?

Allegra® Allergy paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Allegra® Allergy di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Allegra® Allergy yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Allegra® Allergy ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apa yang saya perlu tahu sebelum mengambil Allegra® Allergy?

Sebelum mengambil Allegra Allergy, sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Allegra® Allergy atau ubatan lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil Allegra® Allergy adalah di bawah kategori C berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).

Rujukan risiko mengandung menurut FDA:

  • A=Tiada risiko;
  • B=Tiada risiko menurut beberapa kajian;
  • C=Mungkin mengandungi risiko;
  • D=Bukti positif ada risiko;
  • X=Tidak boleh digunakan;
  • N=Tidak diketahui.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Allegra® Allergy?

Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Batuk
  • Demam panas
  • Ketidakselesaan perut
  • Ruam
  • Gatal-gatal/ bengkak (terutamanya bahagian muka/lidah/tekak)
  • Pening yang teruk
  • Masalah pernafasan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Allegra® Allergy?

Allegra Allergy mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Advair Diskus (fluticasone / salmeterol)
  • Aspirin Berkekuata Rendah (aspirin)
  • Calcium 600 D (Kalsium / vitamin d)
  • Celebrex (celecoxib)
  • Crestor (rosuvastatin)
  • Cymbalta (duloxetine)
  • Fish Oil, Minyak Ikan (lemak poli-tidaktepu omega-3)
  • Flonase (fluticasone nasal)
  • Lipitor (atorvastatin)
  • Lyrica (pregabalin)
  • Nasonex (mometasone nasal)
  • Nexium (esomeprazole)
  • Plavix (clopidogrel)
  • ProAir HFA (albuterol)
  • Singulair (montelukast)
  • Synthroid (levothyroxine)
  • Vitamin B12 (cyanocobalamin)
  • Vitamin C (asid askorbik)
  • Vitamin D3 (cholecalciferol)
  • Xanax (alprazolam)

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Allegra® Allergy?

Allegra Allergy mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Allegra® Allergy?

Allegra Allergy akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda, terutamanya:

  • Penyakit buah pinggang
  • Diabetes
  • Phenylketonuria (PKU)

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Allegra Allergy.

Apakah dos Allegra® Allergy yang sesuai untuk seorang dewasa?

Sirap – 12 tahun dan ke atas

Ambil 2 sudu kecil (10 mL) setiap 12 jam.

Jangan ambil lebih dari 4 sudu kecil (20 mL) dalam tempoh 24 jam.

Tablet – 12 tahun dan ke atas

Ambil 2 tablet setiap 12 jam ketika perut kosong

Jangan ambil lebih dari 4 tablet dalam 24 jam

Apakah dos Allegra® Allergy yang sesuai untuk kanak-kanak?

Sirap – 12 tahun dan ke atas

Ambil 1 sudu kecil (5 mL) setiap 12 jam.

Jangan ambil lebih dari 2 sudu kecil (10 mL) dalam tempoh 24 jam.

Tablet – 12 tahun dan ke atas

Ambil 1 tablet setiap 12 jam ketika perut kosong

Jangan ambil lebih dari 2 tablet dalam 24 jam

Ketersedian Allegra® Allergy

Allegra Allergy boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Sirap
  • Tablet 180 mg
  • Ampaian oral 30 mg/ 5 mL

Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimana pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Allegra® Allergy, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut