Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Teh kombucha digunakan untuk merawat memori yang lemah, melegakan sindrom prahaid, kesakitan sendi (reumatisme), penuaan, kehilangan selera makan, AIDS, kanser, tekanan darah tinggi, sembelit, artiritis dan membantu untuk menyuburkan rambut semula. Ia juga diambil untuk meningkatkan sel darah putih (T-cell), merangsang sistem imun dan memperkasakan metabolisme badan.
Sesetengah orang juga menyapu teh kombucha pada kulit untuk mengurangkan kesakitan.
Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa teh kombucha mengandungi alkohol, cuka, vitamin B, kafein, gula dan bahan-bahan lain namun, masih tiada bukti yang mencukupi tentang bagaimana teh ini boleh digunakan sebagai ubat. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Sebelum mengambil teh kombucha, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Teh kombucha barangkali tidak selamat untuk diambil melalui mulut bagi kebanyakan orang dewasa.
Ia juga tidak selamat untuk individu yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit HIV / AIDS, yang lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Demikian juga apabila teh ini dimasak menggunakan periuk seramik plumbum kerana terdapat kes keracunan plumbum bersama dengan pengambilan teh kombucha.
Wanita hamil dan menyusukan bayi: Teh kombucha barangkali tidak selamat untuk diambil oleh wanita yang hamil dan menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.
Diabetes: Teh kombucha boleh menjejaskan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Perhatikan sebarang tanda-tanda hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah) dan lakukan pemeriksaan gula dalam darah secara teliti sekiranya anda menghidapi diabetes dan mengambil teh kombucha.
Diarea / Cirit-birit: Teh kombucha mengandungi kafein, yang boleh menyebabkan diarea / cirit-birit apabila diambil dalam jumlah yang banyak.
Sindrom usus rengsa (IBS): Teh kombucha mengandungi kafein, yang boleh menyebabkan diarea / cirit-birit dan memburukkan lagi simptom IBS apabila diambil dalam jumlah yang banyak.
Pembedahan: Disebabkan teh kombucha boleh menjejaskan paras gula dalam darah, dibimbangi pengambilannya boleh mengganggu kawalan gula semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Apabila diambil melalui mulut, ia boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti masalah perut, jangkitan yis, tindak balas alergi, penyakit kuning, loya, muntah, sakit kepala dan leher dan kematian
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini ialah:
Teh kombucha mengandungi alkohol yang akan diurai oleh tubuh manusia untuk menyingkirkannya daripada sistem badan. Disulfiram pula boleh merencatkan proses penguraian alkohol tersebut. Sekiranya teh ini diambil bersama dengan disulfiram, gabungan keduanya akan mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, muntah,flushing, dan lain-lain tindak balas.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen