Knotweed

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan knotweed?

Knotweed digunakan untuk merawat bronkitis, batuk, penyakit gusi (gingivitis), sakit mulut dan tekak, penyakit peparu, masalah kulit dan pengumpulan cecair di dalam badan. Sesetengah orang menggunakannya untuk mengurangkan peluh yang terkait dengan tuberkulosis dan untuk memberhentikan pendarahan.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa knotweed boleh mengurangkan bengkak dan mencegah pembinaan plak pada gigi.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil knotweed?

Sebelum mengambil knotweed, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda sekiranya:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan knotweed atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap herba ini adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan herba ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat digunakan?

Kesan sampingan yang berlaku tidak diketahui, dan ia selamat digunakan oleh kebanyakan orang.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Wanita hamil dan menyusukan bayi:  Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan herba ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan knotweed?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang mungkin berlaku dengan knotweed?

Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos knotweed yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan knotweed yang boleh didapati?

Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut