Wahoo

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan wahoo?

Wahoo adalah sejenis pokok. Batang, kulit kayu akar, dan buah-buahannya digunakan untuk menghasilkan ubat.

Walaupun terdapat kebimbangan keselamatan yang serius, kulit akar wahoo diambil untuk:

  • Sembelit
  • Masalah pencernaan
  • Penahanan air
  • Merangsang pengeluaran hempedu
  • Sebagai tonik

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tidak cukup kajian tentang bagaimana wahoo berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa wahoo boleh merangsang saluran pencernaan dan mempengaruhi jantung.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Wahoo?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Wahoo atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Sejauh manakah wahoo selamat digunakan?

Wahoo tidak selamat digunakan. Ia beracun dan boleh membawa maut.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Walaupun wahoo tidak selamat untuk digunakan oleh sesiapa, sesetengah orang sangat sensitif terhadap kesan toksiknya. Berhati-hati dan jangan gunakan wahoo jika anda mempunyai salah satu daripada keadaan berikut:

Kehamilan dan penyusuan bayi: Wahoo tidak selamat. Jika anda mengambilnya semasa hamil atau menyusukan bayi anda, ia akan membahayakan diri anda dan juga bayi anda.

Cirit-birit: Wahoo mengandungi kafein. Kafein yang terkandung di dalam wahoo, jika diambil dalam jumlah yang banyak, boleh memburukkan lagi cirit-birit.

Sindrom kerengsaan usus (IBS): Wahoo mengandungi kafein. Kafein yang terkandung di dalam wahoo, jika diambil dalam jumlah yang banyak, boleh memburukkan cirit-birit dan mungkin memburukkan lagi simptom IBS.

Masalah perut dan usus: Wahoo boleh menyebabkan gangguan perut dan usus.

Kesan sampingan

Wahoo beracun. Gejala-gejala keracunan termasuk sakit perut yang teruk, cirit-birit berdarah, demam, sesak nafas, tidak sedarkan diri, kekejangan dan koma.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang saya boleh alami dengan wahoo?

Wahoo boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Berunding dengan herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh bertindak balas dengan wahoo termasuk:

  • Digoxin

Digoxin (Lanoxin) membantu jantung berdegup lebih kuat. Wahoo juga mempengaruhi keadaan jantung. Mengambil wahoo bersama-sama dengan digoxin (Lanoxin) boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan dari digoxin (Lanoxin). Jangan mengambil wahoo jika anda mengambil digoxin (Lanoxin) tanpa merujuk profesional penjagaan kesihatan anda.

  • Antibiotik

Wahoo boleh memberi kesan kepada jantung. Sesetengah antibiotik mungkin meningkatkan kadar serapan Wahoo oleh badan. Peningkatan kuantiti wahoo yang diserap badan mungkin meningkatkan kesan dan kesan sampingan wahoo.

Beberapa antibiotik yang dipanggil antibiotik macrolide termasuk erythromycin, azithromycin, dan clarithromycin.

  • Antibiotik

Mengambil antibiotik tetracycline bersama dengan wahoo mungkin meningkatkan kesan sampingan yang disebabkan pengambilan wahoo.

Beberapa antibiotik tetracycline termasuk demeclocycline (Declomycin), minocycline (Minocin), dan tetracycline (Achromycin).

  • Kuinina

Wahoo boleh mempengaruhi hati. Kuinina juga boleh mempengaruhi hati. Mengambil kuinina bersama-sama dengan wahoo mungkin menyebabkan masalah jantung yang serius.

  • Stimulan Laksatif

Wahoo adalah sejenis julap (laksatif) yang dipanggil perangsang laksatif. Perangsang laksatif mempercepatkan proses pengosongan usus. Mengambil wahoo bersama-sama dengan perangsang laksatif lain boleh terlalu mempercepatkan proses pengosongan usus dan menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan pengurangan tahap mineral dalam badan.

Sesetengah perangsang laksatif termasuk bisacodyl (Correctol, Dulcolax), cascara, minyak kastor (Purge), senna (Senokot) dan lain-lain.

  • Ubat diuretik

Wahoo mungkin menjejaskan jantung. “Pil air” boleh mengurangkan kalium dalam badan. Tahap kalium rendah juga boleh menjejaskan jantung dan meningkatkan risiko kesan sampingan dari pengambilan wahoo.

Sesetengah “pil air” yang boleh mengurangkan tahap kalium termasuk chlorothiazide (Diuril), chlorthalidone (Thalitone), furosemide (Lasix), hydrochlorothiazide (HCTZ, HydroDiuril, Microzide), dan lain-lain.

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk Wahoo?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan wahoo yang boleh didapati?

Wahoo boleh didapati dalam bentuk berikut:

  • Tinktur serbuk kulit kayu akar Wahoo
  • Ekstrak kulit kayu wahoo berkapsul

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut