Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Tulang rawan adalah suatu bahagian bahan dalam badan yang memberikan sokongan struktur. Rawan Bovin (Bovine) adalah berasal dari lembu. Kadangkala orang menggunakan tulang rawan lembu sebagai ubat.
Ia boleh diambil melalui mulut atau disuntik di bawah kulit (subkutaneus) untuk:
Ia juga diambil melalui mulut untuk tindak balas alahan yang disebabkan oleh bahan toksin kimia.
Bahan tulang rawan lembu digunakan terus ke kulit (digunakan secara topikal) untuk:
Ia juga digunakan untuk masalah “soket kering,’ satu komplikasi yang menyakitkan selepas cabutan gigi.
Bahan tulang rawan lembu juga kadang-kadang digunakan pada dubur untuk buasir dalaman dan luka terkoyak pada dubur.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana bahan suplemen ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa suplemen tulang rawan lembu mungkin berfungsi dengan menyediakan bahan kimia yang diperlukan untuk membina tulang rawan pada penghidap osteoartritis. Ia juga boleh membantu mengurangkan bengkak dan membantu luka untuk sembuh dengan lebih berkesan.
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Bahan tulang rawan lembu mungkin selamat apabila diambil melalui mulut, digunakan pada kulit, atau diambil sebagai suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit untuk tujuan perubatan.
Terdapat beberapa kebimbangan mengenai kemungkinan mendapat “penyakit lembu gila’ (Bovine Spongiform Encephalitis, BSE) atau penyakit lain dari produk yang berasal dari haiwan. “Penyakit lembu gila’ didapati tidak menular melalui produk tulang rawan, tetapi mungkin adalah baik untuk mengelakkan produk haiwan dari negara-negara di mana penyakit lembu gila telah dijumpai.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak ada maklumat yang diiktiraf tentang tahap keselamatan pengambilan bahan tulang rawan lembu jika anda sedang hamil atau menyusu. Ambil jalan yang selamat dan elakkan dari penggunaan.
Bahan tulang rawan lembu boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, mual, bengkak, kemerahan setempat, dan gatal-gatal.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.
Tulang Rawan Lembu mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:
PENGGUNAAN PADA KULIT (DIGUNAKAN SECARA TOPIKAL):
PENGGUNAAN PADA REKTUM:
Sebagai pelembut najis untuk buasir dan kulit merekah di sekitar dubur: 2.2 gram tulang rawan lembu dalam bentuk supositori 2%, dimasukkan sekurang-kurangnya tiga kali sehari disertai dengan 100 mg dioctil sodium sulfosuccinate (DSS) yang diambil melalui mulut dua kali sehari.
SUNTIKAN DI BAWAH KULIT (DIBERI SECARA SUBKUTANEUS):
Penyedia penjagaan kesihatan boleh memberikan bahan tulang rawan lembu dengan suntikan (cucuk) di bawah kulit bagi penyakit osteoartritis dan psoriasis.
SUNTIKAN KE DALAM OTOT (DIBERI SECARA INTRAOTOT):
Penyedia penjagaan kesihatan boleh memberikan bahan tulang rawan lembu dengan suntikan (cucuk) ke dalam otot untuk osteoartritis.
Dos untuk bahan suplemen ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Bahan suplemen ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen