backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Shepherd's purse

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 27/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Shepherd’s purse?

Shepherd’s purse adalah sejenis tumbuhan. Bahagian-bahagian tumbuhan ini yang tumbuh di atas tanah biasa digunakan untuk membuat ubat.

Shepherd’s purse digunakan untuk:

  • Masalah jantung dan peredaran darah termasuk kegagalan jantung yang ringan, tekanan darah rendah, dan debaran jantung yang tidak normal
  • Sakit kepala
  • Muntah darah
  • Darah dalam air kencing
  • Cirit-birit
  • Jangkitan pundi kencing
  • Masalah prahaid
  • Tempoh lama
  • Sakit haid

Shepherd’s purse kadang-kadang digunakan terus pada kulit untuk hidung berdarah, luka terbakar yang nipis, dan kecederaan kulit yang berdarah.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana shepherd’s purse ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa shepherd’s purse boleh mengurangkan pendarahan, merangsang otot, dan meningkatkan kontraksi rahim.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Shepherd’s purse?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok shepherd’s purse atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Shepherd’s purse selamat digunakan?

Shepherd’s purse didapati adalah selamat apabila diambil melalui mulut atau digunakan pada kulit dalam jumlah yang kecil.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Shepherd’s purse adalah tidak selamat apabila diambil melalui mulut atau digunakan pada kulit semasa kehamilan. Ia boleh menyebabkan rahim mengecut atau memulakan haid, lalu mengakibatkan keguguran.

Masih belum cukup maklumat diketahui tentang tahap keselamatan menggunakan shepherd’s purse semasa menyusu bayi. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Keadaan jantung: Shepherd’s purse boleh mengganggu proses rawatan untuk keadaan jantung. Adalah lebih baik untuk mengelakkan penggunaan shepherd’s purse jika anda mempunyai keadaan jantung.

Batu karang ginjal (nephrolithiasis): Shepherd’s purse mengandungi sebatian kimia yang disebut sebagai oxalate, yang boleh membentuk batu karang. Sekiranya anda pernah mempunyai batu karang pada masa lalu, sebaiknya elakkanlah penggunaan shepherd’s purse.

Pembedahan: Shepherd’s purse boleh menjejaskan sistem saraf pusat. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin melambatkan aktiviti sistem saraf pusat terlalu banyak apabila digabungkan dengan anestesia dan ubat-ubatan lain yang digunakan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan shepherd’s purse sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sebarang pembedahan yang dijadualkan.

Masalah tiroid: Shepherd’s purse boleh mengganggu proses rawatan untuk masalah tiroid. Adalah lebih baik untuk elakkan penggunaan shepherd’s purse jika anda mempunyai masalah tiroid.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Shepherd’s purse?

Ia boleh menyebabkan rasa mengantuk, perubahan tekanan darah, perubahan fungsi tiroid, dan jantung berdebar. Pengambilan shepherd’s purse yang terlalu banyak boleh menyebabkan lumpuh, kesukaran bernafas, bahkan kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Shepherd’s purse?

Produk shepherd’s purse ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan kesihatan semasa anda. Dapatkan nasihat pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan bahan shepherd’s purse termasuklah:

  • Ubat sedatif (depresan SSP)

Sejumlah besar shepherd’s purse mungkin menyebabkan rasa lena dan mengantuk. Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dipanggil sedatif. Pengambilan dom shepherd’s purse bersama-sama dengan ubat penenang mungkin mengakibatkan terlalu banyak tidur.

Antara beberapa ubat penenang termasuklah clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.

  • Hormon tiroid

Tubuh secara semula jadinya menghasilkan hormon tiroid. Shepherd’s purse boleh mengurangkan kadar hormon tiroid yang dihasilkan oleh badan. Maka, pengambilan shepherd’s purse bersama-sama dengan hormon tiroid boleh mengurangkan keberkesanan hormon tiroid.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Shepherd’s purse yang biasa digunakan?

Dos untuk produk shepherd’s purse ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Shepherd’s purse?

Produk shepherd’s purse ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul Ekstrak Shepherd’s Purse
  • Ekstrak Cecair Shepherd’s Purse

Serbuk Shepherd’s Purse

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan