Salacia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Salacia?

Salacia sejenis herba yang berasal dari India dan Sri Lanka. Akar dan batang digunakan untuk membuat ubat.

Mug diperbuat daripada kayu Salacia digunakan oleh orang yang menghidapi kencing manis untuk minum air.

Tambahan, Salacia digunakan untuk merawat gonorhea, asma, gatal-gatal, sakit sendi (rheumatisma) obesiti, dahaga dan masalah haid.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana Salacia berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Akan tetapi, diketahui bahan kimia dalam Salacia menghalang gula dari diserap oleh badan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Salacia?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Salacia  atau ubat atau supplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap supplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan supplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut..

Adakah Salacia selamat digunakan?

Salacia mungkin selamat jika diambil secara oral, jangka masa pendek. Satu dos Salacia boleh diambil secara selamat dalam dos sehingga 1000 mg. Mengambil teh Salacia bersama makanan selamat untuk kebanyakan individu hanya untuk tiga bulan. Tiada maklumat yang cukup untuk untuk mengatakan Salacia selamat digunakan untuk jangka masa yang lama.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Hamil dan menyusu badan: tiada maklumat yang cukup tentang tahap keselamatan mengambil Salacia ketika hamil atau menyusu badan. Ambil langkah selamat dan elakkan pengambilannya.

Kencing manis: Salacia boleh merendahkan kandungan gula dalam badan. Ubat kencing manis mungkin boleh dimanipulasi bergantung kepada doktor anda.

Pembedahan: Salacia mungkin merendahkan kadar gula dalam darah.

Terdapat beberapa kebimbangan bahawa ia mungkin mengganggu kawalan gula darah semasa dan selepas pembedahan. Hentikan pengambilan Salacia dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Salacia?

Salacia boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak selesa seperti gas, sendawa, sakit di perut, loya, dan cirit-birit pada sebahagian orang.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Salacia?

Salacia  mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau pakar herba sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan herba ini:

  • Ubat kencing manis.

Salacia mungkin merendahkan kandungan gula dalam darah. Ubat kencing manis juga digunakan untuk merendahkan gula dalam darah. Pengambilan Salacia bersama ubat kencing manis mungkin menyebabkan gula dalam darah terlalu rendah. Pantau kandungan gula dalam darah dengan rapi. Dos ubat kencing manis mungkin perlu diubah.

Ubat untuk kencing manis termasuklah glimepiride (Amaryl), glyburide (DiaBeta, Glynase PresTab, Micronase), insulin, pioglitazone (Actos), rosiglitazone (Avandia), chlorpropamide (Diabinese), glipizide (Glucotrol), tolbutamide (Orinase), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Salacia yang biasa digunakan?

Dos untuk Salacia ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Salacia?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul ekstrak Salacia.
  • Serbuk minuman Salacia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ia Mungkin Punca Berat Badan Naik!

    Tahukah anda, mereka yang makan pakai tangan lebih menikmati makanan berbanding yang guna sudu? Ada banyak lagi dapatan kajian jika makan guna tangan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 17/02/2020 . 3 mins read

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi? JANGAN Biasakan Diri Percaya Bulat-Bulat!

    Ramai individu yang beranggapan, daun ketum boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah sebagai rawatan kencing manis dan hipertensi. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 17/02/2020 . 4 mins read

    Betul Ke Anak Yang Dilahirkan Ibu Obes Memiliki IQ Lebih Rendah? Tapi Kenapa?

    Selain kesan negatif terhadap kualiti hidup, ibu gemuk atau obesiti juga dapat mempengaruhi kecekapan psikomotor anak di dalam kandungan. Baca artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/01/2020 . 3 mins read

    Awas! Jika Kulit Anda Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/01/2020 . 4 mins read

    Artikel lain untuk anda

    contoh menu makanan untuk diabetes

    Orang Kencing Manis Banyak Pantang-Larang, Tapi Makanan Apa Yang Boleh Diambil? Ini Dia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 mins read
    ramadhan

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 mins read
    simptom asma

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 2 mins read
    asma

    Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/04/2020 . 4 mins read