Ragwort

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Ragwort?

Ragwort adalah sejenis herba. Bahagiannya yang berbunga digunakan untuk membuat ubat. Ragwort digunakan untuk merawat kanser, kolik, luka, dan kekejangan.

Ia juga digunakan sebagai julap, bagi menyebabkan berpeluh, untuk memulakan haid, dan untuk “membersihkan dan menyucikan.” Sesetengah orang menggunakan ragwort secara langsung ke kulit untuk sakit otot dan sendi.

Ragwort boleh dipreskripsi untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana ragwort berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Ragwort?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan mengandungi ragwort atau ubat lain atau herba lain, terutamanya jika anda alah kepada ragweed dan tumbuhan yang berkaitan. Ragwort boleh menyebabkan tindak balas alahan pada orang yang alah kepada keluarga tumbuhan Asteraceae / Compositae. Tumbuhan dari keluarga ini termasuk ragweed, chrysanthemums, marigolds, daisies, dan banyak lagi
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan, atau keadaan kesihatan yang lain, terutamanya penyakit hati
  • Anda mempunyai sebarang alahan lain, seperti terhadap makanan, pewarna, bahan awet, atau binatang

Kawalan terhadap herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan herba ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau pakar herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Kekal berada di zon selamat dan elakkan menggunakan sebarang penyediaan ragwort jika anda hamil atau menyusukan bayi.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ragwort?

Beberapa bahan berbahaya dalam ragwort boleh menyebabkan:

  • Menyekat aliran darah pada urat
  • Kerosakan hati
  • Kanser
  • Kecacatan kelahiran

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Ragwort?

Ragwort mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.

Beritahu doktor anda apabila anda menggunakan ubat-ubatan yang meningkatkan pemecahan ubat-ubatan lain oleh hati.

Ragwort dipecahkan oleh hati. Sesetengah bahan kimia yang terbentuk apabila hati memecahkan ragwort boleh membahayakan. Ubat-ubatan yang menyebabkan hati memecahkan ragwort mungkin meningkatkan kesan toksik bahan kimia yang terkandung dalam Ragwort.

Ubat-ubatan ini termasuk carbamazepine (Tegretol), phenobarbital, phenytoin (Dilantin), rifampin, rifabutin (Mycobutin), dan lain-lain.

Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang biasa digunakan untuk Ragwort?

Tinktur (Bahan-bahan: Lobak Liar, Air R/O, Alkohol 12-24%; jumlah: 2oz)

Gunakan 6-12 titis dalam jus, air, di bawah lidah atau seperti yang dikehendaki.

Boleh diambil 3 kali sehari.

Goncang dengan baik. Simpan di tempat gelap yang sejuk. Jauhi dari kanak-kanak.

Dos untuk Ragwort mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan Ragwort?

Ia boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Tinktur

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut