Quillaia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 1 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Quillaia?

Quillaia adalah sejenis tumbuhan. Kulit kayunya digunakan sebagai ubat.

Quillaia diambil melalui mulut untuk:

  • Batuk.
  • Bronkitis.
  • Masalah pernafasan.

Quillaia digunakan untuk kawasan yang terjejas untuk:

  • Luka kulit.
  • Kulat kaki.
  • Kulit gatal.
  • Kelemumur.
  • Lendiran faraj.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Quillaia berfungsi. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa Quillaia mengandungi tanin dengan kepekatan tinggi . Bahan kimia astringen, seperti tanin, boleh menipiskan mukus untuk memudahkan pengeluaran kahak. Quillaia juga mengandungi bahan kimia yang boleh membantu merangsang sistem imun.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Quillaia?

Berunding dengan doktor,  ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan Quillaia atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Quillaia selamat digunakan?

Quillaia nampaknya selamat apabila diambil dalam jumlah makanan. Tetapi ia mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam dos ubatan.

Adalah tidak diketahui jika Quillaia adalah selamat apabila disapu ke atas kulit atau di dalam vagina.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Walaupun Quillaia bukanlah selamat untuk semua orang, sesetengah orang menghadapi risiko yang lebih besar untuk kesan sampingan yang serius. Sila berhati-hati agar tidak mengambil Quillaia jika anda mempunyai syarat berikut:

Kehamilan dan menyusu badan: Quillaia mungkin tidak selamat untuk kedua-dua si ibu dan bayi. Elakkan penggunaannya.

Masalah perut dan usus (gastrousus, GI): Quillaia boleh merengsakan saluran GI. Jangan gunakan jika anda mempunyai gangguan perut atau  usus.

Penyakit buah pinggang: Oxalate dalam Quillaia boleh menyebabkan batu karang. Jangan gunakannya jika anda mempunyai penyakit buah pinggang atau sejarah batu karang.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Quillaia?

Tanaman seperti Quillaia yang mengandungi jumlah tanin yang tinggi boleh menyebabkan gangguan perut dan usus, dan kerosakan buah pinggang dan hati.

Quillaia juga mengandungi bahan kimia yang disebut oxalates yang dapat menurunkan tahap kalsium dalam darah dan menyebabkan batu karang.

Penggunaan Quillaia juga boleh menyebabkan cirit-birit, sakit perut, masalah pernafasan yang serius, sawan, koma, kemusnahan sel darah merah, dan kegagalan buah pinggang.

Quillaia juga boleh mengganggu dan merosakkan lapisan dinding mulut, tekak, dan saluran pencernaan.

Jika terhidu, serbuknya boleh menyebabkan bersin.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Quillaia?

Quillaia boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh berinteraksi dengan Quillaia termasuk:

  • Ubat Oral

Quillaia mengandungi sejumlah besar bahan kimia yang dipanggil tanin. Tanin menyerap bahan dalam perut dan usus. Mengambil Quillaia bersama-sama dengan ubat yang diambil melalui mulut boleh mengurangkan kandungan ubat yang diserap oleh badan anda, dan mengurangkan keberkesanan ubat anda. Untuk mengelakkan interaksi ini, ambil Quillaia sekurang-kurangnya satu jam selepas ubat-ubatan yang diambil melalui mulut.

  • Metformin

Metformin (Glucophage) digunakan untuk membantu mengurangkan gula dalam darah. Quillaia mungkin mengurangkan kadar metformin (Glucophage) yang diserap badan. Mengambil Quillaia bersama dengan metformin (Glucophage) mungkin mengurangkan keberkesanan metformin (Glucophage) untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Pantau gula dalam darah anda dengan teliti. Dos metformin (Glucophage) anda mungkin perlu diubah.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Quillaia yang biasa digunakan?

Dos untuk Quillaia mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahan lagi, makanan tambahan herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Quillaia?

Quillaia  boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Serbuk Quillaia.
  • Quillaia mentah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bronkitis

    Bronkitis merupakan keradangan yang berlaku pada lapisan bronkus, berpunca daripada jangkitan. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 09/12/2019 . 1 minit bacaan

    COPD: Perbezaan Bronkitis Kronik Dan Emfisema

    Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD) boleh termasuk dua keadaan iaitu bronkitis kronik dan emfisema atau kombinasi kedua-dua keadaan itu.  Sumber: Yayasan Paru-paru Malaysia Bronkitis kronik Bronkitis adalah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 02/11/2018 . 2 minit bacaan

    Tip Menghadapi Jerebu

    Pencemaran udara boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan pencemaran udara sebagai risiko kesihatan alam sekitar terbesar di dunia. Dalam menghadapi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/07/2018 . 2 minit bacaan

    Cara Memilih Nebulizer yang Sesuai

    Pengabut atau nebulizer adalah alat perubatan yang digunakan oleh pesakit dalam keadaan kesihatan yang memerlukan penyampaian ubat dalam bentuk kecil ke saluran pernafasan. Disebabkan saluran pernafasan menapis ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Pusat Kesihatan, Asma 23/07/2018 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pakai-kanta-lekap-ketika-covid-19

    Pakai Contact Lens Ketika COVID-19? Mungkin Anda Patut Baca Ini Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/04/2020 . 4 minit bacaan

    Cegah Penularan COVID-19, Sarawak Buka Klinik Khas Rawat Penyakit Pernafasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/03/2020 . 2 minit bacaan
    jangkitan-respiratory-syncytial-virus

    Jangkitan Respiratory Syncytial Virus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/12/2019 . 1 minit bacaan
    fistula-trakea-esofagus

    Fistula Trakea-esofagus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/12/2019 . 1 minit bacaan