Quebracho

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Quebracho?

Quebracho adalah sejenis tumbuhan. Kulit kayunya digunakan sebagai ubat.

Orang mengambil Quebracho untuk penyakit asma dan gangguan keadaan saluran pernafasan bahagian bawah. Mereka juga mengambilnya untuk melegakan kesesakan dada dan sebagai perangsang saluran pernafasan.

Kadangkala Quebracho digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, kekejangan, pengekalan air, demam, dan kesakitan. Ia juga digunakan untuk meningkatkan daya seks.

Dalam makanan dan minuman, Quebracho digunakan sebagai bahan perasa.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Quebracho berfungsi. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Quebracho?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan Quebracho atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Quebracho selamat digunakan?

Quebracho selamat diambil dalam jumlah makanan. Tetapi tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada Quebracho selamat diambil dalam jumlah ubatan.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Kehamilan dan penyusuan badan: Quebracho selamat dalam jumlah makanan, tetapi tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui jika ia selamat dalam jumlah yang lebih besar yang digunakan sebagai ubat. Sekiranya anda sedang hamil atau menyusu, teruskan dengan jumlah makanan sehingga maklumat lebih terperinci diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Quebracho?

Quebracho boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan termasuk air liur meleleh, sakit kepala, berpeluh, pening, mamai, dan mengantuk. Dalam dos yang besar, ia boleh menyebabkan loya dan muntah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Quebracho?

Quebracho mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Quebracho yang biasa digunakan?

Dos untuk Quebracho mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahan lagi, makanan tambahan herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Quebracho?

Quebracho boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair kulit kayu Quebracho.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)

    KegunaanApakah kegunaan Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)? Cendawan Ulat, Kulat Beluncas Cina atau Kulat Ulat Beluncas adalah sejenis kulat yang hidup di atas ulat-ulat tertentu di kawasan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 mins read

    Apnea Tidur Obstruktif

    Kenali apa itu Apnea Tidur Obstruktif . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/05/2018 . 3 mins read

    Hyland’s Cold Tablets with Zinc

    Kenali apa itu Hyland's 4 Kids Cough Syrup . Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
    Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 23/05/2018 . 3 mins read

    Sesak Nafas

    Kenali apa itu Sesak Nafas . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 23/05/2018 . 4 mins read

    Artikel lain untuk anda

    know-asthma-complication

    Komplikasi Asma, Apa yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 01/03/2019 . 2 mins read

    Asma: Memahami Perbezaan Setiap Tahap Mengikut Peringkat Umur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 14/01/2019 . 1 min read
    COPD Symptom: Breathlessness (Dyspnea)

    Senaman Pernafasan Membantu Pesakit COPD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/11/2018 . 2 mins read

    Penyakit Tidak Berjangkit (NCD): Pembunuh Senyap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 09/07/2018 . 2 mins read