Pygeum

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan

Kegunaan

Apakah kegunaan Pygeum?

Pygeum adalah sejenis tumbuhan dan kulitnya digunakan sebagai ubat untuk merawat keadaan kesihatan berikut, seperti:

  • Pembesaran prostat (hiperplasia prostat benigna, BPH)
  • Kanser prostat
  • Keradangan
  • Penyakit buah pinggang
  • Masalah kencing
  • Malaria
  • Sakit perut
  • Demam
  • Keinginan seksual
  • Prostatitis
  • Psikosis

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai keberkesanan pygeum untuk kegunaan ini.

Pygeum boleh dipreskripsikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana pygeum berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pygeum mengandungi bahan kimia, seperti:

  • Triterpena (14%): oleanolic, crataegolic, dan asid ursolik
  • Asid ferulik
  • Fitosterol: beta-sitosterol, beta-sitosteron dan campesterol
  • Tannin

Bahan kimia ini membantu mengecutkan prostat untuk melegakan masalah kencing seperti aliran air kencing yang buruk dan kencing malam bagi lelaki dengan prostat yang besar.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Pygeum?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan mengandungi pygeum atau ubat lain atau herba lain
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan, atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai sebarang alahan lain, seperti terhadap makanan, pewarna, bahan awet, atau binatang

Kawalan terhadap herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan herba ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau pakar herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Kanak-kanak:  Jangan gunakan pygeum untuk kanak-kanak.

Kehamilan dan menyusukan bayi:  Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan mengambil pygeum jika anda hamil atau menyusukan bayi. Kekal berada di zon selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pygeum?

Secara umum, pygeum mungkin selamat untuk kebanyakan orang apabila diambil dengan mulut dengan sewajarnya.

Walau bagaimanapun, pygeum boleh menyebabkan rasa mual, sakit perut, ketidakselesaan perut, cirit-birit, sembelit, loya, pening, atau gangguan visual.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Pygeum?

Pygeum mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.

Ubat-ubatan ini mungkin termasuk:

  • Ekstrak pygeum boleh mengganggu ubat hormon termasuk yang mengandungi estrogen dan testosteron. Oleh itu, ia tidak boleh digabungkan dengan pil kawalan kelahiran atau ia boleh menyebabkan kegagalan kontraseptif
  • Pygeum sangat menghalang enzim sitokrom, CYP3A4 dan CYP2C9. Oleh itu, ia boleh menjejaskan keberkesanan ubat dan suplemen tertentu

Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang biasa digunakan untuk Pygeum?

Hiperplasia prostat benigna (BPH):

Dos yang disyorkan adalah 75-200mg ekstrak lipofilik yang diseragamkan (14% triterpena, 0.5% n-docosanol) daripada pygeum sehari.

Pengambilan biasa serbuk kulit:

Dos yang disyorkan ialah 50 hingga 200 mg.

Dos untuk pygeum mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan Pygeum?

Ia boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul softgel
  • Ekstrak cecair

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Terkejut, Terlebih Minum Air Boleh Jadi Punca Mabuk Yang Bawa Maut!

    Hmmm...sebenarnya berapa keperluan air bagi seseorang individu? Bagaimana kalau terlebih minum air? Adakah ia boleh mendatangkan bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 14/07/2020 . 2 minit bacaan

    Jangan Ambil Mudah Isu Gangguan Seksual, Ia Mungkin Akan Sebabkan Perkara Ini…

    Dunia ini bukan tempat yang selamat. Ini kerana terdapat banyak kesan gangguan seksual terhadap mangsa. Sila klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 13/07/2020 . 3 minit bacaan

    Daddy Jangan Menggelabah Bila Isteri Sudah Sakit Hendak Bersalin, Ikut Tip Ini!

    Ikuti 7 tip mudah dari kami kepada bakal bapa sebagai persiapan sewaktu isteri bersalin. Biar nanti tiba saat itu, bapa lebih bersedia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 13/07/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Takut Dengan Belon? Jangan Biarkan Nanti Sampai Ke Besar Fobia, Ini Cara Atasinya!

    Anak anda mempunyai rasa takut pada belon atau ketika mendengar bunyi belon meletup? Mereka mungkin alami globofobia, iaitu jenis fobia terhadap belon.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 13/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    anak sakit

    Tunda Vaksinasi Si Kecil Semasa COVID-19 Bukan Idea Yang Bijak! Ikut Panduan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    punca berdengkur

    Terlalu Penat Kerja Boleh Sebabkan Berdengkur Pada Waktu Malam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    ketulan di leher

    Ada Ketulan Tiba-Tiba Muncul Pada Leher! Adakah Ini Tanda Kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    regangan pagi

    Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan